Selamat Menyambut Nuzul al-Quran

Persatuan Kakitangan Akademik UKM (PKAUKM) mengucapkan Selamat Menyambut Nuzul al-Quran 28 Mac 2024 bersamaan dengan 17 Ramadan 1445H kepada seluruh umat islam khasnya warga PKAUKM.
Marilah kita bersama-sama mengambil peluang ini dengan memperbanyakkan bacaan dan tadabbur al-Quran untuk dijadikan panduan kehidupan. Semoga Allah SWT menerima amalan kita dan memberi kita kekuatan serta kesihatan untuk menyempurnakan ibadah kita pada Ramadan kali ini.