Penafian Terjemahan Bahasa Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer . Kebarangkalian kandungan mungkin berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Universiti Kebangsaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kesalahan maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal di dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia.

Laman Web Pusat Kembangan Pendidikan

Kewangan

Maklumat Penting

[20/05/2020] MAKLUMAN URUSAN KEWANGAN PELAJAR terkini

Untuk perhatian semua pelajar,

Makluman Urusan Kewangan Pelajar.pdf


[24/03/2020] MAKLUMAN KELEWATAN PENGHANTARAN PENYATA PENDAPATAN TAHUNAN (EA FORM) BAGI PENSYARAH DI BAWAH PKP TAHUN 2019

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

YBhg.Prof./Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan,

Makluman Kelewatan Penghantaran Penyata Pendapatan Tahunan (EA Form) Bagi Pensyarah di bawah PKP Tahun 2019

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman YBhg.Prof./Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan pengemaskinian Penyata Pendapatan Tahunan (EA Form) bagi pensyarah di bawah PKP Tahun 2019 sedang dilaksanakan. Sehubungan itu, pihak PKP menjangka akan terdapat sedikit kelewatan dalam penghantaran penyata ini kepada YBhg.Prof./Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang akan berakhir 31 Mac ini.

3. Selain itu untuk makluman YBhg.Prof./Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan juga, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menunda tarikh akhir penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) samada melalui medium efilling atau secara manual kepada 30 Jun (tambahan 2 bulan daripada 30 April). Bersama-sama ini dilampirkan surat daripada LHDN untuk rujukan YBhg.Prof./Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan atau boleh layari pautan laman sesawang http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2020_Pin.1_1.pdf

4. Sehubungan dengan itu, pihak PKP ingin memohon maaf atas kesulitan di pihak YBhg.Prof./Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan dan kerjasama yang diberikan dalam tempoh had pergerakan ini adalah sangat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Lampiran:

  1. Kenyataan Media LHDN
  2. Program MemfailBN

Peraturan Am Kewangan

Yuran Pengajian

Yuran pengajian ditetapkan secara pakej yang meliputi yuran akademik, peperiksaan, bahan bacaan/modul dan bayaran-bayaran lain seperti perpustakaan, makmal komputer, dan aktiviti pelajar. Jumlah yuran bagi setiap pelajar seperti dalam jadual yuran yang dikepilkan bersama dengan surat tawaran. Maklumat mengenai jumlah yuran boleh juga didapati di laman web PKP www.ukm.my/pkp. Pihak PKP berhak meminda kadar yuran pada bila-bila masa.

Bila yuran perlu dibayar?

Untuk semester pertama: Yuran perlu dibayar sepenuhnya sebelum pendaftaran, tertakluk pada makluman pembayaran seperti yang dilampirkan bersama surat tawaran. Pelajar juga diberi pilihan untuk membayar sekurang-kurangnya 50% daripada yuran semester sebelum hari pendaftaran dan bakinya sebelum minggu ke-10 pengajian.

Yuran di atas adalah termasuk RM500 yuran komitmen. Yuran ini tidak akan dipulangkan sekiranya pelajar menarik diri dari pengajian yang ditawarkan. Kadar yuran adalah seperti yang dilampirkan bersama dengan surat tawaran.

Untuk semester berikutnya: Yuran pengajian perlu dibayar iaitu selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum tarikh pendaftaran kursus. Pelajar dibenarkan membayar yuran tersebut melalui dua ansuran:-

    1. Ansuran pertama: Sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah yuran semester perlu dibayar sebelum hari pendaftaran kursus. Pelajar yang gagal membayar yuran tersebut pada masa yang ditetapkan TIDAK akan dibenarkan mendaftar kursus semester berkenaan dan TIDAK akan diberikan bahan bacaan/modul.

    2. Ansuran kedua: Baki yuran bagi semester berkaitan perlu dibayar selewat-lewatnya pada minggu ke-10 (semester ke-10) pengajian tersebut. Pelajar yang gagal membayar yuran tersebut pada masa yang ditetapkan TIDAK akan dibenarkan menduduki peperiksaan akhir semester.

 

Sekiranya pelajar menarik diri dari pengajian?

Yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan melainkan dalam situasi-situasi berikut:

Bil. Butiran Kadar (%)
1 Jika pelajar menarik diri dari pengajian pada minggu pertama (1) hingga ketiga (3) dalam sesuatu semester 75% daripada yuran pengajian keseluruhan untuk semester berkenaan akan dikembalikan.
2 Jika pelajar menarik diri dari pengajian pada minggu keempat (4) hingga keenam (6) dalam sesuatu semester 50% daripada yuran pengajian keseluruhan untuk semester berkenaan akan dikembalikan.
3 Jika pelajar menarik diri dari pengajian pada minggu ketujuh (7) hingga kesepuluh (10) dalam sesuatu semester 25% daripada yuran pengajian keseluruhan untuk semester berkenaan akan dikembalikan.

