Pengenalan
Geran
Penyelidik
Jaringan & Aktiviti
Penerbitan
Pencapaian
Galeri

 
 PAUTAN

 INSTITUT SEL FUEL, UKM

 SERI

 UKM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 
 
 

 
 
 
KUMPULAN PROSES ELEKTROKIMIA SEL FUEL

Kumpulan Proses Elektrokimia Sel Fuel memfokus kepada pembuatan himpunan membran elektrod (MEA). MEA merupakan nadi kepada sel fuel polimer elektrolit membran (PEMFC) kerana tindak balas elektrokimia berlaku di sini. Pelajar terdahulu, Ramli Sitanggang telah membangunkan satu kaedah pembuatan MEA dengan menggunakan kaedah semburan. Dengan menggunakan kaedah ini, dakwat untuk menghasilkan lapisan serakan gas (GDL) dan lapisan serakan elektrod (GDE) disembur ke atas permukaan lapisan penyokong seperti kertas karbon. Daripada kaedah ini, satu lagi teknik pembuatan MEA telah dikembangkan, iaitu kaedah tuangan, di mana melalui kaedah ini dakwat GDL dan GDE dituang ke atas lapisan penyokong. Teknik ini masih dalam peringkat kajian.

Selain daripada cara penghasilan MEA, kumpulan ini juga menjalankan kajian dalam pembuatan membran. Kumpulan ini telah berjaya menghasilkan membran komposit, gabungan antara Nafion/SiO2/PWA. MEA yang menggunakan membran komposit ini boleh beroperasi pada suhu sederhana dan kelembapan relatif yang rendah. Lanjutan daripada kajian ini, potensi membran komposit yang menggunakan Nafion/ZrO2/RhO2 dipertimbangkan. Penghasilan membran komposit ini masih dalam peringkat kajian. Kumpulan ini turut menghasilkan membran pepejal, di mana menggunakan cesium dihidrogen phosphate (CsH2PO4 ) sebagai membran dalam sel fuel.

Peranan mangkin dalam elektrod dalam mempengaruhi prestasi sesebuah MEA juga menjadi perkara penting dalam kajian kumpulan. Maka, satu kajian terhadap mangkin RuO-Pt dilakukan dan kajian masih di peringkat awal. Kesemua kajian yang telah dan sedang dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan prestasi MEA secara langsung, dan prestasi PEMFC secara tidak langsung supaya sumber tenaga alternatif yang mesra alam dapat dihasilkan secara optimum.

   

 

 

   
[laman utama]
     
     
designby rahmahmokhtaruddin institutselfuelukm
     
Website UKM