Hari Inovasi & Keusahawanan PIK (HiKE) 2018 – [28 Mac 2018]

(Last Updated On: 01/10/2018)

Hari Inovasi & Keusahawanan PIK (HiKE) 2018

Tarikh   :  28 Mac 2018

Tempat :  Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh (DTAMS), UKM Bangi

 

  • Program yang diadakan pada 28 Mac 2018 ini dianjurkan setelah mendapat persetujuan Pengarah PIK dengan kelulusan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan & Inovasi (HEPI) pada 19 Januari 2018.
  • Program melibatkan kesemua kakitangan Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK) merangkumi 17 kakitangan Eksekutif Inovasi; 8 kakitangan sokongan serta mendapat kerjasama penuh oleh Pengarah & Timbalan Pengarah.
  • Program ini mensasarkan seluruh warga UKM secara amnya.
  • Sesi dialog yang melibatkan pemberi-pemberi dana pra-pengkomersialan dan pengkomersialan serta tokoh tekno-usahawan untuk membuka ruang kepada penyelidik serta warga UKM yang lain melihat potensi inovasi untuk dijadikan aset penjanaan kewangan.
  • Sesi CEO Talk yang melibatkan CEO yang berjaya dalam perniagaan jutaan ringgit dengan inovasi yang dinamik.
  • Pameran hasil Inovasi UKM.

 

Objektif Program

  1. Menerapkan elemen inovasi dan keusahawan kepada seluruh warga UKM;
  2. Menjana warga UKM yang celik inovasi, harta intelek dan pengkomersialan;
  3. Memberi idea dalam merangka strategi inovasi yang bernilai tinggi;
  4. Peluang pembiayaan pra-pengkomersialan dan pengkomersialan produk; dan
  5. Memperkenalkan serta mempromosikan produk inovasi UKM.

 

Jemputan 

  1. Seluruh warga UKM merangkumi pelajar serta kakitangan telah dijemput untuk memeriahkan program ini
  2. Rakan industri dan agensi pemberi dana pra-pengkomersialan serta dan pengkomersialan.

 

Impak

  • HiKE 2018 berjaya memberi impak kepada golongan yang hadir;
  • Program berjalan lancar tanpa sebarang isu;
  • Sebahagian daripada produk UKM mendapat perhatian daripada ahli Lembaga Pengarah Universiti untuk dibantu dari segi pengkomersialan.