| S1 | pinjaman/loan kereta.; ingin dapatkan borang pinjaman |
| J1 | Borang pinjaman boleh di'download' dari website Jabatan Bendahari atau muka depan E-warga (di sebelah kanan, Hiperangkai - Borang Jab. Bendahari) Sekian, terima kasih |
| S2 | zakat; assalaualaikum, saya salah seorang pelajar siswazah di fakulti teknologi dan sains maklumat. saya pernah memohon zakat (asnaf berhutang) di pusat zakat selangor(kajang) tetapi saya diminta untuk mendapatkannya di ukm, bagaimana caranya? |
| J2 | Buat masa ini, agihan zakat belum dapat diuruskan oleh UKM. Ini adalah kerana wang zakat tersebut belum disalurkan oleh PZS ke UKM. Dijangkakan wang tersebut akan dihantar ke UKM pada akhir Jan 2006. Sekian, dimaklumkan. |
| S3 | Borang tuntutan/klim; saya ingin bertanya borang yang mana perlu diisi untuk menuntut/claim bagi pembelian barang yang tidak menggunakan DO/Invoice contoh mencetak poster untuk konferens dalam negeri yang dibayar tunai dan mempunyai resit. |
| J3 | Tiada borang digunakan bagi tuntutan pembelian tunai. Sdri cuma perlu menulis surat dengan menyertakan resit2 asal ke Bahgaian Bayaran, Jabatan Bendahari. Walaubagaimanapun, semua pembelian melebihi RM1000 perlu menggunakan pesanan rasmi. Sekian, TK. |
| S4 | pinjaman; apakah pekeliling yg boleh saya rujuk berkenaan dgn syarat2 bg permohonan pinjaman kenderaan dan komputer samada bagi kakitangan yg telah disahkan dlm jawatan atau belum |
| J4 | Bagi Pinjaman Kenderaan, sila rujuk Pekeliling Perbendaharaan Bil 7 thn 1993, dan bagi pinjaman Komputer - sila rujuk Pekeliling Perbendaharaan Bil 8 thn 1992. |
| S5 | tajaan ukm; saya ingin bertanya adakah pihak ukm mempunyai program tajaan untuk kursus pascasiswazah untuk pelajar prasiswazahnya melanjutkan pelajaran di luar negara yang mana penerima tajaan perlu berkhidmat dgn ukm selepas selesai pengajian diluar negaranya itu? |
| J5 | Tidak ada. UKM hanya menaja kakitangan yang telah dilantik kejawatan tetap di UKM untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Sekian, dimaklumkan. |
| S6 | baki pinjaman komputer; saya seorang kakitangan di UKM, ingin tahu baki pinjaman komputer saya terkini. |
| J6 | Maklumat hutang pinjaman kakitangan boleh disemak sendiri melalui sistem di http://www.warga.ukm.my/skuweb/umum/utama/mpumum_utama_borang_login.jsp Sekian dimaklumkan. |
| S7 | Yuran pengajian untuk kakitangan UKM; Adakah terdapat pengurangan kadar yuran pengajian / lain-lain pengecualian bagi kakitangan UKM yang ingin memasuki program sarjana tanpa melalui biasiswa SLAB? Berapakah kos utk Program Sarjana Tek. Maklumat (Sains Maklumat) yg dikenakan) TQ ext. 3241 |
| J7 | Tiada kadar yuran khas untuk kakitangan di amalkan oleh UKM. Kadar yuran bagi pascasiswazah boleh di perolehi dari web PPS spt berikut: http://pkukmweb.ukm.my/~pps/ Sekian, dimaklumkan. |
| S8 | insurans; saya menghidapi denggi satu bulan yg lalu. saya telah belanja untuk kos rawatan saya di hospital tmn desa. adakah insurans yg saya bayar tahunan meliputi kerugian ini? jika ada, apakah prosedur tuntutan? terima kasih. |
