Keputusan Permohonan Kemasukan Semester 2 Sesi 2019-2020 (Pengambilan Mac 2020) boleh disemak di eSPEED di menu Semakan Permohonan & membuat pengesahan tawaran di menu Pengesahan Tawaran.


Sekiranya saudara/i MENERIMA TAWARAN, sila ambil tindakan seperti berikut:

1. Sila rujuk Struktur Yuran Pengajian untuk membuat bayaran yuran pengajian

2. Membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Kerajaan atau Klinik Swasta dan muat naik Borang Laporan Pemeriksaan Kesihatan sebelum tarikh pendaftaran.

3. Rujuk draf jadual program & atur cara program.

4. Pakaian hendaklah kemas dan sopan semasa hari pendaftaran.

**Peringatan : Seluar Jeans, Blaus dan Skirt Tidak Dibenarkan