SESI TAKLIMAT KHAS PERSEDIAAN BAGI PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS) FASA 2/2019

(Last Updated On: 10/07/2019)

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT (BKPI), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka Permohonan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 2/2019 bermula 1 Julai 2019 sehingga 19 Ogos 2019.

Sehubungan itu, Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK) mengambil inisiatif untuk mengadakan Sesi Taklimat Khas Persediaan bagi Permohonan PRGS Fasa 2/2019 untuk membantu para penyelidik menyediakan borang permohonan PRGS yang memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh panel penilai di peringkat Kementerian. Sesi taklimat akan diadakan seperti yang berikut:

Tarikh: 11 Julai 2019 (Khamis)
Masa : 2.30 petang – 5.00 petang
Tempat : Dewan Persidangan CRIM, UKM Bangi, Selangor

Taklimat akan disampaikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Isa Abdul Majid iaitu Pengarah Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia yang akan berkongsi mengenai tips kaedah mengisi borang permohonan yang berkesan, perkara yang perlu ditekankan dan perkara yang perlu dielakkan di dalam permohonan PRGS. Beliau juga merupakan salah seorang Panel Penilai kluster Sains Tulen dan Gunaan di peringkat Kementerian.