Malaysian Journal of Student Advancement @ Jurnal Personalia Pelajar

 HEP-UKM

Peranan Mentor dalam Program Bina Insan Guru

Detail

Author: ISMAIL MOHAMED, SOAIB ASIMIRAN, SHAMSUDIN AHMAD & SHAFEE MOHD DAUD
Publisher: Pusat Pembangunan Mahasiswa & Perhubungan Alumni
Year: 2014
Number of Pages: 10
Reference/DownloadClick here

Summary

Abstrak

Menghasilkan guru yang mempunyai sahsiah yang unggul adalah merupakan hasrat yang terus dipertahankan dalam kurikulum pendidikan guru Malaysia. Kajian ini meneroka peranan yang harus dimainkan oleh mentor pelajar dalam program Bina Insan Guru yang dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia berdasarkan pengalaman pemegangtaruhnya. Kajian kualitatif dijalankan ke atas 13 orang responden yang merupakan pemegangtaruh program ini yang terdiri daripada pembuat dasar, jurulatih, fasilitator, mentor, komandan kem, penyelaras, ketua jabatan, dan juga bekas pelajar program. Analisis juga dijalankan ke atas dokumen-dokumen berkaitan dengan program ini seperti modul-modul pelaksanaan, proforma, dan panduan pentaksiran program. Terdapat lima peranan utama mentor muncul sebagai tema penting hasil kajian ini iaitu menjadi fasilitator program, melaksanakan pentaksiran pelajar, memberi maklum balas dan bimbingan, membina hubungan, dan membimbing pelajar melaksanakan refleksi. Peranan paling penting ialah membimbing pelajar melaksanakan refleksi kerana jika pelajar tidak membuat refleksi, kesedaran tidak akan timbul dan natijahnya matlamat program tidak tercapai.

Kata kunci: pendidikan guru, pembinaan sahsiah, mentor, refleksi, bina insan guru

Muat Turun Teks Penuh (pdf)