Muka Depan   Laman UKM

FAQ [ English Version ]

Bahagian Pengurusan Akademik - Prasiswazah
S1 Pendaftaran dan pembayaran bagi mereka bertaraf SM;
Tesis saya telah diberi taraf SM. Bolehkah saya mendaftar online di rumah sendiri dan membayar yuran 6 unit bagi tesis pada minggu hadapan?
J1 Tidak boleh. Anda perlu datang ke UKM untuk mendaftar.

S2 Cara untuk mengetahui keputusan peperiksaan;
Cara untuk mengetahui keputusan pada peperiksaan akhir semesterSebab tidak dapat cari melalui www.ukm.my/smpweb
J2 Jika keputusan tidak dapat ada beberapa sebab terutamanya jika berhutang atau server down, sila rujuk keBPA atau UKP

S3 konvokesyen...;
a'kum. tarikh konvo saya adalah pd 18-10-03. saya ingin bertanya bilakah tarikh raptai dan ambil jubah?
J3 Jubah boleh diambil mulai 12/10 hingga 16/10 2003. Raptai pada 16/10 jam 9.00 pagi diDECTAR.

S4 Tidak berpuas hati tentang majlis konvokesyen;
Saya mewakili bekas pelajar FTSM yang menamatkan pelajaran pada Disember 2002 tetapi majlis konvokesyen diadakan pada sidang ke 9 iaitu dalam tempoh hampir setahun kami menamatkan pengajian. Setiap kali temuduga kami menghadapi masalah kerana tiada ijazah
J4 Bilangan jubah FTSM adalah terhad oleh tidak pihak kami tidak dapat menjadualkan semua graduan dalam sidang yang sama. Susunan giliran mengikut no matrik. Terima kasih.

S5 Konvokesyen;
Bilakah pelajar yang tamat pengajian sem 3/2003 akan konvokesyen. Adakah dalam bulan Ogos atau Oktober 2003?
J5 Sila semak laman web http://www.ukm.my/e-pelajar

S6 Pengambilan pelajar;
Adakah pihak ukm mengambil pelajar baru bagi sesi november/disember?
J6 Tidak buat pengambilan dalam bulan Nov. Pengambilan sekali setahun sahaja.

S7 Semakan Konvokesyen 2005;
Bagaimana saya nak tahu tarikh dan sidang konvokesyen saya untuk tahun ini?
J7 Sila semak di http://www.ukm.my/konvo

S8 syarat masuk ukm;
syarat nak masuk ukm macam mana
J8 Sila lihat laman web ukm www.ukm.my di bawah tajuk prasiswazah. TQ

S9 Kemasukan pelajar;
Adakan boleh senandainya saya ingin menyambung ijazah jurusan Bussiness Admin di UKM?sy mempunyai diploma,tetapi diambil di kolej swasta(KEMAYAN ATC) apakah boleh jika saya ingin menyambungnya disitu?
J9 JIKA PROG. YG SAUDARI IKUTI TLH MENDPT PERAKUAN AKREDITASI DRPD PIHAK LEMBAGA AKREDITASI NEGARA MALAYSIA, SAUDARI BOLEH CUB MEMOHON.

S10 Program Separuh Masa untuk perakaunan;
saya ingin tahu sama ada kelas untuk program separuh masa bagi perakaunan(Degree) masih ada lagi? Kalau masih ada, di Perlis atau Kedah ada ditawarkan untuk kursus ini? Terima Kasih ( harap boleh dapat jawapan dengan masa terdekat)
J10 Program ini hanya ditawarkan di Kampus UKM Bangi dan cawangan Kuala Lumpur sahaja.

S11 Kursus BI bagi pelajar MUET Band 1 & 2;
Bila kursus pemantapan BI (ZH2014) ditawarkan kepada pelajar?
J11 Kursus ZH2014 hanya ditawarkan pada sem 3 sahaja

S12 Pendaftaran melebihi unit kursus;
Adakah saya boleh mendaftar kursus melebihi unit daftar maksima yang dibenarkan?
J12 Boleh setelah mendapat kelulusan khas Dekan fakulti.


Jabatan Bendahari
S1 alamat website channel-e;
saya hanya mahu bertanya alamat website channel-e.
J1 alamat website channel-e adalah seperti berikut: www.channel-e.com.my

S2 Lanjutan pinjaman PTPTN;
bagaimanakah saya hendak membuat lanjutan pinjaman PTPTN pada semester hadapan? sudah tamatkah permohonan ini ?
J2 Sila semak dengan Unit Kauseling dan kerjajaya berkaitan masalah ini.

