Persatuan Pesara UKM

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Biro Kebajikan

AJK KECIL BIRO KEBAJIKAN sesi 2023-2025

• Dr. Amran Ab. Majid (Ketua)
• Dato Dr. Mohd. Wahid Samsudin (PAWE)
• Che Rus Pin (PAWE)
• Dato’ Harun bin Bintang
• Dr. Kaswandi bin Md. Ambia
• Dr. Mansor bin Jusoh
• Abd. Talib bin Harun
• Kamariah binti Mohd. Yusof
• Rosenaini @Rosnani binti A. Saman
• Salmah binti Kasmani

_________________________

SUMBANGAN JAMUAN DI PPV UKM 13-15 OGOS

Kesinambungan sumbangan daripada sebahagian ahli Persatuan Pesara.
Persatuan menaja sarapan pagi untuk petugas barisan hadapan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Gemilang UKM.

Jurufoto: En. Abd. Raai bin Osman

_________________________

PERLUASAN SKOP PENGGUNAAN KAD PESARA UKM

Jabatan Pendaftar UKM telah meluluskan skop penggunaan Kad Pesara UKM bagi mendapat kemudahan perkhidmatan di Perpustakaan Tun Seri Lanang dan Perpustakaan Cabang UKM.
Tarikh berkuat kuasa ialah 1 Januari 2016.
(MPU Bil. 11/2015 bertarikh 20 Oktober 2015)

_________________________

PEMAKLUMAN PEMBERIAN KEMUDAHAN RAWATAN DAN PENGINAPAN

Pengurusan Universiti telah bersetuju untuk memberi beberapa kemudahan kepada pesara UKM iaitu:

a. Pesara UKM layak mendapatkan perkhidmatan dan diskaun di Poliklinik UKM Kesihatan
b. Pesara UKM dibenarkan menggunakan kemudahan penginapan di Pusat Latihan Tanjung Karang, Pusat Penyelidikan Tasik Chini dan Pusat Penyelidikan Langkawi

_________________________

KHAIRAT KEMATIAN PENCARUM KWSP

Syarat untuk menuntut:

• Dituntut oleh waris terdekat. (Salah seorang dari pasangan atau ibu/bapa atau anak)
• Umur si mati semasa meninggal tidak lebih dari 60 tahun.
• Masih ada berbaki dalam akaun KWSP si mati walaupun sedikit.
• Tuntutan hanya boleh dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian.

Tatacara untuk mendapatkan ubat yang berbayar di FARMASI NF

Tata cara:

1. Ambil borang Perubatan 1/09(1) (lebih dikenali borang JPA) di kaunter sebelah Farmasi NF (Pintu 2 HUKM)
2. Penuhkan bahagian-bahagian yang perlu diisi oleh pesakit
3. Semasa pemeriksaan dengan Dr., tanya Dr yang merawat antara ubat yang akan dibekalkan ada tak yang kena bayar
4. Jika ada, minta Dr. isi dan sahkan borang JPA di atas.
5. Pergi ambil ubat di Farmasi (depan klinik Ortopedik) jika yang percuma mereka akan bagi terus dan jika ada yang kena beli mereka akan tandakan dan pesakit kena beli di Farmasi NF
6. Sebelum ke Farmasi NF, buat Salinan dokumen-dokumen berikut (2 atau 3 salinan – satu untuk Farmasi NF, satu atau dua untuk Salinan pesakit (tertakluk jika bekalan ubat yang akan kena ambil sekali atau 2 kali): (khidmat fotokopi ada di kaunter hadapan Farmasi NF)

• Borang JPA yang telah dipenuhi oleh pesakit dan Dr. yang merawat
• Kad pesara UKM
• Perskepsi Ubat

7. Ambil no. giliran di Farmasi NF dan serahkan semua dokumen seperti para 6 di atas dan tunggu sehingga no di panggil.
8. Ambil ubat dan Selesai

Nota:

• Ada juga akan terjadi, kehabisan ubat di Farmasi NF
• Pastikan pesakit mendapat satu Salinan setiap dokumen pada para 6 sama ada untuk rekod atau untuk mengambil ubat yang sama sebelum temu janji yang akan datang (jika ada) – sebab kadang-kadang farmasi NF akan bagi bekalan ubat untuk sekali dan ada kalanya mereka disuruh datang sekali lagi untuk mendapat baki ubat yang seharusnya pesakit dapat sebelum temu janji berikutnya.

