Jemputan Cadangan Penyelesaian Kumpulan Permasalahan Baru bagi Workshop Demand-Driven Innovation Project under the Public-Private Research Network (PPRN) – Kelompok Jun 2019

(Last Updated On: 12/06/2019)
  1. Seperti yang YBhg. Prof./tuan/puan sedia maklum,Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi inisiatif Public-Private Research Network (PPRN) dilaksanakan untuk mewujudkan knowledge-friendly ecosystem di Malaysia, di mana pihak industri yang merupakan pengguna pengetahuan dihubungkan dengan pengeluar pengetahuan iaitu institusi pengajian tinggi (IPT) dan institusi penyelidikan (RI) bagi meningkatkan lagi daya produktiviti negara melalui aktiviti inovasi dan penyelidikan gunaan.
  2. Bersama-sama ini dikemukakan senarai permasalahan teknologi yang baru bagi kelompok JUN 2019 seperti di Lampiran A disertakan untuk diedarkan kepada penyelidik-penyelidik bagi mencadangkan penyelesaian teknologi.
  3. Seterusnya, semua penyelidik yang berminat dan berpotensi memberikan cadangan penyelesaian dijemput menyertai cadangan penyelesaian yang baru dan menghadiri Workshop Demand-Driven Innovation Project Under The Public-Private Research Network yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh              : 19 Jun 2019 (Rabu)

Masa                : 8.30 pagi hingga 5.30 petang

Tempat            : Unit Penyelidikan & PPRN, Bahagian Perancangan Dan Penyelarasan Dasar, Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi), Aras 13, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6 Presint 5, 62200 WP Putrajaya

Agenda            : Rujuk tentatif jadual seperti di Lampiran B.

 

Penyelidik boleh menghubungi terus syarikat untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi penyediaan cadangan penyelesaian. Sukacita sekiranya Pegawai dan penyelidik YBhg. Prof./tuan/puan dapat merujuk garis panduan penyertaan seperti di lampiran dan mengemukakan maklumbalas bagi dokumen-dokumen berikut yang dilampirkan bersama-sama emel ini kepada sekretariat selewat-lewatnya pada 14 Jun 2019 (Jumaat) melalui emel:pprn@moe.gov.mydan c.c ke emel: firban@ukm.edu.my.

(i) Registration of Interest & Confirmation of attendance (Lampiran C3); dan

(ii) Non-Disclosure Agreement (Lampiran C1).

 

* Kertas cadangan lengkap (mengikut format LAMPIRAN C2) hendaklah dikemukakan kepada pihak sekretariat sehari selepas pembentangansebelum 3.00 petang dan pihak sekretariat tidak akan menerima sebarang kertas cadangan selepas daripada waktu tersebut. Setiap ketua penyelidik atau ahli kumpulan perlulah membentangkan dan menghantar cadangan penyelesaian tersebut.

Justeru, kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan / Puan dalam perkara ini amat dihargai. Sekian, terima kasih.

 

LAMPIRAN seperti berikut: http://www.ukm.my/pik/public-private-research-network-pprn-2/