Geran Penyelidikan Jangka Pendek Persatuan Kakitangan Akademik UKM 2026

Geran Penyelidikan Jangka PendekĀ  Persatuan Kakitangan Akademik UKM (PKAUKM) ditawarkan bagi memperkukuh pembangunan kerjaya serta kesejahteraan mental ahli akademik, selaras dengan prinsip Teras MADANI yang menekankan kemampanan, kesejahteraan, ihsan dan keadilan sosial. Inisiatif ini turut menyokong agenda Reformasi Pendidikan Tinggi dengan memberi fokus kepada pembentukan ekosistem akademik yang inklusif, seimbang dan berdaya tahan. Sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya SDG 3 (Kesihatan dan Kesejahteraan), SDG 8 (Pekerjaan Layak dan Pertumbuhan Ekonomi) dan SDG 16 (Keamanan, Keadilan Dan Institusi Yang Teguh), geran ini bertujuan mengenal pasti cabaran sistemik yang menjejaskan kemajuan kerjaya dan kesihatan mental ahli akademik. Hasil kajian berpotensi serta membangunkan intervensi berasaskan bukti yang mampan bagi meningkatkan produktiviti, kesejahteraan dan kecemerlangan institusi pengajian tinggi.

Skop penyelidikan :

  • Kesihatan Yang Baik Dan Kesejahteraan
  • Pekerjaan Yang Sesuai Dan Pertumbuhan Ekonomi
  • Keamanan, Keadilan Dan Institusi Yang Teguh

Syarat Permohonan : Geran ini terbuka kepada semua kakitangan akademik aktif yang berdaftar sebagai ahli PKAUKM

Tempoh Penyelidikan : 6 Bulan

Maklumat lanjut sila muat turun :

  1. Tatacara permohonan geran
  2. Borang permohonan geran

Permohonan boleh dikemukakan melalui email kepada sazliyana@ukm.edu.my

Tarikh tutup permohonan : 1 April 2026

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Prof. Dr. Syahrul Sazliyana Shaharir (FPer)
Timbalan Presiden II PKAUKM
sazliyana@ukm.edu.my