S3 bayaran yuran;
bolehkah pelajar membayar yuran pengajian melalui channel-e?
J3 Pembayaran yuran melalui channel-e amat digalakkan kerana ia dapat mengurangkan kesesakan di kaunter pembayaran. Untuk maklumat lanjut tentang cara membayar melalui channel-e , sila dapatkan brosur di mana-mana kaunter di Jabatan Bendahari.

S4 zakat;
assalaualaikum, saya salah seorang pelajar siswazah di fakulti teknologi dan sains maklumat. saya pernah memohon zakat (asnaf berhutang) di pusat zakat selangor(kajang) tetapi saya diminta untuk mendapatkannya di ukm, bagaimana caranya?
J4 Buat masa ini, agihan zakat belum dapat diuruskan oleh UKM. Ini adalah kerana wang zakat tersebut belum disalurkan oleh PZS ke UKM. Dijangkakan wang tersebut akan dihantar ke UKM pada akhir Jan 2006. Sekian, dimaklumkan.

S5 perbetul pengurusan;
1.di mana park utk pelajar 2.saya ada kawan perempuan mengadu makanan yg selalu di belinya mahal 3.adakan cafe utk perempuan
J5 Tiada kemudahan parking disediakan untuk pelajar di Bgn Canselori. Pelajar tidak digalakkan membawa kenderaan sendiri. Sila beri maklumat lanjut, makanan yang mahal di cafe mana, supaya siasatan dapat dibuat dan tiada kafe khas disediakan untuk perempuan.

S6 Borang tuntutan/klim;
saya ingin bertanya borang yang mana perlu diisi untuk menuntut/claim bagi pembelian barang yang tidak menggunakan DO/Invoice contoh mencetak poster untuk konferens dalam negeri yang dibayar tunai dan mempunyai resit.
J6 Tiada borang digunakan bagi tuntutan pembelian tunai. Sdri cuma perlu menulis surat dengan menyertakan resit2 asal ke Bahgaian Bayaran, Jabatan Bendahari. Walaubagaimanapun, semua pembelian melebihi RM1000 perlu menggunakan pesanan rasmi. Sekian, TK.

S7 pinjaman;
apakah pekeliling yg boleh saya rujuk berkenaan dgn syarat2 bg permohonan pinjaman kenderaan dan komputer samada bagi kakitangan yg telah disahkan dlm jawatan atau belum
J7 Bagi Pinjaman Kenderaan, sila rujuk Pekeliling Perbendaharaan Bil 7 thn 1993, dan bagi pinjaman Komputer - sila rujuk Pekeliling Perbendaharaan Bil 8 thn 1992.

S8 tajaan ukm;
saya ingin bertanya adakah pihak ukm mempunyai program tajaan untuk kursus pascasiswazah untuk pelajar prasiswazahnya melanjutkan pelajaran di luar negara yang mana penerima tajaan perlu berkhidmat dgn ukm selepas selesai pengajian diluar negaranya itu?
J8 Tidak ada. UKM hanya menaja kakitangan yang telah dilantik kejawatan tetap di UKM untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Sekian, dimaklumkan.

S9 insurans;
saya menghidapi denggi satu bulan yg lalu. saya telah belanja untuk kos rawatan saya di hospital tmn desa. adakah insurans yg saya bayar tahunan meliputi kerugian ini? jika ada, apakah prosedur tuntutan? terima kasih.
J9 Sila semak dengan En. Zulkafli di Unit Kebajikan & Kerohanian Pelajar, HEP di PUSANIKA untuk maklumat tentang bantuan yang boleh diperolehi jika menerima rawatan di hospital. Terima kasih

S10 Yuran pengajian untuk kakitangan UKM;
Adakah terdapat pengurangan kadar yuran pengajian / lain-lain pengecualian bagi kakitangan UKM yang ingin memasuki program sarjana tanpa melalui biasiswa SLAB? Berapakah kos utk Program Sarjana Tek. Maklumat (Sains Maklumat) yg dikenakan) TQ ext. 3241
J10 Tiada kadar yuran khas untuk kakitangan di amalkan oleh UKM. Kadar yuran bagi pascasiswazah boleh di perolehi dari web PPS spt berikut: http://pkukmweb.ukm.my/~pps/ Sekian, dimaklumkan.

