BENGKEL CARIAN NOVELTI & ANALISIS KEBOLEHPATENAN SIRI 1/2019

(Last Updated On: 20/06/2019)

Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK) akan menganjurkan “Bengkel Carian Novelti & Analisis Kebolehpatenan Siri 1/2019″ dengan kerjasama Perpustakaan Tun Seri Lanang UKM.

Objektif utama bengkel ini adalah seperti yang berikut:

a) Memberi kesedaran harta intelek kepada peserta; dan

b) Memberi latihan kepada peserta secara hands-on mengenai carian novelti paten melalui penggunaan pangkalan data yang sedia ada seperti espacenet, google patents, USPTO, WIPO dan Frost & Sullivan.

• Tarikh : 26 Jun 2019 (Rabu)
• Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang 
• Tempat : Makmal siber@PTSL, Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan

Maklum balas kehadiran selewat-lewatnya pada atau sebelum 24 Jun 2019 (Isnin). Sila hubungi En. Mohd Zamre (Tel: 03-8921 4946/4947 , Emel: zamre@ukm.edu.my).

Pendaftaran klik pada pautan ini:
https://forms.gle/F5j3c9XPdEqjaWgq9