Keputusan Permohonan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 2/2019

(Last Updated On: 01/11/2019)

Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan keputusan permohonan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 2/2019 yang dibuka bermula 1 Julai 2019 sehingga 19 Ogos 2019.

Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK) selaku wakil kepada pusat pengurusan penyelidikan universiti (RMC) yang bertanggungjawab untuk menguruskan PRGS di peringkat UKM telah menerima 34 permohonan daripada para penyelidik UKM.

Hasil daripada penilaian permohonan PRGS Fasa 2/2019 oleh pakar bidang UKM yang dilantik, sebanyak 26 permohonan telah disokong untuk dihantar kepada pihak urus setia PRGS di KPM. Pada peringkat saringan pertama di KPM, seramai 14 orang pemohon telah dipanggil untuk melakukan pembentangan di Putrajaya.

Sehubungan itu, pihak panel penilai PRGS Fasa 2/2019 pada peringkat Kementerian telah sebulat suara meluluskan LAPAN (8) permohonan projek penyelidikan PRGS dari UKM oleh pemohon seperti berikut:-

1. Prof. Dr. Sarani Zakaria – (FST)
2. Prof. Madya Ir. Dr. Rizauddin Ramli – (FKAB)
3. Prof. Madya Dr. Mohamad Hanif Md Saad – (FKAB)
4. Prof. Madya Dr. Tengku Siti Meriam Tengku Wook – (FTSM)
5. Dr. Kalaivani Chellappan – (FKAB)
6. Dr. Ashrani Aizzuddin Abd Rahni – (FKAB)
7. Dr. Nur Hasyareeda Hassan – (FST)
8. Dr. Noor Soffallina Sofian Seng – (FST)

PIK ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua pemohon yang telah terpilih untuk menerima PRGS Fasa 2/2019 di atas. Semoga projek penyelidikan PRGS ini akan berjalan lancar dan berjaya menghasilkan prototaip yang kompeten untuk dikomersialkan pada masa akan datang.