PELANTIKAN TIMBALAN PENGARAH – PUSAT INOVASI & PEMINDAHAN TEKNOLOGI (INOVASI@UKM™)

(Last Updated On: 30/04/2020)

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah buat YBrs. Dr. Muhamad Ramdzan Buyong dari Institut Kejuruteraan Mikro & Nanoelektronik (IMEN) di atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM™) yang baharu mulai 15 APRIL 2020 bersamaan dengan 21 SYA’ABAN 1441 Hijri.

Kami warga kerja INOVASI@UKM™ amat mengalu-alukan pelantikan YBrs. Dr. sebagai Timbalan Pengarah INOVASI@UKM™ yang baharu. Semoga dengan berbekalkan kepakaran dan bakat kepimpinan YBrs. Dr. bersama-sama Pengarah, INOVASI@UKM™ dapat terus memacu kejayaan demi kejayaan dalam bidang penyelidikan berimpak tinggi dan pengkomersialan produk universiti ke pasaran negara serta antarabangsa.