S11 baki pinjaman komputer;
saya seorang kakitangan di UKM, ingin tahu baki pinjaman komputer saya terkini.
J11 Maklumat hutang pinjaman kakitangan boleh disemak sendiri melalui sistem di http://www.warga.ukm.my/skuweb/umum/utama/mpumum_utama_borang_login.jsp Sekian dimaklumkan.

S12 pinjaman/loan kereta.;
ingin dapatkan borang pinjaman
J12 Borang pinjaman boleh di'download' dari website Jabatan Bendahari atau muka depan E-warga (di sebelah kanan, Hiperangkai - Borang Jab. Bendahari) Sekian, terima kasih

S13 ptptn;
assalamualaikum. saya nak tanya bila pinjaman ptptn sesi 2008/2009 nak masuk?
J13 utk makluman yg mana mendaftar awal akan mendapat pinjaman PTPTN pd 08/07/2008. TQ

S14 hutang pelajar;
bolehkah hutang pd semester 2 thn 1 ini dibawa ke semester 1 tahun 2.apa yg akan tjadi jk hutang tidak di bayar utk 1semester
J14 Tidak boleh. Hutang yuran mesti dijelaskan sebelum Kad Masuk Peperiksaan di keluarkan. Jika tidak, anda tidak dibenarkan menduduki peperiksaan

S15 Pembayaran balik ptptn;
Adakah perlu membuat pembayaran balik penuh ptptn bagi pelajar yang mendapat biasiswa dan apakah had minimum yang perlu dibayar.
J15 Untuk pembayaran balik pinjaman PTPTN. Sila berhubung ke pihak PTPTN di talian 03-20983682 (Puan Rohaida)

S16 Bayaran hutang pelajar;
Tuan/Puan, di sini saya ingin bertanyakan cara untuk membayar hutang pelajar secara online kerana saya mengalami kesulitan untuk melakukan pembayaran. Atau terdapat cara lain untuk membuat bayaran misalnya bayaran terus melalui atm mesin.
J16 melalui BIMB 12029010050004 / CIMB 12180005004058 atas nama BENDAHARI UKM & sila faks maklumat bayaran ke 03-89214223. TQ

S17 berkenaan yuran pengajian yang tidak selaras;
kami ingin bertanya kenepa kadar yuran bagi setiap pelajar amat berbeza sedangkan kami mengambil kursus yang sama dan menginap dikolej yang sama serta tinggal di bilik yang sama.kadar untuk yuran kesihatan juga berbeza.
J17 Semak kembali yuran saudari. Untuk makluman bahawa kadar yuran pengajian adalah mengikut fakulti, yuran kolej mengikut kediaman dan lain-lain yuran adalah tetap. Oleh itu, sila ke UKP untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

S18 pembayaran yuran;
Saya pelajar tahun satu khuatir masih tidak membayar baki hutang kerana mendapat khabar angin mengatakan pelajar tajaan JPA tidak perlu membayarnya.
J18 Pelajar tajaan JPA akan ditolak jumlah yuran tersebut daripada amaun biasiswa JPA tersebut. Dinasihatkan saudara datang ke UKP untuk mendapatkan khidmat nasihat.

S19 hutang;
saya ingin mengetahui jumlah hutang saya yang sebenarnya. kalau boleh pihak tuan dapat melampirkan akaun saya. sekian, terima kasih
J19 Untuk menyemak jumlah hutang, saudari boleh menyemak sendiri melalui sistem di alamat berikut:http://www.siskew.ukm.my di mana2 komputer atau boleh datang dan menyemak di Unit Kewangan Pelajar,Jabatan Bendahari, Paras 3, Bangunan Canselori.

S20 Channel-E;
Kenapa Channel-E tidak menolak baki akaun student setelah membayar yuran pengajian.
J20 Pelarasan pembayaran melalui channel-e mengambil masa satu hari bekerja selepas tarikh pembayaran.

S21 PENJELASAN MENGENAI YURAN LAT.INDUSTRI;
Saya pelajar tahun 2 dan sedang mengikuti latihan industri dari 04042005-25062005.Saya ingin mengetahui tentang nilai yuran bagi lat.ind dan cara pembayaran kerana saya tidak di UKM skrg.Kptsn peperiksaan saya disekat.Saya tidak dimaklumkn tentg yuran ini
J21 Sila semak penyata hutang saudari melalui laman web pelajar dan bayaran boleh dijelaskan menggunakan Channel-e

S22 hutang pengajian;
saya masih punyai hutang bagi pengajian sem 1 sesi 2007/2008,adakah saya tidak akan dapat sambung pengajian untuk semester 2 jikalau hutang masih belum dijelaskan
J22 utk makluman pelajar tidak akan diberhentikan dr ukm jika berhutang. tetapi keputusan peperiksaan akan ditahan serta pendaftaran awal tidak dibenarkan bg semester akan datang. Sekian, terima kasih.

