Persidangan Antarabangsa Pengajian Alam Melayu 2016

  • Persidangan Antarabangsa Pengajian Alam Melayu 2016

    Tarikh: 19/09/2016  -  20/09/2016
    Tempat: Royal Asiatic Society, London


    Pengenalan

    Pengantarabangsaan Pengajian Melayu merupakan salah satu daripada Indeks Pengukuran Pencapaian (KPI) Pusat-Pusat Pengajian Melayu di Malaysia. Sejajar itu, beberapa buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang mempunyai fakulti atau jabatan pengajian Melayu telah memulakan inisiatif dengan menganjurkan secara bersama Persidangan Pengajian Melayu peringkat Antarabangsa di beberapa lokasi seluruh dunia.
    Antaranya adalah persidangan berikut :

    • 11.11.2010     Universiti Sains Malaysia  dan Goethe Universitat, Frankfurt
    • 25.10.2014     Universiti Malaya dan Beijing Foreign Study University
    • 05.06.2015     Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Goethe Universitat, Frankfurt

    Justeru, Institut Alam dan tamadun Melayu dengan kerjasama beberapa agensi dan dalam dan luar negara berhasrat untuk menganjurkan persidangan Pengajian Melayu Antarabangsa di luar negara. Seminar ini akan mengumpulkan sarjana dan para intelek

    Melayu dalam satu sidang untuk mereka bertukar pendapat dan menyampaikan hasil penyelidikan dan pemikiran mereka berdasarkan hipotesis atau teori baru.

    Persidangan ini dijangka dapat menarik perhatian banyak pihak dalam negara dan luar negara antaranya Jerman, England, Belanda, Itali, negara Asean antaranya Brunei, Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina.  Persidangan ini juga memberi ruang khas kepada kertas kerja pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa Asing yang akan diwakili oleh tenaga pengajar bahasa Melayu di peringkat dunia.

    Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Penasihat Kerajaan dalam hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan.

    Tema

    Penyelidikan dan Pelestarian Pengajian Alam Melayu

    Sub tema :

    1. Bahasa dan Kesusasteraan
    2. Sains Teknologi, Kesihatan & Perubatan
    3. Peradaban Islam
    4. Pendidikan bahasa Melayu sebagai bahasa Asing
    5. Sejarah, Budaya & Warisan Alam Melayu

    Muat turun brosur: Brosur Persidangan


    Speakers

    • YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim

    • Syaikh Dato’ Dr. Afifi Al-Akiti

    • YAB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin


    Organiser

    Institut Alam dan Tamadun Melayu, ATMA UKM
    Dewan Bahasa dan Pustaka
    Department of South East Asia, SOAS, University of London

  • Maklumat Terkini

    Aturcara

    Muat turun Auturcara: Atur Cara PAM2016

     

    Sesi Pembentangan

    Muat turun sususan sesi pembentangan : Susunan Sesi Pembentangan

  • Tarikh Penting

    Tarikh Persidangan   :           19 – 20 September 2016

    Bahasa Perantara       :         Bahasa Melayu


    Tarikh akhir penghantaran abstrak : 30 Mac 2016   – Telah Tamat

    Pemakluman penerimaan abstrak   : 15 April 2016 – Telah Dimaklumkan


    Penyerahan semula borang pengesahan penyertaan persidangan kepada urusetia : 30 April 2016

    Melunas yuran persidangan: Pada atau sebelum 1 Jun 2016

    Tarikh akhir penghantaran kertas kerja penuh : 30 Jun 2016

     

    * Tempat adalah terhad, oleh sebab itu abstrak yang diterima akan dinilai dan dipilih sebelum diterima untuk dibentangkan
    * Pembentang yang gagal mematuhi tarikh diatas dianggap tidak berminat dan digugurkan daripada persidangan
    * Pihak urusetia berhak untuk menolak abstrak yang tidak menetapi tema persidangan @ sebab-sebab lain
    * Segala keputusan urusetia adalah muktamad