| J8 | Sila semak dengan En. Zulkafli di Unit Kebajikan & Kerohanian Pelajar, HEP di PUSANIKA untuk maklumat tentang bantuan yang boleh diperolehi jika menerima rawatan di hospital. Terima kasih |
| S9 | perbetul pengurusan; 1.di mana park utk pelajar 2.saya ada kawan perempuan mengadu makanan yg selalu di belinya mahal 3.adakan cafe utk perempuan |
| J9 | Tiada kemudahan parking disediakan untuk pelajar di Bgn Canselori. Pelajar tidak digalakkan membawa kenderaan sendiri. Sila beri maklumat lanjut, makanan yang mahal di cafe mana, supaya siasatan dapat dibuat dan tiada kafe khas disediakan untuk perempuan. |
| S1 | jadual gaji 2006; saya ingin mendapatkan jadual gaji untuk tahun 2006 kerana jadual ini amat diperlukan untuk membuat perancangan kewangan bulanan saya.terima kasih |
| J1 | Jadual pembayaran gaji untuk tahun 2006 telah diedarkan kepada Jabatan/Fakulti mulai awal tahun tempoh hari. Saudari juga boleh mendapatkannya melalui laman web Jabatan Bendahari. |
| S2 | Tuntutan Elaun Perjalanan; Rayuan kepada Jabatan Bendahari supaya mengimbas semula bayaran elaun perjalanan. Tuntutan mengikut jarak perjalanan yang di nyatakan atas borang adalah jarak SEBENAR yang dilalui untuk sampai ke tempat yang dituju. Merugikan staf yang bertugas di luar. |
| J2 | Bayaran tuntutan perbatuan dibayar berdasarkan jarak terdekat diantara satu tempat ke satu tempat. Ini adalah bersesuaian dengan arahan pekeliling kerajaan. Sila hubungi Pegawai di talian 3115 jika perlukan penjelasan lanjut. Sekian, terima kasih. |
| S3 | Elaun clinical specialist; Aslmkm, Saya adalah pensyarah & pakar psikiatri di HUKM. Baru sahaja lulus masters bulan Jun. Bilakah saya akan dapat clinical specialist allowance? Apa yang perlu saya buat? |
| J3 | Waalaikumsalam. Sila semak dengan Jabatan Pendaftar untuk apa2 perubahan gaji dan elaun. Jabatan Bendahari hanya akan membayar bila telah ada laporan peruban gaji tentang elaun tersebut. |
| S4 | Elaun clinical specialist; Aslmkm, Saya adalah pensyarah & pakar psikiatri di HUKM. Baru sahaja lulus masters bulan Jun. Bilakah saya akan dapat clinical specialist allowance? Apa yang perlu saya buat? |
| J4 | Waalaikumsalam. Sila semak dengan Jabatan Pendaftar untuk apa2 perubahan gaji dan elaun. Jabatan Bendahari hanya akan membayar bila telah ada laporan peruban gaji tentang elaun tersebut. |
| S5 | borang cukai BE; berapa nombor rujukan fail rujukan majikan (UKM)? E.... |
| J5 | No fail rujukan majikan ada tercatat di bahagian atas penjuru sebelah kiri penyata tersebut. No Fail adalah E 921600-06. Sekian, dimaklumkan. T.K. |
| S6 | ganjaran; telah sebulan sy bertukar ke taraf tetap.bilakah sy boleh menerima wang ganjaran perkhidmatan kontrak yg dulu? |
| J6 | LPG untuk arahan pembayaran ganjaran di terima pada 29/3/06. Cek ganjaran telah siap diproses dan boleh diambil di Jabatan Bendahari pada bila-bila masa. Sekian, dimaklumkan. |
| S7 | ganjaran; telah sebulan sy bertukar ke taraf tetap.bilakah sy boleh menerima wang ganjaran perkhidmatan kontrak yg dulu? |
