Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 2 Sesi 2025/2026

Persatuan Kakitangan Akademik UKM (PKAUKM) mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia.

Semoga segala usaha, ilmu yang dipelajari serta doa yang dipanjatkan membuahkan hasil yang cemerlang. Semoga anda diberikan ketenangan, dipermudahkan menjawab setiap soalan, dan memperoleh kejayaan yang membanggakan demi masa depan serta keluarga tercinta.

Semoga berjaya dan terus melakar kecemerlangan.

Ikhlas daripada,
Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (PKAUKM)