Latar Belakang PJK

Pengenalan
Pusat Jaminan Kualiti ditubuhkan secara rasmi pada 10 Februari 2011 setelah diluluskan oleh Lembaga Pengarah UKM Bil. 1/2011 pada 10 Februari 2011. Sebelum penubuhannya semua aktiviti kualiti UKM dikendalikan oleh Bahagian Jaminan Kualiti iaitu di bawah pentadbiran Pusat Perancangan Korporat dan Kualiti (PPKK). Penubuhan PJK adalah selaras dengan cadangan Panel Penilai Audit Institusi MQA ke atas UKM pada 22-26 Mac 2010 di mana UKM telah berjaya diberikan status Swaakreditasi (self-accreditation) berkuatkuasa 29 April 2010. Hasil Audit, Panel MQA telah mencadangkan supaya UKM menilai semula Sistem Jaminan Kualiti (QA Systems) sedia ada dan mengambil langkah supaya proses kualiti lebih telus dan berintegriti  di semua peringkat. MQA juga mengesyorkan supaya  UKM menubuhkan Pusat Jaminan Kualiti (Quality Assurance Division) untuk memastikan Sistem Jaminan Kualiti UKM lebih terancang dan berkesan.

Fungsi

PJK bertanggungjawab:

  • Merancang dan melaksana audit, pemantauan dan peningkatan kualiti proses-proses teras akademik dan pentadbiran berdasarkan kerangka kualiti universiti
  • Menerima dan menganalisis maklum balas dan aduan pelanggan serta memantau tindakan susulan
  • Berperanan sebagai penghubung dengan pihak luar dalam mengendalikan agenda jaminan kualiti

Kepimpinan

Professor Ir. Dr. Shahrir Abdullah merupakan pengasas Pusat Jaminan Kualiti apabila  dilantik sebagai Pengarah PJK yang pertama pada 10 Februari 2011. Pelantikan ini adalah berdasarkan kepada pengalaman beliau sebagai Timbalan Pengarah (Jaminan Kualiti) Pusat Perancangan Korporat dan Kualiti sejak tahun 2008. Beliau juga merupakan dan seorang Auditor/Lead Auditor Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO9001:2008 yang bertanggungjawab di dalam pelaksanaan Audit Dalaman program akademik berdasarkan standard MQA.

Bahagian

1)  Unit Pengurusan Kualiti

Menyediakan manual, dokumentasi dan laporan kualiti bagi pihak Universiti

2) Unit Audit dan Penilaian

Merancang dan melaksana audit, pemantauan dan peningkatan kualiti (enhancement) proses teras akademik & pentadbiran berdasarkan kerangka kualiti Universiti

Pusat Jaminan Kualiti ditubuhkan secara rasmi pada 10 Februari 2011 setelah diluluskan oleh Lembaga Pengarah UKM Bil. 1/2011 pada 10 Februari 2011. Sebelum penubuhannya semua aktiviti kualiti UKM dikendalikan oleh Bahagian Jaminan Kualiti di bawah pentadbiran Pusat Perancangan Korporat dan Kualiti (PPKK). Penubuhan PJK adalah selaras dengan cadangan Panel Penilai Audit Institusi MQA ke atas UKM pada 22-26 Mac 2010 di mana UKM telah berjaya mendapat pengiktirafan  status Swaakreditasi (self-accreditation) berkuatkuasa 29 April 2010.

Hasil Audit, Panel MQA telah mencadangkan supaya UKM menilai semula Sistem Jaminan Kualiti (QA Systems) sedia ada dan mengambil langkah supaya proses kualiti lebih telus dan berintegriti di semua peringkat. MQA juga mengesyorkan supaya UKM menubuhkan Pusat Jaminan Kualiti (Centre for Quality Assurance ) untuk memastikan Sistem Jaminan Kualiti UKM lebih terancang dan berkesan.