| J7 | LPG untuk arahan pembayaran ganjaran di terima pada 29/3/06. Cek ganjaran telah siap diproses dan boleh diambil di Jabatan Bendahari pada bila-bila masa. Sekian, dimaklumkan. |
| S8 | Imbuhan tamat kontrak; merujuk kpd pertanyaan sblm ini,utk makluman, imbuhan yg saya terima pd bln Jan adalah utk kontrak dr 2 Jan 04 hingga 1 Jan 06.kontrak saya disambung pd 2 Jan 06 hingga 23 Mac 06 iaitu tarikh saya melapor diri utk jawatan tetap.diharap dpt membantu tuan. |
| J8 | LPG untuk arahan pembayaran ganjaran di terima pada 29/3/06. Cek ganjaran telah siap diproses dan boleh diambil di Jabatan Bendahari pada bila-bila masa. Sekian, dimaklumkan. |
| S9 | Pinjaman kenderaan dah habis..; Saya, kakitangan HUKM.. habis potong bulan 9, 2006..bagaimana prosedure kalu dah abis pinjaman..saya dah poskan salinan geran motor utk panduan pihak bendahari utk tindakan selanjutnya.. akan tetapi masih lagi tak dpt apa2 surat dari jbt. bendahari..camne |
| J9 | Salinan geran motor tersebut baru diterima pada 25/9/06, iaitu pada tarikh tuan mengemukakan pertanyaan ini. Surat pembatalan hak milik akan dikeluarkan dalam minggu hadapan apabila hutang telah diselaraskan. Sekian, terima kasih. |
| S10 | claim demonstratormakmal di fakulti kejuruteraan; diharap pihak bendahari fakulti kejuruteraan dapat menjelaskan baki bayaran parttime demonstrator dengan segera.terima kasih |
| J10 | Semakan telah dibuat dan tiada bayaran yang tertunggak. Tuntutan untuk bulan Jun 2007 telah dijelaskan melalui cek no. 213573 berjumlah RM333.00 (12 jam x RM 25.00 = RM 375.00 dan ditolak RM 42.00 caruman KWSP) bertarikh 29/03/2007, manakala bayaran bula |
| S11 | Semakan no kwsp dan perkeso; Bagaimana mahu menyemak no kwsp dan no perkeso ? |
| J11 | Semakan boleh dibuat di Bhg. Sumber Manusia Jab.Pendaftar di talian 03-89213070 atau semakan sendiri melalui Sistem Maklumat Kakitangan (SMK) http://smk.my/peribadi/peribadi.htm |
| S12 | BERKENAAN BANTUAN ZAKAT KEPADA PELAJAR; Seperti di atas saya ingin bertanyakan adakah pihak kerohanian dan kaunseling pelajar masih mengadakan agihan bantuan zakat kepada para untuk sekurang-kurangnya menanggung kos yuran bagi yg mengambil sem 3 kerana kami pelajar pun bkn bduit sgt. hrp sgt |
| J12 | UKM masih lagi mengadakan agihan bantuan Zakat kepada warga UKM yang berkelayakan termasuk pelajar. Mohon dapatkan borang di Unit Kerohanian dan Kebajikan Pelajar di Bangunan Pusanika UKM atau cetakan melalui web http://pkukmweb.ukm.my/~bendahari/ |
| S13 | pertanyaan tentang permohonan kewangan zakat; bagaimana utk memohon kewangan zakat untuk menampung kewangan dan sara diri saya di semester akn dtg?saya extend next sem dan tak ade penaja ptptn sepetti sekarg,mohon penjelasan... |
| J13 | Mohon pergi ke Unit Kerohanian dan Kebajinan Pelajar di Bangunan Pusanika UKM bagi mendapatkan borang permohonan atau cetakan melalui web http://pkukmweb.ukm.my/~bendahari/ |
| S14 | borang zakat; saya merupakan pelajar tahun akhir serta menghadapi masalah kewangan disebabkan kawan berhutang.justeru, saya tidak dapat membayar yuran pengajian disebabkan masalah yang dihadapi. bolehkah saya memohon zakat UKM dan adakah ia masih dibuka? |
