Sesi Taklimat Pembukaan Geran R&D CREST Bil 2/2019

(Last Updated On: 20/06/2019)

Untuk makluman Permohonan Geran R&D CREST Bil 2/2019 dijangka akan dibuka pada 2 Julai 2019. CREST menawarkan geran ini untuk menyokong aktiviti penyelidikan di dalam pelbagai disiplin dan merupakan projek kolaboratif di antara universiti dan syarikat. Geran ini juga boleh menampung keperluan pembayaran elaun pelajar pasca siswazah (i-GRASP).

Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK) selaku PTj yang menguruskan permohonan geran CREST peringkat UKM akan menganjurkan Sesi Taklimat Geran R&D CREST Bil.2/2019 yang akan disampaikan oleh Dr. Nor Azmi Alias (Naib Presiden Kanan, Pengurusan Penyelidikan CREST) seperti butiran berikut:

Tarikh     :  4 Julai 2019 (Khamis)

Masa      :  10.00 pagi – 1.00 petang (Sesi Pagi)

Tempat   :   Auditorium Perpustakaan Lingkungan 2, UKM Bangi.

 

Peserta yang berminat boleh mengisi Borang Maklum Balas Kehadiran CREST Bil.2/2019 (Google Form) pada pautan borang atas talian yang disediakan.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Encik Firdaus Banhawi (03-8921 4821).