Public-Private Research Network (PPRN)

Dilancarkan pada 24 Februari 2015 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Satu model kerjasama strategik antara institusi pengajian tinggi, industri dan agensi-agensi kerajaan bagi menggalakkan program inovasi yang berasaskan permintaan dalam memacu pembangunan produktiviti dan inovasi negara.

Objektif utama adalah untuk mewujudkan  knowledge-friendly ecosystem.

 

Garis Panduan

  • Semua penyelidik daripada IPT
  • Industri akan membentangkan permasalahan teknologi
  • Penyelidik memberi cadangan bagaimana mereka boleh membantu industri
  • Keutamaan akan diberi kepada projek yang boleh disiapkan dalam tempoh 6 bulan
  • Pelaksanaan projek di luar skop kelulusan hendaklah dibiayai oleh syarikat berkenaan.
  • Pembelian off-the-shelve solutions seperti pembelian produk, perisian atau perkhidmatan tidak akan dipertimbangkan
  • Projek disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dalam surat tawaran
  • Tempoh projek – 6 bulan*
  • Pembiayaan – RM 50,000 *

Maksimum 25% : bayaran profesional kepada penyelidik
Maksimum 5% : bayaran kos pentadbiran projek kepada Institusi

  • KPT/PPRN akan membiayai sebahagian daripada kos keseluruhan projek dan syarikat perlu bersedia untuk turut bersama-sama membiayai kos pembangunan   projek
  • Nisbah peratus pecahan komitmen antara PPRN dan industri/perusahaan adalah seperti berikut:

PPRN : Syarikat bersaiz mikro = 90%:10%;
PPRN : Syarikat bersaiz kecil = 70%:30%;
PPRN : Syarikat bersaiz sederhana = 50%:50%; dan
PPRN : Syarikat bersaiz besar = 30%:70%.

Manfaat

  1. Kepakaran dan pengetahuan teknologi dapat diaplikasikan secara terus kepada industri/perusahaan dengan kadar langganan yang tinggi dan memenuhi keperluan mereka kerana ia berpacukan permintaan (demand driven).
  2. Pengalaman bekerjasama dengan industri/perusahaan boleh dijadikan sebagai input kajian kes dalam pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kompetensi mereka sebagai tenaga pengajar.

 

Kriteria

  1. Kertas cadangan lengkap;
  2. Implikasi kos & tempoh yang efektif, praktikal dan cepat;
  3. Tidak mempunyai konflik kepentingan; dan
  4. Melibatkan bidang sains gunaan / kejuruteraan

 

Carta Alir Pelaksanaan Demand-Driven Innovation Project

PPRN1

 

Sektor Permasalahan oleh PPRN

Kejuruteraan & ICT

  1. Pembuatan
  2. Automotif
  3. Teknologi Hijau
  4. Pembinaan
  5. Teknologi maklumat
  6. Perisian
  7. Kejuruteraan Elektrik
  8. Kejuruteraan Mekanik

 

Sains & Perubatan

  1. Pertanian
  2. Bioteknologi
  3. Teknologi Sains Pemakanan
  4. Pemprosesan makanan
  5. Kesihatan