| J14 | Permohonan boleh dibuat dan permohonan samada diluluskan atau tidak bergantung kepada syarat kelayakan dan keputusan J/Kuasa Agihan Zakat UKM. Borang permohonan boleh di perolehi di Unit Kerohanian dan Kebajikan Pelajar di Bangunan Pusanika UKM |
| S15 | Pinjaman perumahan; Saya ingin bertanya kepada pihak bendahari, bolehkah saya sebagai kakitangan UKM membuat 'combine loan' untuk membeli rumah dengan suami saya yang bekerja di Kementerian Pertahanan? Sekian, terima kasih. |
| J15 | Boleh, dengan syarat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Bhg. Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia. Maklumat lanjut sila hubungi Cik Siti Zawiyah di talian 03-89215324 utk keterangan lanjut. |
| S16 | bantuan kewangan; adakah ukm akan membantu pelajarnya untuk cuba mendapatkan bantuan kewangan seperti biasiswa atau pinjaman daripada pihak tertentu? |
| J16 | UKM sentiasa membantu pelajarnya dalam urusan permohonan tajaan biasiswa atau bantuan kewangan. Sila hubungi Unit Kaunseling & Kerjaya dan Unit Kerohanian & Kebajikan Pelajar di Bangunan Pusanika 03-89215070/5316 atau Unit Kewangan Pelajar 03-89215037 |
| S17 | Tuntutan balik kos implan yang digunakan dalam pembedahan; Bolehkah saya membuat tuntutan balik di atas kos implan yang digunakan dalam pembedahan. Misalnya kos implan adalah berjumlah RM3000.00 |
| J17 | Minta Dr. menghubungi En. Mohd Mahyuddin Darus Bhg. Pentadbiran Am Jab. Pendaftar di talian 03-89215118 untuk pengesahan lanjut. Jabatan ini akan membuat bayaran jika mendapat pengesahan dari Bhg. Pentadbiran Am, Jabatan Pendaftar |
| S18 | bayaran penggubal soalan PTK; saya ingin bertanya berkenaan bayaran penggubal soalan sebanyak rm2020.00 dibayar kepada saya telah diproses atau belum |
| J18 | bayaran telah selesai dibuat pada 04/05/2007 melalui Baucar no. 443118 dan cek no. 222598. Cek boleh di ambil di Jabatan Bendahari paras 4. Terima kasih |
| S19 | slip gaji; adakah pembantu penyelidik mempunyai slip gaji? |
| J19 | Pembantu penyelidik juga mempunyai slip gaji tetapi slip tersebut berbeza dengan slig gaji biasa kakitangan UKM. Hubungi Bahagian Kewangan Penyelidikan 03-89213475 |
| S20 | Hutang akademik; Selamat sejahtera saya ucapkan disini, saya ingin menanya mengenai hutang akademik. Walaupun saya telah gugurkan subjek untuk semester 3, tetapi hutang saya tetap belum dibatalkan. Saya berharap pihak berkenaan menyelesaikan masalah ini. |
| J20 | Semakan telah dibuat dan didapati semua yuran telah diselaraskan. Baki hutang hanya RM 110 iaitu yuran konvokesyen yang perlu dibayar sebelum majlis konvokesyen nanti |
| S1 | PTPTN; BILA WANG PINJAMAN NAK MASUK? |
| J1 | Oleh kerana pembayaran dibuat secara terus ke akaun pelajar oleh pihak PTPTN, sukacita dapat menghubungi pihak PTPTN di talian 03-20983682 (Puan Rohaida) tentang tarikh2 pembayaran mereka. |