S23 PTPTN;
BILA WANG PINJAMAN NAK MASUK?
J23 Oleh kerana pembayaran dibuat secara terus ke akaun pelajar oleh pihak PTPTN, sukacita dapat menghubungi pihak PTPTN di talian 03-20983682 (Puan Rohaida) tentang tarikh2 pembayaran mereka.

S24 belanja thesis oleh JPA?;
saya penerima biasiswa JPA tahun akhir. melalui salinan yg diberi JPA ada mencatatkan bahawa dalam sem last, pelajar akan diberi wang belanja bg kertas thesis. Ttp melalui penyemakan saya tidakpun menerimanya.saya pelajar thn 3 sem 6
J24 Sila isi borang JPA yang boleh diperolehi dari URP

S25 status pembayaran;
Saya tidak berjaya mencapai laman web www.warga.ukm di sini (HUKM).Saya hanya ingin memastikan yuran pengajian dan kediaman telah dipotong dari biasiswa yang diperoleh.Ini kerana jumlah wang yang diterima di dalam akaun melebihi dari yang sepatutnya.
J25 Memang benar, Yuran Penginapan saudari belum didaftarkan oleh pihak Kolej. Jabatan Bendahari terpaksa membayar biasiswa tanpa menolak yuran penginapan tersebut. Oleh itu saudari diminta membayar yuran tersebut apabila kolej telah mendaftarkannya

S26 Nak tahu no tel.KPM;
Saya ingin mendapatkan no tel bahagian biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia....
J26 03-88847000 atau sila ke UKP untuk mendapatkan khidmat nasihat

S27 kenapa keputusan peperiksaan masih tidak boleh dilihat;
saya baru sahaja membuat pembayaran hutang melalui channel-e. Tetapi saya masih tidak boleh melihat keputusan peperiksaan. kenapa ini boleh berlaku, adakah proses pembayaran melalui channel-e memerlukan masa untuk hutang saya di submit?
J27 Proses pembayaran melalui channel-e memerlukan masa selama sehari untuk diselaraskan di sistem UKM. Jika hutang masih, tidak diselaraskan selepas tempoh 24 jam, sila datang ke kaunter UKP untuk semakan.

S28 hutang pelajar;
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana untuk kita menyemak baki hutang pelajar. Saya telah memasuki laman www.ukm.my/siskew tetapi saya tidak memjumpai ikon hutang pelajar. Boleh pihak Tuan membantu saya kerana keputusan peperiksaan saya ditahan
J28 Hutang sepatutnya boleh disemak melalui laman web ukm: www.ukm.my/siskew. Jika sdri masih tidak dapat menyemak hutang melalui laman tersebut, sila dtg ke kaunter UKP untuk membuat semakan. Terima kasih.

S29 Tuntutan Elaun Perjalanan;
Rayuan kepada Jabatan Bendahari supaya mengimbas semula bayaran elaun perjalanan. Tuntutan mengikut jarak perjalanan yang di nyatakan atas borang adalah jarak SEBENAR yang dilalui untuk sampai ke tempat yang dituju. Merugikan staf yang bertugas di luar.
J29 Bayaran tuntutan perbatuan dibayar berdasarkan jarak terdekat diantara satu tempat ke satu tempat. Ini adalah bersesuaian dengan arahan pekeliling kerajaan. Sila hubungi Pegawai di talian 3115 jika perlukan penjelasan lanjut. Sekian, terima kasih.

S30 Elaun clinical specialist;
Aslmkm, Saya adalah pensyarah & pakar psikiatri di HUKM. Baru sahaja lulus masters bulan Jun. Bilakah saya akan dapat clinical specialist allowance? Apa yang perlu saya buat?
J30 Waalaikumsalam. Sila semak dengan Jabatan Pendaftar untuk apa2 perubahan gaji dan elaun. Jabatan Bendahari hanya akan membayar bila telah ada laporan peruban gaji tentang elaun tersebut.

