selamat Menyambut Hari & Bulan Akademia
Persatuan Kakitangan Akademik UKM (PKAUKM) mengucapkan selamat menyambut Hari & Bulan Akademia.
Hari Akademia merupakan acara tahunan yang diraikan di peringkat kebangsaan dan di Institusi Pengajian Tinggi pada 5 Oktober setiap tahun manakala bulan Oktober pula diisytihar sebagai Bulan Akademia bagi mengiktiraf peranan, sumbangan dan kepentingan para ahli akademik dalam mendidik anak bangsa dan memajukan negara melalui penyelidikan dan inovasi.
“Integrasi Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Pendidikan Tinggi”