_________________________

TATACARA BAGI TUNTUTAN PEMBELIAN UBAT-UBATAN YANG TERPAKSA DI BELI

• Isi borang Perubatan 1/09(1) (boleh ambil di kaunter berhadapan Farmasi NF atau muat turun dari laman web JPA)
• Dapatkan pengesahan doktor yang merawat
• Dapatkan resit pembelian dari farmasi
• Berserta salinan kad pengenalan dan kad pesara JPA lampirkan borang JPA dan resit pembelian ubat dan hantar ke Bahagian Governan dan Pentadbiran, Jabatan Pendaftar untuk mendapat kelulusan KKM
• Untuk tuntutan seterusnya (pastikan telah mendapat kelulusan KKM) bagi ubat yang sama, hanya resit sahaja perlu di hantar ke Bahagian Governan dan Pentadbiran, Jabatan Pendaftar, tidak perlu dokumen-dokumen lain.

_________________________

URUSAN HAL-HAL PERSARAAN DI JPA

Semua urusan di Putrajaya hanya urusan kelulusan rekod perkhidmatan dan berkaitan dengan pekeliling perkhidmatan sahaja, manakala hal-hal mengenai urusan berkaitan persaraan perlu berurusan dengan KWAP

Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)
Aras 1 Sky Tech Tower 2
MKN Embassy Techzone,
Jln Teknokrat 2, Cyber 4
63000 Cyberjaya
Selangor. No. Tel: 03-8887 8777

_________________________

KEMUDAHAN PERUBATAN UNTUK IBU BAPA YANG SAH KEPADA PESARA PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN YANG PENCEN (SURAT EDARAN JPA RUJUKAN JPA800-8/2/109(2) BERTARIKH 22 DIS., 2017)

• UKM melalui suratnya UKM PDF/224/5 bertarikh 24 Mei 2018 telah memaklumkan bahawa atas sebab-sebab kekangan kewangan, LPU bil. 4/2018 bertarikh 19 April 2018 telah bersetuju untuk tidak menerima pakai garis panduan di atas.
_________________________

KHAIRAT KEMATIAN PENCARUM KWSP

Syarat untuk menuntut:

1.  Dituntut oleh waris terdekat. (Salah seorang dari pasangan atau ibu/bapa atau anak)
2.  Umur si mati semasa meninggal tidak lebih dari 60 tahun.
3.  Masih ada berbaki dalam akaun KWSP si mati walaupun sedikit.
4.  Tuntutan hanya boleh dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian.
_________________________

INISIATIF PEDULI RAKYAT SELANGOR

1. Air Percuma Setiap Bulan
2. Skim Mesra Usia Emas
3. Tabung Warisan Anak Selangor
4. Hadiah Pengajian IPT
5. Tabung Anak Pekerja Ladang
6. Skim Kesihatan Wanita
7. Skim Hijrah
8. Pusat Tuisyen Rakyat Selangor
9. Skim Bantuan Asuhan Rakyat
10. Skim Bantuan Tadika Selangor
11. Insentif Perkahwinan Belia
12. Program Bantuan Food Stamp
13. Khidmat Bas Selangorku Percuma
14. WIFI Smart Selangor
15. Skim Rumah Selangorku
16. Skim Peduli Sihat
17. Tabung Kumpulan Wang Biasiswa

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

N26
PUSAT KHIDMAT DUN BANGI
No 37A, Jalan 7/7C,
Seksyen 7,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-8920 0511
Fax : 03-8922 1888
Email : shafie.ngah@selangor.gov.my

www.selangor.gov.my or ipr.selangor.gov.my
_________________________

BORANG MESRA USIA EMAS NEGERI SELANGOR (SMUE)

Pendaftaran boleh dibuat dengan syarat:

• Warga emas itu seorang warganegara Malaysia berumur 60 tahun ke atas
• Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor, atau
• Lahir di Wilayan Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/2/1974 dan sedang menetap di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan, atau
• Bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun (bagi yang bukan kelahiran Negeri Selangor)

Borang boleh diperbanyakkan. Hebah-hebahkan kepada jiran dan kenalan yang berkelayakan. Setelah mendaftar sebarang urusan insyaAllah dipermudahkan yang lain-lainnya.
Borang boleh dihantar ke pejabat ADUN NEGERI SELANGOR yang berdekatan.