S31 pertanyaan tentang permohonan kewangan zakat;
bagaimana utk memohon kewangan zakat untuk menampung kewangan dan sara diri saya di semester akn dtg?saya extend next sem dan tak ade penaja ptptn sepetti sekarg,mohon penjelasan...
J31 Mohon pergi ke Unit Kerohanian dan Kebajinan Pelajar di Bangunan Pusanika UKM bagi mendapatkan borang permohonan atau cetakan melalui web http://pkukmweb.ukm.my/~bendahari/

S32 borang zakat;
saya merupakan pelajar tahun akhir serta menghadapi masalah kewangan disebabkan kawan berhutang.justeru, saya tidak dapat membayar yuran pengajian disebabkan masalah yang dihadapi. bolehkah saya memohon zakat UKM dan adakah ia masih dibuka?
J32 Permohonan boleh dibuat dan permohonan samada diluluskan atau tidak bergantung kepada syarat kelayakan dan keputusan J/Kuasa Agihan Zakat UKM. Borang permohonan boleh di perolehi di Unit Kerohanian dan Kebajikan Pelajar di Bangunan Pusanika UKM

S33 Pinjaman perumahan;
Saya ingin bertanya kepada pihak bendahari, bolehkah saya sebagai kakitangan UKM membuat 'combine loan' untuk membeli rumah dengan suami saya yang bekerja di Kementerian Pertahanan? Sekian, terima kasih.
J33 Boleh, dengan syarat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Bhg. Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia. Maklumat lanjut sila hubungi Cik Siti Zawiyah di talian 03-89215324 utk keterangan lanjut.

S34 bantuan kewangan;
adakah ukm akan membantu pelajarnya untuk cuba mendapatkan bantuan kewangan seperti biasiswa atau pinjaman daripada pihak tertentu?
J34 UKM sentiasa membantu pelajarnya dalam urusan permohonan tajaan biasiswa atau bantuan kewangan. Sila hubungi Unit Kaunseling & Kerjaya dan Unit Kerohanian & Kebajikan Pelajar di Bangunan Pusanika 03-89215070/5316 atau Unit Kewangan Pelajar 03-89215037

S35 jadual gaji 2006;
saya ingin mendapatkan jadual gaji untuk tahun 2006 kerana jadual ini amat diperlukan untuk membuat perancangan kewangan bulanan saya.terima kasih
J35 Jadual pembayaran gaji untuk tahun 2006 telah diedarkan kepada Jabatan/Fakulti mulai awal tahun tempoh hari. Saudari juga boleh mendapatkannya melalui laman web Jabatan Bendahari.

S36 Hutang akademik;
Selamat sejahtera saya ucapkan disini, saya ingin menanya mengenai hutang akademik. Walaupun saya telah gugurkan subjek untuk semester 3, tetapi hutang saya tetap belum dibatalkan. Saya berharap pihak berkenaan menyelesaikan masalah ini.
J36 Semakan telah dibuat dan didapati semua yuran telah diselaraskan. Baki hutang hanya RM 110 iaitu yuran konvokesyen yang perlu dibayar sebelum majlis konvokesyen nanti

S37 slip gaji;
adakah pembantu penyelidik mempunyai slip gaji?
J37 Pembantu penyelidik juga mempunyai slip gaji tetapi slip tersebut berbeza dengan slig gaji biasa kakitangan UKM. Hubungi Bahagian Kewangan Penyelidikan 03-89213475

S38 bayaran penggubal soalan PTK;
saya ingin bertanya berkenaan bayaran penggubal soalan sebanyak rm2020.00 dibayar kepada saya telah diproses atau belum
J38 bayaran telah selesai dibuat pada 04/05/2007 melalui Baucar no. 443118 dan cek no. 222598. Cek boleh di ambil di Jabatan Bendahari paras 4. Terima kasih

S39 Tuntutan balik kos implan yang digunakan dalam pembedahan;
Bolehkah saya membuat tuntutan balik di atas kos implan yang digunakan dalam pembedahan. Misalnya kos implan adalah berjumlah RM3000.00
J39 Minta Dr. menghubungi En. Mohd Mahyuddin Darus Bhg. Pentadbiran Am Jab. Pendaftar di talian 03-89215118 untuk pengesahan lanjut. Jabatan ini akan membuat bayaran jika mendapat pengesahan dari Bhg. Pentadbiran Am, Jabatan Pendaftar

S40 Elaun clinical specialist;
Aslmkm, Saya adalah pensyarah & pakar psikiatri di HUKM. Baru sahaja lulus masters bulan Jun. Bilakah saya akan dapat clinical specialist allowance? Apa yang perlu saya buat?
J40 Waalaikumsalam. Sila semak dengan Jabatan Pendaftar untuk apa2 perubahan gaji dan elaun. Jabatan Bendahari hanya akan membayar bila telah ada laporan peruban gaji tentang elaun tersebut.

