Bahasa

Penterjemah Google

Penafian Terjemahan Bahasa Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer . Kebarangkalian kandungan mungkin berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Universiti Kebangsaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kesalahan maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal di dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia.

Pusat Komunikasi Korporat

LATAR BELAKANG

Pusat Komunikasi Korporat (PKK), Universiti Kebangsaan Malaysia ialah entiti  yang mengendalikan urusan  komunikasi dalaman dan luaran seperti pelajar, orang ramai, alumni dan media. Ia diwujudkan pada 11 Februari 2010 melalui penstrukturan semula yang menggabungkan  Pejabat Perhubungan Awam dan Korporat (PPAK) dan Unit Kandungan Web Universiti (UnikWeb). Berikutan gabungan itu UnikWeb diperluaskan peranannya dan ditukar nama menjadi Portal Berita UKM.  Seiring dengan itu, Web TV UKM diwujudkan untuk membolehkan aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan yang dijalankan oleh UKM dibuat liputan bukan saja melalui berita bertulis tetapi juga menggunakan video, dan kedua-duanya disalurkan melalui internet.

Penstukturan semula ini dilakukan selaras dengan kenaikan status Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  sebagai sebuah universiti yang memberi tumpuan kepada penyelidikan. Berikutan itu, terdapat keperluan mendesak untuk menyebar luas dan mempromosi aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan yang dilaksanakan di UKM bukan saja untuk makluman masyarakat Malaysia tetapi juga masyarakat dunia yang dilakukan melalui media konvensional dan media baru.

Sebelum penstrukturan itu, PPAK adalah sebahagian daripada Pusat Perancangan Korporat dan Komunikasi (PPKK), manakala Unit Kandungan Web (UnikWeb) terletak di bawah Pusat Teknologi Maklumat (PTM). Pejabat Perhubungan Awam yang wujud sejak penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970, secara sendiri telah melalui banyak perubahan dan beberapa kali menjadi sebahagian daripada beberapa unit lain.

FUNGSI PKK

Fungsi teras PKK ialah pengurusan acara bagi aktiviti utama UKM, menguruskan hal-ehwal hubungan masyarakat dan urusan korporat serta kegiatan universiti yang memberi faedah kepada UKM, penyediaan ucapan rasmi pegawai utama UKM, penerbitan korporat  iaitu Senada dan Resonance,  hubungan media, promosi pendidikan dan lawatan pihak luar, khususnya pelajar sekolah ke UKM. PKK juga mengendalikan papan digital  dan Portal Ewarga yang digunakan untuk menyampai maklumat dan berita terkini kepada seluruh warga UKM. Selain itu ia juga menyelaras  laman web  fakulti, institut  dan pusat perkhidmatan di seluruh UKM.

Penubuhan unit Portal Berita UKM dan Web TV UKM meluaskan lagi fungsi PKK sebagai sebuah pusat sehenti komunikasi yang mengumpul, menerbit dan menyebarluaskan bahan berita sendiri, yang sebelum ini hanya bergantung kepada organisasi media luar untuk melakukannya.

Pusat Komunikasi Korporat  beroperasi dari dua pejabat, iaitu di Aras 2, Bangunan Canselori, dan di Aras 1, Bangunan Penerbit UKM.


 

DASAR KUALITI

Menyediakan perkhidmatan berkualiti dan membuat penambahbaikan berterusan dalam pengurusan reputasi universiti untuk memenuhi kepuasan dan jangkaan pelanggan serta pemegang taruh

VISI

Mencitra UKM sebagai universiti penyelidikan terkehadapan

MISI

Menyerlah nilai UKM menerusi komunikasi berkesan

MOTO: 3P

Profesional, Proaktif, Peramah

NILAI KORPORAT

Profesionalisme, Kerja berpasukan, Integriti, Berhemah, Budaya Kerja Cemerlang, Hormat-menghormati, Kebolehpercayaan, Kredibiliti

MATLAMAT

Objektif utama Pusat Komunikasi Korporat ialah untuk mencitrakan UKM sebagai sebuah universiti penyelidikan terkehadapan di negara ini dan menyerlahkan nilai UKM dengan menggunakan saluran-saluran komunikasi yang sesuai yang boleh memberi impak positif dan optimum kepada UKM.


 

HUBUNGI KAMI

Kami ingin mendengar daripada anda dan lihat bagaimana kami boleh membantu anda

Telefon am pejabat

+603 8921 5540

Di mana pejabat kami

Pusat Komunikasi Korporat
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor

Emel

pkk@ukm.edu.my

fb.com/korporatUKM/