Borang klik di sini.
_________________________

TUNTUTAN PERKHIDMATAN BERBAYAR DI HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ, PUSAT PERUBATAN UKM

*Untuk Perubatan Nuklear berbayar*

Setelah mendapat rawatan atau perkhidmatan

Untuk membuat tuntutan:
• Isi borang JPA seperti biasa. Borang boleh diperolehi di kaunter depan NF farmasi
• Minta tanda tangan Doktor
• Borang kena tinggalkan dengan pembantu perubatan yang berkenaan. Mereka akan hubungi balik pesakit untuk ambil balik selepas pengarah HUKM tanda tangan
• Hantar kepada majikan lama untuk urusan tuntutan. Jika kakitangan HUKM hantar di HUKM. Jika kakitangan UKM Bangi hantar di Bangi.
_________________________

WAD WARGA HTCM, PPUKM

Kelayakan
Semua pesara UKM berpencen + pasangan
Pesara UKM skim KWSP untuk diri sendiri sahaja

Dokumen yang diperlukan
Kad pesara yang dikeluarkan oleh JPA
Kad pesara yang dikeluarkan oleh UKM
_________________________

Permohonan Tuntutan Perjalanan bagi Tujuan Rawatan Perubatan ke Hospital bagi Pesara Perkhidmatan Awam.Rujuk Borang JPA.BP.UBAT.B04.

Kemudahan bg pesara yg membuat rawatan di Hospital.
Dokumen berikut hendaklah di Photostat serta dilampirkan iaitu :
1. Arahan Doktor (Contoh rujuk ke IJN)
2. Slip kehadiran
3. Kad Pesara.
4. KP Isteri.
5. KP Pesara.
6. Resit Tol
7. Penginapan resit hotel Lebih 25 Km. Jika kurang boleh tuntut elaun perjalanan sahaja. Jika perlu penerangan lanjut telefon nombor dibawah dan borang boleh didapati dilaman web: www.kwap.gov.my
8. Borang Lengkap hantar kpd Alamat :-

Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)
Aras 1 Sky Tech Tower 2
MKN Embassy TechzoneJln Teknokrat 2, Cyber 4
63000 Cyberjaya
Selangor

No. Tel: 03-8887 8777
_________________________

Ubat-ubat yang perlu dibeli bagi Pesara UKM di PPUKM

Tata cara:

1. Dapatkan senarai ubat daripada Dr yang merawat
2. Ambil ubat di Farmasi UKM (Kakitangan Farmasi akan menandakan ubat-ubat yang boleh dibekalkan percuma dan yang perlu dibeli.
3. Ambil borang JPA di kaunter perkhidmatan fotokopi yang terletak di foyer bersebelahan Pej. Pos Mini HUKM
4. Penuhi bahagian yang terentu dan kembali kepada klinik dimana pesakit mendapat rawatan untuk pengesahan Dr.
5. Buat salinan borang JPA, kad pengenalan, kad pesara UKM dan senarai ubat
6. Ambil no giliran di FARMASI NF PPUKM (terletak bersebelahan kaunter fotokopi)
7. Tunggu no. giliran di panggil.
8. Anda akan terus mendapat ubatan-ubatan yang diperlukan.

Perbezaan: kalau dulu kita kena beli dan buat tuntutan di UKM atau JPA.
_________________________

TABUNG KEBAJIKAN PESAKIT PPUKM (TKPPPUKM)

Maklumat lanjut sila klik di sini
_________________________

PERMOHONAN FAEDAH TERBITAN BAGI KEMATIAN DALAM PERSARAAN

Borang klik di sini.
dan klik di sini.

Tujuannya sekiranya penerima pencen meninggal dunia dan pencen arwah hendak dipindahkan kepada balu/duda/anak.
Borang hendaklah dihantar ke alamat di bawah. Borang hendaklah dihantar bersama dengan borang Permohonan Bantuan Menguruskan Jenazah

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen)
Aras 2-5, Blik C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Keajaan Persekutuan
62510 W.P. Putrajaya
Malaysia.

NOTA:
Senarai borang-borang lain yang boleh dimuat turun dilaman sesawang JPA bahagian pencen sila klik di sini. layari www.jpapencen.gov.my/borang.html
semua kes tidak kira dimana permohonan terjadi di Malaysia, borang hendaklah dihantar ke alamat di atas.
_________________________

KEMUDAHAN RAWATAN PERUBATAN PERCUMA

Semua Pesara UKM/PPUKM kini boleh mendapatkan kemudahan rawatan perubatan percuma di Pusat Perubatan UKM tanpa perlu membuat bayaran pendahuluan dan tuntutan bayaran balik.