S41 borang cukai BE;
berapa nombor rujukan fail rujukan majikan (UKM)? E....
J41 No fail rujukan majikan ada tercatat di bahagian atas penjuru sebelah kiri penyata tersebut. No Fail adalah E 921600-06. Sekian, dimaklumkan. T.K.

S42 ganjaran;
telah sebulan sy bertukar ke taraf tetap.bilakah sy boleh menerima wang ganjaran perkhidmatan kontrak yg dulu?
J42 LPG untuk arahan pembayaran ganjaran di terima pada 29/3/06. Cek ganjaran telah siap diproses dan boleh diambil di Jabatan Bendahari pada bila-bila masa. Sekian, dimaklumkan.

S43 ganjaran;
telah sebulan sy bertukar ke taraf tetap.bilakah sy boleh menerima wang ganjaran perkhidmatan kontrak yg dulu?
J43 LPG untuk arahan pembayaran ganjaran di terima pada 29/3/06. Cek ganjaran telah siap diproses dan boleh diambil di Jabatan Bendahari pada bila-bila masa. Sekian, dimaklumkan.

S44 Imbuhan tamat kontrak;
merujuk kpd pertanyaan sblm ini,utk makluman, imbuhan yg saya terima pd bln Jan adalah utk kontrak dr 2 Jan 04 hingga 1 Jan 06.kontrak saya disambung pd 2 Jan 06 hingga 23 Mac 06 iaitu tarikh saya melapor diri utk jawatan tetap.diharap dpt membantu tuan.
J44 LPG untuk arahan pembayaran ganjaran di terima pada 29/3/06. Cek ganjaran telah siap diproses dan boleh diambil di Jabatan Bendahari pada bila-bila masa. Sekian, dimaklumkan.

S45 Pinjaman kenderaan dah habis..;
Saya, kakitangan HUKM.. habis potong bulan 9, 2006..bagaimana prosedure kalu dah abis pinjaman..saya dah poskan salinan geran motor utk panduan pihak bendahari utk tindakan selanjutnya.. akan tetapi masih lagi tak dpt apa2 surat dari jbt. bendahari..camne
J45 Salinan geran motor tersebut baru diterima pada 25/9/06, iaitu pada tarikh tuan mengemukakan pertanyaan ini. Surat pembatalan hak milik akan dikeluarkan dalam minggu hadapan apabila hutang telah diselaraskan. Sekian, terima kasih.

S46 claim demonstratormakmal di fakulti kejuruteraan;
diharap pihak bendahari fakulti kejuruteraan dapat menjelaskan baki bayaran parttime demonstrator dengan segera.terima kasih
J46 Semakan telah dibuat dan tiada bayaran yang tertunggak. Tuntutan untuk bulan Jun 2007 telah dijelaskan melalui cek no. 213573 berjumlah RM333.00 (12 jam x RM 25.00 = RM 375.00 dan ditolak RM 42.00 caruman KWSP) bertarikh 29/03/2007, manakala bayaran bula

S47 Semakan no kwsp dan perkeso;
Bagaimana mahu menyemak no kwsp dan no perkeso ?
J47 Semakan boleh dibuat di Bhg. Sumber Manusia Jab.Pendaftar di talian 03-89213070 atau semakan sendiri melalui Sistem Maklumat Kakitangan (SMK) http://smk.my/peribadi/peribadi.htm

S48 BERKENAAN BANTUAN ZAKAT KEPADA PELAJAR;
Seperti di atas saya ingin bertanyakan adakah pihak kerohanian dan kaunseling pelajar masih mengadakan agihan bantuan zakat kepada para untuk sekurang-kurangnya menanggung kos yuran bagi yg mengambil sem 3 kerana kami pelajar pun bkn bduit sgt. hrp sgt
J48 UKM masih lagi mengadakan agihan bantuan Zakat kepada warga UKM yang berkelayakan termasuk pelajar. Mohon dapatkan borang di Unit Kerohanian dan Kebajikan Pelajar di Bangunan Pusanika UKM atau cetakan melalui web http://pkukmweb.ukm.my/~bendahari/

S49 bagaimana cara untuk menyewa ruangniaga (membuka kaunter)di ukm;
saya wakil dari LP Driving Institute adalah sebuah syarikat mengajar memandu.saya ingin membuka kaunter dan membuat promosi kepada pelajar dan kakitangan universiti.waktu yang sesuai selepas hari pendaftaran kemasukan pelajar.
J49 Tiada ruang dibuka untuk sewaan semasa pendaftaran pelajar baru. Untuk mendapatkan ruang sewaan di PUSANIKA, sila hubungi Unit Penjanaan, No telifon 3016. Sekian, terima kasih.

