Tahniah Kepada Penerima Geran PKAUKM 2026

Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (PKAUKM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para penyelidik yang telah berjaya menerima Geran Penyelidikan PKAUKM 2026.

Dua (2) kumpulan penyelidikan telah berjaya menerima geran bagi melaksanakan kajian yang memberi tumpuan kepada isu-isu penting berkaitan warga akademik dan pembangunan kerjaya di Universiti Kebangsaan Malaysia.

🔹 Penerima Geran 1

Tajuk:
Moral Injury in Academia: Examining the Influence of Value Conflict and Institutional Constraint on Psychological and Behavioural Outcomes among Academic Staff at Universiti Kebangsaan Malaysia

👤 Ketua:
Prof. Madya Dr. Noorazrul Yahya

👥 Ahli:

  1. Dr. Siay Ching Sun
  2. Dr. Hanani Abdul Manan

🔹 Penerima Geran 2

Tajuk:
Kriteria Kenaikan Pangkat Ahli Akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia: Suatu Penilaian Transdisiplin terhadap Polisi, Amalan dan Kesan Profesional

👤 Ketua:
Prof. Madya Dr. Wahiza Wahi

👥 Ahli:

  1. PM Dr. Mashitoh Yaacob
  2. Dr. Lim Kar Keng
  3. Prof. Ir. Dr. Nasharuddin Zainal

PKAUKM berharap agar geran yang diterima ini dapat menjadi pemangkin kepada penghasilan penyelidikan yang berkualiti, berimpak dan memberi manfaat kepada komuniti akademik, khususnya dalam memperkukuh kesejahteraan serta pembangunan kerjaya warga akademik UKM.

🌟 Tahniah dan syabas kepada semua penerima!
Semoga kajian yang dilaksanakan mencapai objektif yang ditetapkan serta menghasilkan dapatan yang bermanfaat kepada warga akademik dan institusi.