Selamat Datang Kepada Semua Pelajar Baharu ke UKM Sesi Akademik 2025/2026
Persatuan Kakitangan Akademik UKM (PKAUKM) mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Sesi Akademik 2025/2026.
Tahniah dan syabas kepada semua pelajar baharu yang akan melangkah ke dunia ilmu, bertemu sahabat baharu, dan mencipta masa depan anda di sini. Anda kini sebahagian daripada keluarga besar UKM.
Bersama-sama kita akan memupuk Ilmu, Mutu, dan Budi untuk mencapai kejayaan yang gemilang.