| S2 | belanja thesis oleh JPA?; saya penerima biasiswa JPA tahun akhir. melalui salinan yg diberi JPA ada mencatatkan bahawa dalam sem last, pelajar akan diberi wang belanja bg kertas thesis. Ttp melalui penyemakan saya tidakpun menerimanya.saya pelajar thn 3 sem 6 |
| J2 | Sila isi borang JPA yang boleh diperolehi dari URP |
| S3 | Channel-E; Kenapa Channel-E tidak menolak baki akaun student setelah membayar yuran pengajian. |
| J3 | Pelarasan pembayaran melalui channel-e mengambil masa satu hari bekerja selepas tarikh pembayaran. |
| S4 | hutang; saya ingin mengetahui jumlah hutang saya yang sebenarnya. kalau boleh pihak tuan dapat melampirkan akaun saya. sekian, terima kasih |
| J4 | Untuk menyemak jumlah hutang, saudari boleh menyemak sendiri melalui sistem di alamat berikut:http://www.siskew.ukm.my di mana2 komputer atau boleh datang dan menyemak di Unit Kewangan Pelajar,Jabatan Bendahari, Paras 3, Bangunan Canselori. |
| S5 | hutang pelajar; bolehkah hutang pd semester 2 thn 1 ini dibawa ke semester 1 tahun 2.apa yg akan tjadi jk hutang tidak di bayar utk 1semester |
| J5 | Tidak boleh. Hutang yuran mesti dijelaskan sebelum Kad Masuk Peperiksaan di keluarkan. Jika tidak, anda tidak dibenarkan menduduki peperiksaan |
| S6 | Pembayaran balik ptptn; Adakah perlu membuat pembayaran balik penuh ptptn bagi pelajar yang mendapat biasiswa dan apakah had minimum yang perlu dibayar. |
| J6 | Untuk pembayaran balik pinjaman PTPTN. Sila berhubung ke pihak PTPTN di talian 03-20983682 (Puan Rohaida) |
| S7 | berkenaan yuran pengajian yang tidak selaras; kami ingin bertanya kenepa kadar yuran bagi setiap pelajar amat berbeza sedangkan kami mengambil kursus yang sama dan menginap dikolej yang sama serta tinggal di bilik yang sama.kadar untuk yuran kesihatan juga berbeza. |
| J7 | Semak kembali yuran saudari. Untuk makluman bahawa kadar yuran pengajian adalah mengikut fakulti, yuran kolej mengikut kediaman dan lain-lain yuran adalah tetap. Oleh itu, sila ke UKP untuk mendapatkan penjelasan lanjut. |
| S8 | pembayaran yuran; Saya pelajar tahun satu khuatir masih tidak membayar baki hutang kerana mendapat khabar angin mengatakan pelajar tajaan JPA tidak perlu membayarnya. |
| J8 | Pelajar tajaan JPA akan ditolak jumlah yuran tersebut daripada amaun biasiswa JPA tersebut. Dinasihatkan saudara datang ke UKP untuk mendapatkan khidmat nasihat. |
| S9 | status pembayaran; Saya tidak berjaya mencapai laman web www.warga.ukm di sini (HUKM).Saya hanya ingin memastikan yuran pengajian dan kediaman telah dipotong dari biasiswa yang diperoleh.Ini kerana jumlah wang yang diterima di dalam akaun melebihi dari yang sepatutnya. |
| J9 | Memang benar, Yuran Penginapan saudari belum didaftarkan oleh pihak Kolej. Jabatan Bendahari terpaksa membayar biasiswa tanpa menolak yuran penginapan tersebut. Oleh itu saudari diminta membayar yuran tersebut apabila kolej telah mendaftarkannya |
| S10 | Nak tahu no tel.KPM; Saya ingin mendapatkan no tel bahagian biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia.... |
| J10 | 03-88847000 atau sila ke UKP untuk mendapatkan khidmat nasihat |
