Panggilan Mesyuarat Agung Tahunan PKAUKM Kali Ke-54

Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (PKAUKM) menjemput semua ahli PKAUKM untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PKAUKM Kali Ke-54.
? Tarikh: 10 September 2026 (Khamis)
? Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
? Tempat: Anjung Digital Smart Selangor, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM), UKM

Mesyuarat Agung Tahunan ini diadakan selaras dengan ketetapan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang menetapkan AGM perlu dilaksanakan sebelum berakhirnya tempoh yang dibenarkan pada September 2026.

? Penghantaran Usul Mesyuarat
⏰ Tarikh tutup pendaftaran kehadiran dan penghantaran usul:
21 Ogos 2026

Tentatif Program

? 8.30 pagi – Pendaftaran
? 9.00 pagi –
    • Ucapan Alu-aluan,
    • Bacaan Doa
    • Ucapan Presiden PKAUKM
    • Bicara Cakna Akademik (tajuk dan penceramah akan dimaklumkan kemudian)
? 10.15 pagi – Mesyuarat Agung Tahunan bermula:
    • Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-53
    • Pembentangan dan Kelulusan Laporan Tahunan 2025/2026
    • Pembentangan dan Kelulusan Laporan Kewangan 2025/2026
    • Pembentangan dan Perbahasan Usul
    • Hal-hal Berbangkit

? 12.00 tengah hari – Jamuan Tengah Hari

? Laporan Tahunan dan Laporan Kewangan PKAUKM bagi sesi 2025/2026 akan diedarkan kepada ahli dalam masa terdekat.
? Menarik untuk ahli yang hadir! Door gift dan cabutan bertuah menanti anda.
✨ Kehadiran semua ahli amatlah dihargai sebagai tanda komitmen dan keprihatinan kita dalam memperkukuh peranan PKAUKM demi kebajikan warga akademik UKM.
Jumpa anda di AGM PKAUKM Kali Ke-54!
Cakna Kebajikan Ahli Akademi • Ilmu, Mutu dan Budi