Language

Bahasa

Penterjemah Google

Penafian Terjemahan Bahasa Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer . Kebarangkalian kandungan mungkin berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Universiti Kebangsaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kesalahan maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal di dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia.

Centre for Corporate Communications

Soalan Lazim

Bagaimana untuk menghubungi PKK

Pejabat Utama
Pusat Komunikasi Korporat,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Aras 2, Bangunan Canselori, 43000 UKM, Bangi Selangor
Tel: +603 8921 5540 / 4142 / 3370
Faks: +603 8921 4097
Emel: pkk@ukm.my

Pejabat Kedua
Pusat Komunikasi Korporat,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Wisma Media, Danau Golf Resort, 43000 UKM, Bangi Selangor
Tel: +603 8921 5426 / 5436
Faks: +603 8921 3255

Fakulti saya akan mengadakan satu aktiviti. Bolehkah kami dapatkan bantuan jurfoto PKK untuk mengambil foto aktiviti tersebut.

PKK mempunyai khidmat jurufoto. Sila berhubung dengan PKK untuk maklumat lanjut.

Institut saya akan mengadakan satu majlis menandatangani MOU dengan sebuah syarikat Jepun di Malaysia. Bolehkah kami dapatkan bantuan PKK untuk mengendalikan majlis menandatangani MOU tersebut.

PKK boleh menyediakan khidmat nasihat untuk majlis menandatangani MOU berkenaan.  Sila dapatkan dokumen MOU daripada Unit Undang-undang UKM.

Saya melihat video UKM disiarkan dalam youtube. Bolehkah saya beri sumbangan video yang dibuat oleh fakulti saya untuk dimasukkan dalam Web TV ukm dan juga you tube?

Buat masa ini video yang dimasukkan dalam web tv UKM dan youtube adalah yang dihasilkan PKK. Bagaimanapun,  video yang sesuai yang dihasilkan oleh fakulti dan institut boleh dimasukkan. Sila hubungi PKK untuk perbincangan lanjut.

 

Saya dapati UKM mempunyai Portal Berita dan juga Web TV yang menyiarkan berita penyelidikan dan peristiwa. Kumpulan saya sedang menjalankan satu penyelidikan dan kami ingin maklumat penyelidikan ini dijadikan berita dan juga web tv. Bagaimanakah caranya?

Portal Berita UKM dan juga Web TV mengalu-alukan aktiviti berkaitan  dengan penyelidikan. Lazimnya, aktiviti penyelidikan yang disiarkan ialah yang sudah ada hasilnya. Bagaimanapun, sila hubungi pejabat portal berita dan web TV di Wisma Media di Danau Golf Resorts, UKM untuk perbincangan lanjut.

 

Saya ingin memberi sumbangan kepada penerbitan korporat PKK iaitu Resonance dan Senada. Bagaimanakah sumbangan ini boleh dilakukan?

Sumbangan saudara dan juga staf lain amat dialu-alukan. Bahan yang disiarkan adalah berkaitan dengan apa yang berlaku di UKM, atau yang mempunyai hubungan dengan UKM. Resonance diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dan diedarkan ke peringkat antarabangsa, manakala Senada diterbitkan dalam Bahasa Melayu.  Sila hubungi sidang redaksi penerbitan berkenaan untuk keterangan lanjut.

Siapakah yang menyediakan rekabentuk makluman di papan digital?

Pihak yang ingin memasukkan makluman dalam papan digital perlu menyediakan berdasarkan garis panduan yang disediakan. Sila baca garis panduan yang boleh di klik di sini.

Bolehkah seseorang memasukkan maklumat kematian atau kelahiran dalam bulletin Portal E-warga?

Buletin e-warga memang memasukkan maklumat kematian staf atau keluarga staf. Bagaimanapun, kelahiran tidak dimasukkan. Sila isi borang secara online untuk makluman kematian.

 

Bolehkah pegawai PKK dijemput menganggotai jawatankuasa persidangan?

Pada amnya, pegawai PKK menduduki jawatankuasa aktiviti  peringkat UKM. Untuk  aktiviti peringkat  fakulti, PKK boleh memberi  nasihat , lazimnya di peringkat akhir dan di peringkat akhir persediaan sesuatu persidangan.

Bagaimana untuk mendapat bantuan PKK mempromosikan sesuatu persidangan untuk pihak luar?

Untuk pihak luar, PKK boleh maklumkan kepada media tempatan dan juga membuat siaran akhbar. Sila hubungi pegawai media PKK untuk tujuan tersebut.

Nastura Nasir
Penolong Pendaftar
Pusat Komunikasi Korporat
Tel: 03 8921 5151
Emel : nastura@ukm.edu.my

 

Fakulti saya akan menganjurkan suatu persidangan antarabangsa. Kami ingin staf UKM tahu mengenai persidangan ini. Bagaimana kami boleh mendapatkan bantuan Pusat Komunikasi Korporat untuk tujuan tersebut?

Untuk makluman dalaman ia boleh dibuat melalui Bulletin Terkini di Portal E-warga dan papan digital. Sila baca garis panduan yang disediakan.  Permohonan boleh dibuat secara online. Klik di sini untuk mendapat borang dan juga garis panduan.