S50 Kadar Sewa Bilik Kuliah, Mesyuarat dan Hostel;
Assalamualaikum, saya mohon untuk mendapatkan senarai kadar sewa bilik kuliah, bilik mesyuarat dan hostel untuk pihak luar untuk kegunaan kursus jangka pendek selama 5 hari dan 15 hari di tempat tuan pada cuti semester.
J50 Kadar sewa berbeza diantara satu bilik kuliah atau mesyuarat, bergantung kepada saiz. Sewa asrama juga berbeza mengikut jenis bilik. Sukacita dapat menghubungi Unit Penjanaan, J. Bendahari, Tel-89215110/89213016 untuk maklumat lanjut.

S51 sewa tapak;
akum.mcmmana saya nak daptkan tapak kedai kecil utk saya membuka kedai fotostat dan lalttulis di ukm?
J51 Sila semak dengan Bahagian Penjanaan, Jabatan Bendahari di talian 3016 tentang maklumat tersebut. Sekian, terima kasih.

S52 Pembekalan uniform;
Bila sebutharga untuk perkhidmatan jahitan dan pembekalan textile untuk kakitangan di keluarkan.
J52 Sebutharga untuk pembekalan pakaian seragam kakitangan biasanya dikeluarkan sebelum pertengahan tahun. Sekian, dimaklumkan.

S53 Pendaftaran syarikat di UKM;
Saya ingin mendaftarkan syarikat di UKM bagi membolehkan kami membekal/memberi perkhidmatan. Apakah proses yang perlu dilalui? Terima kasih.
J53 Pendaftaran sebagai pembekal di UKM boleh dibuat di kaunter Bahagian Perolehan & Bayaran, Jabatan Bendahari, Paras 3, Bangunan Canselori, UKM Bangi. Sila bawa sijil2 berkaitan. Sekian, terima kasih.

S54 Tender;
Saya ingin tahu cara untuk memperolehi maklumat lanjut berkenaan tender. Terima kasih.
J54 Untuk mendapatkan maklumat tentang tender di UKM, Saudara boleh melayari web UKM di alamat berikut: http://202.185.33.76/etender/tawaran.cfm

S55 e-Tender UKM melalui Internet;
Kepada Tuan/Puan, Saya adalah salah satu pembekal equipment untuk pengajian pendidikan (Education Equipment) kepada Kolej dan Universiti. Dari mana saya boleh tahu (cari) tender UKM yang akan/telah keluar melalui ruang INTERNET. TQ
J55 Maklumat iklan tender di UKM boleh di perolehi di surat-surat khabar utama atau laman web http://202.185.33.76/etender/tawaran.cfm

S56 borang pendaftaran syarikat;
selamat lagi dan assalamualaikum, boleh berikn saya soft copy bg borang pendaftaran syarikat? sekian,terima kasih
J56 Tiada 'soft copy' utk borang tersebut disediakan. Pendaftaran sebagai pembekal di UKM boleh dibuat di kaunter Bahagian Perolehan & Bayaran, Jabatan Bendahari, Paras 3, Bangunan Canselori, UKM Bangi. Sila bawa sijil2 berkaitan. Sekian, terima kasih.

S57 Pendaftaran baru sebagai kontraktor dan pembekal;
maklumat mengenai pendaftaran sebagai kontraktor dan prosedur pendaftaran
J57 Pendaftaran sebagai pembekal di UKM boleh dibuat di kaunter Bahagian Perolehan & Bayaran, Jabatan Bendahari, Paras 3, Bangunan Canselori, UKM Bangi. Sila bawa sijil2 berkaitan. Sekian, terima kasih.

S58 Cara Pendaftaran Sebagai Pembekal;
Saya ingin bertanya, bagaimana cara untuk berdaftar dengan UKM sebagai pembekal peralatan kegunaan pelaja Terima kasih
J58 Pendaftaran sebagai pembekal boleh dibuat di kaunter Bahagian Perolehan & Bayaran, Jabatan Bendahari, Paras 3, Bangunan Canselori, UKM Bangi. Sekian, terima kasih.


Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel)
S1 mengenai makum 2009;
bh saya tahu adakah dalam makum 2009 pada 15 hingga 18 oktober ini kita boleh bertanding untuk satu katogeri @ diwajibkan bertanding kedua2 katogeri....saya mohon
J1

S2 syarat2 dan borang penyertaan makum 2009;
saya ingin mengatahui tentang syarat2 penyertaan makum 2009 kerana ada beberapa keraguan
J2


Infomasi - Integrasi Sistem Permohonan
S1 Apa itu ISIP;
Maksud ISIP
J1 Permohonan yang mengabungkan 4 sistem permohonan yang melibatkan proses pemberian SMU iaitu permohonan alamat IP, capaian pangkalan data, proses ID SMU dan pemasangan perisian SMU


Perpustakaan
S1 Sebagai pelajar UKM separuh masa, bolehkah kami menggunakan mana-mana Perpustakaan Cabang UKM ?;
J1 Boleh, pastikan anda memakai kad kampus UKM yang sah semasa masuk dan berada dalam Perpustakaan. Malahan anda boleh masuk mana-mana Perp. IPTA, MMU dan UNITEN dengan kad kampus UKM yang sah. Untuk ke Perp. UM &USM, sila dapatkan surat dari Perp. UKM.

S2 Sebagai pelajar UKM, bolehkan saya dapatkan buku atau makalah dari Perpustakaan IPTA lain;
J2 Boleh, perkhidmatan ini dinamakan Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP). Sila berjumpa staf di Bahagian Perkhidmatan Pelanggan untuk maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan.


Jabatan Pendaftar
S1 Adakah adik saya berjaya @tidak dlm jawatan juruteknologi pergigian?;
saya nak tahu sama ada adik saya berjaya atau tidak menerima jawatan juruteknologi pergigian yang dia mohon.Dan bila mendapat jawapan dari pihak anda.Harap maklum...........
J1 saudari boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-89215147

S2 wujudkah jawatan kosong;
bagaimana nak mendapatkan melalui e-mail
J2 boleh dapat melalui laman web http://www.ukm.my/mohonkerja


Pejabat Perhubungan Awam dan Korporat
S1 Mengapa saya perlu menunggu agak lama untuk mendapatkan tarikh temujanji setelah surat rujukan diserahkan kepada klinik HUKM?;
J1 Pada umumnya pihak kami akan membaca surat tersebut untuk menilai tahap kesihatan pesakit dan temujanji akan diberi berdasarkan kekosongan temujanji yang ada serta tahap kesihatan pesakit.

S2 Adakah HUKM menawarkan perkhidmatan pesakit luar?;
J2 Pada umumnya HUKM tidak mempunyai perkhidmatan pesakit luar, namun begitu HUKM mempunyai Pusat Perubatan Primer yang terletak di Bandar Tasik Selatan untuk kes bukan rujukan.

S3 Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan rawatan di HUKM?;
J3 Untuk mendapatkan rawatan di HUKM, anda hendaklah terlebih dahulu mendapatkan surat rujukan dari mana-mana doktor.

S4 Berapakah bayaran untuk mendapatkan rawatan di HUKM?;
J4 Untuk pendaftaran baru ialah RM 30.00, manakala rawatan ulangan RM 5.00. Bagi bayaran ubatan RM 20.00 untuk bekalan 1 bulan, RM 10.00 untuk bekalan di bawah 2 minggu.Bagi Pegawai Kerajaan, Pelajar Sekolah, Pelajar IPTA serta Pesara Kerajaan, percuma.

S5 Mengapa saya memerlukan pengesahan Doktor Pakar terhadap ubat-ubat tertentu?;
J5 Sesetengah ubat merupakan ubat terkawal penggunaannya serta harganya terlalu mahal, oleh itu pengesahan dari Doktor Pakar tertentu diperlukan.

S6 Perkhidmatan apakah yang ada di HUKM?;
J6 Secara keseluruhannya HUKM menawarkan semua kepakaran perubatan.

S7 Apakah HUKM mempunyai wad mengikut kelas?;
J7 Pada umumnya HUKM mengamalkan sistem wad terbuka.

S8 Mengapa surat jaminan diperlukan untuk mendapatkan rawatan percuma?;
J8 Surat jaminan diperlukan untuk pengesahan seseorang itu benar-benar kakitangan kerajaan, pelajar sekolah/IPTA, ataupun pesara kerajaan.



Hakcipta Terpelihara © UKM 2003-2007