Malaysian Journal of Student Advancement @ Jurnal Personalia Pelajar

 HEP-UKM

Ciri-Ciri Keusahawanan dalam Kalangan Guru Pelatih

Detail

Author: SHAMSIAH MD NASIR & NOR’ AZAH AHMAD SAFRAN
Publisher: Pusat Pembangunan Mahasiswa & Perhubungan Alumni
Year: 2014
Number of Pages: 8
Reference/DownloadClick here

Summary

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT). Sejumlah 306 orang guru pelatih terlibat dalam kajian ini. Analisis data menunjukkan tahap ciri keusahawanan dalam kalangan guru pelatih perempuan adalah tinggi berbanding guru pelatih lelaki, manakala tahap ciri keusahawanan dalam kalangan guru pelatih program KPLI adalah tinggi berbanding guru pelatih program PISMP. Dapatan kajian juga menunjukkan guru pelatih pengkhususan Matematik mempunyai tahap ciri keusahawanan yang tinggi. Namun responden yang dikaji didapati kurang yakin untuk mengambil risiko dan kurang lokus kawalan dalaman. Tahap ciri-ciri keusahawanan yang tinggi dalam setiap guru adalah penting bagi memenuhi kehendak pelanggan (ibubapa dan masyarakat) dalam menghasilkan produk (murid) yang dihasrat oleh FPK. Mereka akan menjadi lebih kreatif dan inovatif serta dapat merangsang pembelajaran murid.
Kata kunci: Ciri-ciri keusahawanan, guru pelatih, kreatif, inovatif.

Muat Turun Teks Penuh (pdf)