| S11 | kenapa keputusan peperiksaan masih tidak boleh dilihat; saya baru sahaja membuat pembayaran hutang melalui channel-e. Tetapi saya masih tidak boleh melihat keputusan peperiksaan. kenapa ini boleh berlaku, adakah proses pembayaran melalui channel-e memerlukan masa untuk hutang saya di submit? |
| J11 | Proses pembayaran melalui channel-e memerlukan masa selama sehari untuk diselaraskan di sistem UKM. Jika hutang masih, tidak diselaraskan selepas tempoh 24 jam, sila datang ke kaunter UKP untuk semakan. |
| S12 | hutang pelajar; Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana untuk kita menyemak baki hutang pelajar. Saya telah memasuki laman www.ukm.my/siskew tetapi saya tidak memjumpai ikon hutang pelajar. Boleh pihak Tuan membantu saya kerana keputusan peperiksaan saya ditahan |
| J12 | Hutang sepatutnya boleh disemak melalui laman web ukm: www.ukm.my/siskew. Jika sdri masih tidak dapat menyemak hutang melalui laman tersebut, sila dtg ke kaunter UKP untuk membuat semakan. Terima kasih. |
| S13 | PENJELASAN MENGENAI YURAN LAT.INDUSTRI; Saya pelajar tahun 2 dan sedang mengikuti latihan industri dari 04042005-25062005.Saya ingin mengetahui tentang nilai yuran bagi lat.ind dan cara pembayaran kerana saya tidak di UKM skrg.Kptsn peperiksaan saya disekat.Saya tidak dimaklumkn tentg yuran ini |
| J13 | Sila semak penyata hutang saudari melalui laman web pelajar dan bayaran boleh dijelaskan menggunakan Channel-e |
| S14 | hutang pengajian; saya masih punyai hutang bagi pengajian sem 1 sesi 2007/2008,adakah saya tidak akan dapat sambung pengajian untuk semester 2 jikalau hutang masih belum dijelaskan |
| J14 | utk makluman pelajar tidak akan diberhentikan dr ukm jika berhutang. tetapi keputusan peperiksaan akan ditahan serta pendaftaran awal tidak dibenarkan bg semester akan datang. Sekian, terima kasih. |
| S15 | Bayaran hutang pelajar; Tuan/Puan, di sini saya ingin bertanyakan cara untuk membayar hutang pelajar secara online kerana saya mengalami kesulitan untuk melakukan pembayaran. Atau terdapat cara lain untuk membuat bayaran misalnya bayaran terus melalui atm mesin. |
| J15 | melalui BIMB 12029010050004 / CIMB 12180005004058 atas nama BENDAHARI UKM & sila faks maklumat bayaran ke 03-89214223. TQ |
| S16 | ptptn; assalamualaikum. saya nak tanya bila pinjaman ptptn sesi 2008/2009 nak masuk? |
| J16 | utk makluman yg mana mendaftar awal akan mendapat pinjaman PTPTN pd 08/07/2008. TQ |
| S1 | sewa tapak; akum.mcmmana saya nak daptkan tapak kedai kecil utk saya membuka kedai fotostat dan lalttulis di ukm? |
| J1 | Sila semak dengan Bahagian Penjanaan, Jabatan Bendahari di talian 3016 tentang maklumat tersebut. Sekian, terima kasih. |
| S2 | bagaimana cara untuk menyewa ruangniaga (membuka kaunter)di ukm; saya wakil dari LP Driving Institute adalah sebuah syarikat mengajar memandu.saya ingin membuka kaunter dan membuat promosi kepada pelajar dan kakitangan universiti.waktu yang sesuai selepas hari pendaftaran kemasukan pelajar. |
