PELANTIKAN PENGARAH – PUSAT INOVASI & PEMINDAHAN TEKNOLOGI (INOVASI@UKM™)

(Last Updated On: 16/03/2020)

 

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah buat YBrs. Prof. Madya Dr. Maslina Jamil dari Pusat Senibina & Alam Bina Inovatif (SErAMBI), Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB) di atas pelantikan sebagai Pengarah Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM™) yang baharu mulai 1 MAC 2020 bersamaan dengan 6 REJAB 1441 Hijri.

Kami warga kerja INOVASI@UKM™ amat mengalu-alukan pelantikan YBrs. Dr. sebagai Pengarah INOVASI@UKM™ yang baharu. Semoga dengan berbekalkan kepakaran dan bakat kepimpinan YBrs. Dr., INOVASI@UKM™ dapat terus memacu kejayaan demi kejayaan dalam bidang penyelidikan berimpak tinggi dan pengkomersialan produk universiti ke pasaran negara serta antarabangsa.

Sesi Penyerahan Surat Pelantikan Pengarah INOVASI@UKM™ oleh Naib Canselor UKM – YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor.