Makluman Pembukaan Permohonan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 1/2020

(Last Updated On: 10/01/2020)

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka permohonan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 1 Tahun 2020 kepada kakitangan akademik di Universiti Awam dan Universiti Swasta mulai 6 Januari 2020 sehingga 17 Februari 2020 Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara atas talian menggunakan MyGRANTS (Malaysia Greater Research Network System) yang boleh diakses seperti di pautan https://mygrants.gov.my. 

Tarikh tutup permohonan PRGS Fasa 1 Tahun 2020 pada peringkat RMC adalah pada 2 Februari 2020 (Ahad).

Pembukaan PRGS Fasa 1 Tahun 2020 adalah berdasarkan pada tujuh (7) domain penyelidikan seperti berikut:

  1. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT);
  2. Teknologi dan Kejuruteraan (TK);
  3. Sains Tulen dan Gunaan (STG);
  4. Sains Kesihatan dan Klinikal (SKK);
  5. Sains Sosial (SS);
  6. Sastera dan Sastera Ikhtisas (SSI); dan
  7. Warisan Alam dan Budaya (WAB)

Setiap permohonan perlu menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan seperti berikut:

  • Permohonan geran penyelidikan dibuka kepada semua penyelidik yang memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan (sila rujuk Lampiran C – Garis Panduan (Pindaan Tahun 2020) yang berkaitan);
  • Ketua Projek mestilah telah mengisi dan melengkapkan Laporan Prestasi bagi projek-projek yang telah diluluskan pada fasa terdahulu dalam Modul Pemantauan MyGRANTS (dikecualikan untuk RAGS 2012-2013, RACE, LRGS, NRGS);
  • Penyelidik hanya dibenarkan untuk mengemukakan satu (1) permohonan sebagai Ketua Projek bagi FRGS atau PRGS; dan satu (1) permohonan sebagai Ketua Projek bagi TRGS atau LRGS; dan
  • Penyelidik perlu mengemaskini dan melengkapkan Profil Penyelidik (merangkumi Maklumat Peribadi, Projek, Penerbitan, Harta Intelek (IP), Penyeliaan (Supervision), Pengajaran (Teaching), Perundingan (Consultation) dan Perkhidmatan Komuniti (Community Service)) dan perlu disahkan oleh RMC dalam MyGRANTS. Kementerian berhak menolak permohonan sekiranya maklumat tersebut tidak dikemaskini atau tidak lengkap. 

Jumlah peruntukan dan tempoh penyelidikan yang dipohon adalah seperti berikut:

Siling permohonan PRGS adalah RM500,000.00 bagi tempoh satu (1) hingga dua (2) tahun penyelidikan;

Setiap permohonan dimestikan untuk mematuhi semua syarat dan kriteria yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan (Pindaan Tahun 2020) dan Dokumen Tadbir Urus Dana Penyelidikan KPM yang berkuat kuasa. Garis Panduan (Pindaan Tahun 2020) juga boleh diakses melalui Portal MyGRANTS.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, boleh menghubungi pihak Pusat Inovasi Kolaboratif iaitu Encik Firdaus Banhawi di talian 03-8921 4821, emel firban@ukm.edu.my atau Puan Nur Suhana Abd Gani di talian 03-8921 4437, emel nursuhana@ukm.edu.my.

Sekian untuk makluman. Terima kasih.