| J2 | Tiada ruang dibuka untuk sewaan semasa pendaftaran pelajar baru. Untuk mendapatkan ruang sewaan di PUSANIKA, sila hubungi Unit Penjanaan, No telifon 3016. Sekian, terima kasih. |
| S3 | Kadar Sewa Bilik Kuliah, Mesyuarat dan Hostel; Assalamualaikum, saya mohon untuk mendapatkan senarai kadar sewa bilik kuliah, bilik mesyuarat dan hostel untuk pihak luar untuk kegunaan kursus jangka pendek selama 5 hari dan 15 hari di tempat tuan pada cuti semester. |
| J3 | Kadar sewa berbeza diantara satu bilik kuliah atau mesyuarat, bergantung kepada saiz. Sewa asrama juga berbeza mengikut jenis bilik. Sukacita dapat menghubungi Unit Penjanaan, J. Bendahari, Tel-89215110/89213016 untuk maklumat lanjut. |
| S1 | Tender; Saya ingin tahu cara untuk memperolehi maklumat lanjut berkenaan tender. Terima kasih. |
| J1 | Untuk mendapatkan maklumat tentang tender di UKM, Saudara boleh melayari web UKM di alamat berikut: http://202.185.33.76/etender/tawaran.cfm |
| S2 | Cara Pendaftaran Sebagai Pembekal; Saya ingin bertanya, bagaimana cara untuk berdaftar dengan UKM sebagai pembekal peralatan kegunaan pelaja Terima kasih |
| J2 | Pendaftaran sebagai pembekal boleh dibuat di kaunter Bahagian Perolehan & Bayaran, Jabatan Bendahari, Paras 3, Bangunan Canselori, UKM Bangi. Sekian, terima kasih. |
| S3 | e-Tender UKM melalui Internet; Kepada Tuan/Puan, Saya adalah salah satu pembekal equipment untuk pengajian pendidikan (Education Equipment) kepada Kolej dan Universiti. Dari mana saya boleh tahu (cari) tender UKM yang akan/telah keluar melalui ruang INTERNET. TQ |
| J3 | Maklumat iklan tender di UKM boleh di perolehi di surat-surat khabar utama atau laman web http://202.185.33.76/etender/tawaran.cfm |
| S4 | Pendaftaran syarikat di UKM; Saya ingin mendaftarkan syarikat di UKM bagi membolehkan kami membekal/memberi perkhidmatan. Apakah proses yang perlu dilalui? Terima kasih. |
| J4 | Pendaftaran sebagai pembekal di UKM boleh dibuat di kaunter Bahagian Perolehan & Bayaran, Jabatan Bendahari, Paras 3, Bangunan Canselori, UKM Bangi. Sila bawa sijil2 berkaitan. Sekian, terima kasih. |
| S5 | borang pendaftaran syarikat; selamat lagi dan assalamualaikum, boleh berikn saya soft copy bg borang pendaftaran syarikat? sekian,terima kasih |
| J5 | Tiada 'soft copy' utk borang tersebut disediakan. Pendaftaran sebagai pembekal di UKM boleh dibuat di kaunter Bahagian Perolehan & Bayaran, Jabatan Bendahari, Paras 3, Bangunan Canselori, UKM Bangi. Sila bawa sijil2 berkaitan. Sekian, terima kasih. |
| S6 | Pendaftaran baru sebagai kontraktor dan pembekal; maklumat mengenai pendaftaran sebagai kontraktor dan prosedur pendaftaran |
| J6 | Pendaftaran sebagai pembekal di UKM boleh dibuat di kaunter Bahagian Perolehan & Bayaran, Jabatan Bendahari, Paras 3, Bangunan Canselori, UKM Bangi. Sila bawa sijil2 berkaitan. Sekian, terima kasih. |
| S1 | Pembekalan uniform; Bila sebutharga untuk perkhidmatan jahitan dan pembekalan textile untuk kakitangan di keluarkan. |
| J1 | Sebutharga untuk pembekalan pakaian seragam kakitangan biasanya dikeluarkan sebelum pertengahan tahun. Sekian, dimaklumkan. |