  • Yuran & Pembayaran

    Yuran pembentang & peserta: –
    RM 1,200.00 (Pembentang dari Malaysia)
    RM 1,500.00 (Pembentang dari Luar Negara)

    ** Bayaran hanya boleh dilakukan setelah kertas kerja penuh diterima
    ** Tarikh Akhir pembayaran yuran persidangan : 1 Jun 2016
    ** Setiap yuran persidangan dicaj kepada setiap penulis yang menghadiri persidangan

    Terma dan Syarat

    1. Pendaftaran hanya sah dengan penerimaan kertas kerja penuh dan bukti bayaran melalui faks atau e-mel
    2. Pihak penganjur berhak melakukan sebarang perubahan program jika perlu
    3. Pembatalan dan pemulangan yuran tidak dibenarkan

    Kaedah Pembayaran:

    Cara 1 : Perbankan Internet, Pindahan perlu dibuat ke akaun berikut :
    Nama Akaun : BENDAHARI UKM
    No Akaun : 8002234307
    Nama Bank : CIMB Islamic
    *Sila emel bukti pembayaran kepada sekretariat di alamat emel: Jawatankuasa Kertas kerja/ Prosiding

    Cara 2 : Pindahan Telegrafik
    Pindahan perlu dibuat ke akaun berikut:
    Nama Akaun : BENDAHARI UKM
    No Akaun : 8002234307
    Alamat Bank : CIMB BERHAD CAWANGAN UNIKEB, Lot 1.04 & 1.05, Level 1 Wisma UNIKEB, UKM 43600 UKM, Bangi Selangor
    Kod Swift : CIBB MYKL
    *Sila emel bukti pembayaran kepada secretariat di alamat emel: Jawatankuasa Kertas kerja/ Prosiding

    Cara 3 : Cek
    Cek perlu dibuat atas nama : BENDAHARI UKM
    Cek perlu sampai sebelum /pada tarikh akhir penyerahan kertas kerja.

    Cara 4 : Tunai
    Bayaran tunai perlu dilakukan sebelum/pada hari penyerahan kertas kerja di ATMA.

    ** Urusniaga melalui pesanan rasmi tidak dibenarkan
    ** Sebarang pembayaran yuran pada hari persidangan tidak akan diterima

     

  • Garis Panduan Penulisan

    Biodata: 

    • 50 Patah perkataan

    Abstrak:

    • 250 patah perkataan.
    • Maksima 5 kata kunci.
    • Rupa tulisan Times New Roman bersaiz 12 pt dengan langkau 1.

    Kertas Kerja Penuh:

    • 5,000 patah perkataan.
    • Rupa tulisan Times New Roman bersaiz 12 pt dengan langkau 1.5.
  • Peta dan Lokasi

    ROYAL ASIATIC SOCIETY
    14 STEPHENSON WAY
    LONDON NW1 2HD

    We are situated very near Euston Station, Euston Square and Warren Street Tube Stations.
    From Warren Street the easiest way to approach is from North Gower Street and we are located in a cobbled road at no.14, the walk will take about 5 mins. Please ring the doorbell and someone will be down to open it. From Euston it is also a short distance and Stephenson Way can be accessed from Euston Street which leads off Melton Street.

     

    DIRECTIONS & MAP

     

    Panduan arah lengkap: Muat Turun

  • Penginapan

    sliderhome

    Peserta sangat digalakkan untuk menginap di Grand Plaza Serviced Apartments yang terletak di Princes Square, London. Ia adalah apartment yang diuruskan oleh Felda Global Ventures Holdings, Malaysia. Kemudahan yang boleh didapati:

    • Kedudukan yang strategik (ditengah bandar)
    • 20 Minit ke School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London
    • Makanan halal oleh Chef dari Malaysia
    • ATM Maybank disediakan dengan tukaran matawang tanpa caj

    Maklumat lanjut mengenai Grand Plaza Serviced Apartments boleh layari : http://www.grand-plaza.co.uk/

     

  • Galeri