UKM-MTDC Mini Commercialisation Workshop Series 2/2019

(Last Updated On: 27/08/2019)

Sejajar dengan usaha untuk membawa hasil penyelidikan/teknologi/produk ke pasaran, UKM melalui Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK) dengan kerjasama Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) akan mengadakan UKM-MTDC Mini Commercialisation Workshop Series 2/2019 seperti butiran berikut:

Tarikh : 29 Ogos 2019 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar UKM-MTDC, Blok Nucleus, UKM-MTDC Technology Centre, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43650 Bangi, Selangor.

Program ini akan diadakan selama satu (1) hari merangkumi topik mengenai Technology Transfer & Commercialisation, Market Validation & Financing. Sasaran peserta program adalah termasuk pegawai pemindahan teknologi, pencipta, penyelidik atau ahli akademik yang terlibat atau mempunyai minat untuk mengkomersialkan teknologi atau hasil kerja R&D mereka ke pasaran.

Untuk pendaftaran, sila klik di pautan berikut: https://bit.ly/2LheBau