PKAUKM Menerima Kunjungan Hormat daripada Universiti Selangor (UNISEL)

Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (PKAUKM) berbesar hati menerima kunjungan daripada Jawatankuasa Pro-Tem Penubuhan Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Selangor (UNISEL). Delegasi ini telah disambut mesra oleh Prof. Ir. Dr. Nasharuddin Zainal (Timbalan Presiden I PKAUKM) dan En. Ahmad Rafizi Salleh (Exco PKAUKM) di Akademia Siber Teknopolis UKM (AST).
Kunjungan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman, menimba ilmu serta bertukar pandangan berkaitan pengurusan dan pentadbiran persatuan kakitangan akademik. Diharapkan sesi perkongsian ini dapat memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi serta menyumbang kepada pembangunan dan pemerkasaan persatuan akademik di Malaysia.
PKAUKM amat mengalu-alukan kunjungan ini dan berharap ia menjadi platform yang bermanfaat dalam mempererat hubungan profesional serta memupuk budaya perkongsian amalan terbaik demi kemajuan warga akademik.
Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (PKAUKM)