Borang permohonan boleh diisi secara online atau dimuat turun daripada laman web Jabatan Pendaftar (http://www.ukm.my/pendaftar) atau mendapatkan borang di Jabatan Pendaftar, UKM atau Jabatan Sumber Manusia PPUKM.

Untuk kemudahan ahli, bersama ini dilampirkan borang yang berkenaan.
Penuhi borang yang berkenaan dan sertakan sekeping gambar ukuran passport dan boleh buat permohonan terus di Jabatan Sumber Manusia UKM Bangi atau PPUKM. Borang klik di sini.

Terma Rujukan Kad Pesara UKM/PPUKM – klik di sini.
_________________________

BANTUAN PENGURUSAN JENAZAH UNTUK PESARA

Layari laman web www.jpapencen.gov.my untuk mendapatkan:

  • Keterangan lanjut kelayakan
  • Borang Permohonan Bantuan Mengurus Jenazah
  • Borang Akuan Pemohon

Semua borang yang telah dipenuhi hendaklah disertakan dengan kad pesara si mati dan waris perlu terus ke Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA, Putrajaya untuk membuat tuntutan. ATAU Dapatkan bantuan Persatuan untuk mendapatkan borang-borang yang berkenaan di pejabat Persatuan.

Perhatian : tidak perlu mendapatkan pengesahan majikan terakhir, memadai bawa bersama kad pesara si mati.
_________________________

KEMUDAHAN KERETA JENAZAH

Persatuan akan cuba memohon supaya Pesara boleh mengguna sama kereta jenazah Universiti yang sedia ada mengikut terma dan ketersediaan kenderaan tersebut pada masa diperlukan.
_________________________

KEMUDAHAN RAWATAN PERUBATAN PERCUMA UNTUK PESARA KWSP

Universiti Kebangsaan Malaysia dalam suratnya bertarikh 1 Oktober 2013 telah memaklumkan bahawa Jawatankuasa Tetap Kewangan UKM bil. 3/2013 bertarikh 25 Sept., 2013 telah bersetuju supaya UKM membiayai rawatan perubatan kepada pesara skim KWSP seperti kemudahan yang diberikan kepada pesara kerajaan (skim pencen) berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan bil. 21 tahun 2009. Bagi tujuan tersebut, mana-mana pesara KWSP yang memerlukan pembiayaan ini sama ada bagi mendapatkan rawatan percuma di Hospital Kerajaan atau membuat tuntutan bayaran balik perbelanjaan ubat/alat/perkhidmatan perubatan yang tidak diberikan percuma oleh Hospital Kerajaan perlu mengemukakan kad Pesara KWSP yang disediakan oleh JPA bagi yang telah membuat permohonan melalui borang JPA.BP/KWSP.01. UKM tidak akan meluluskan permohonanan yang tidak memenuhi syarat-syarat tersebut. tatacara tuntutan sila klik di sini
_________________________

BERITA BAIK BUAT WARGA EMAS

Semua warga emas digalakkan untuk mendaftar diri di Pusat Khidmat Adun. Pendaftaran adalah percuma.
Bagi yang tinggal di Bandar Baru Bangi, pendaftaran dan keterangan lanjut boleh dibuat di:

N26 – BANGI
Y.B DR SHAFIE BIN NGAH
PUSAT KHIDMAT DUN BANGI
NO. 37A, JALAN 7/7C SEKSYEN 7
43650, BANDAR BARU BANGI
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL : 03-89200511
FAX : 03-89221888
PETUGAS: SHAHRUM 016-235 2180
email: shafie.ngah@selangor.gov.my

Pusat Khidmat Adun Bangi Untuk mencari PUSAT KHIDMAT DUN SELURUH NEGERI SELANGOR. sila layari laman sesawang http://e-mesra.org.my Berbagai-bagai kemudahan dan bantuan boleh diperolehi mengikut syarat dan termanya:

  • Skim Mesra Usia Emas/Oku
  • Khairat kematian
  • Skim Bantuan Tadika Selangor
  • Hadiah Anak Masuk Universiti

Bagi yang belum mencapai usia emas, berbagai-bagai program disediakan antaranya:

  • Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
  • Program Insentif Perkahwinan Belia
  • Skim Bantuan Tadika Selangor
  • dll

_________________________