Nota: Pemulangan yuran tidak akan dibuat sekiranya pelajar masih mempunyai baki hutang dengan PKP.

 

Sekiranya pelajar tangguh/gantung dari pengajian?

Yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan melainkan dalam situasi-situasi berikut:

Bil. Butiran Kadar (%)
1 Jika pelajar tangguh/gantung sebelum minggu kuliah 100% daripada yuran pengajian keseluruhan untuk semester berkenaan akan dikembalikan.
2 Jika pelajar tangguh/gantung dari pengajian pada minggu pertama (1) hingga kedua (2) dalam sesuatu semester 70% daripada yuran pengajian keseluruhan untuk semester berkenaan akan dikembalikan.
3 Jika pelajar tangguh/gantung dari pengajian pada minggu ketiga (3) hingga keenam (6) dalam sesuatu semester 50% daripada yuran pengajian keseluruhan untuk semester berkenaan akan dikembalikan.
4 Jika pelajar tangguh/gantung dari pengajian pada selepas minggu keenam (6) dalam sesuatu semester TIADA pulangan yuran pengajian untuk semester berkenaan akan dikembalikan.

Nota: Pemulangan yuran tidak akan dibuat sekiranya pelajar masih mempunyai baki hutang dengan PKP.

 

Tuntutan Bahan Bacaan/Modul

Bahan bacaan/modul yang dibekalkan kepada pelajar boleh dituntut di Kaunter Buku PKP sebaik sahaja sesi pembelajaran bermula. Bahan bacaan/modul yang dibekalkan adalah tertakluk kepada stok sedia ada. Bekalan bahan bacaan bagi semester semasa akan disimpan untuk semester berkenaan sahaja. PKP berhak menggantikan bahan bacaan yang dibekalkan kepada pelajar dengan bahan bacaan yang terdapat dalam stok PKP yang sedia ada.

Bahan bacaan/modul hanya boleh dituntut dalam tempoh satu semester sahaja. Hak tuntutan akan luput sekiranya bayaran yuran dibayar selepas sesi pengajian semasa.

Nota: Bahan bacaan adalah bagi program yang terlibat selain pascasiswazah dan prasiswazah (Fakulti FSSK & FTSM)

 

Bayaran lain yang berkaitan? 

Jenis Pengajian Kadar Pengajian Catatan
1. Yuran Pengajian
Yuran Mengulang Kursus (sebab RM200 per unit untuk Diploma RM300 per unit untuk Diploma gagal atau baiki gred) RM100 per unit untuk RM200 per unit untuk Sarjana Muda RM200 per unit untuk Sarjana Muda - pelajar antarabangsa
RM200 per unit untuk Diploma
Siswazah
RM300 per unit untuk Diploma
Siswazah - pelajar antarabangsa
RM300 per unit untuk Sarjana RM600 per unit untuk Sarjana -
pelajar antarabangsa
Yuran Gugur Kursus RM50 per kursus
Yuran Menarik Diri Kursus RM100 per kursus
Yuran Mengulang Projek RM200 per unit Maksimum RM1,200
Yuran Mengulang Kertas Ilmiah/Latihan Ilmiah RM100 per unit
2. Yuran Pelbagai
Tamat pengajian
Yuran Konvokesyen RM180 (Prasiswazah)
RM200 (Siswazah)
Caj mengikut permintaan/situasi
Yuran Semak Semula Keputusan Peperiksaan RM50 per kursus
Semak semula keputusan peperiksaan lisan RM100
Rayuan Meneruskan Pengajian RM100
Peperiksaan Ulangan Khas RM25 per kursus (Prasiswazah)
RM50 per kursus (Siswazah)
Peperiksaan Gantian RM100 per kursus
Denda Tatatertib RM200 maksimum per kursus
Denda tidak membuat pendaftaran kursus (atas talian) RM50
Denda tidak membuat pengesahan pendaftaran kursus RM50
Cetakan Kedua Laporan Akademik/ Keputusan Peperiksaan/Salinan Resit Bayaran/Salinan Surat Tawaran RM5 per dokumen
Mohon gantian skrol yang hilang RM100 Urusan di Bendahari UKM
Pelajar mohon salinan asal transkrip untuk kegunaan peribadi:
-Ambil di PKP
-Dihantar pos berdaftar (dlm negara)
-RM20/transkrip
-RM20/transkrip + RM10 (caj pos)
Pelajar mohon salinan asaltranskrip untuk dihantar terus kepada institusi luar negara
-Dihantar melalui pos berdaftar kepada institusi luar negara
-RM150/pos
Cetakan Kad Matrik (hilang/rosak/tukar fakulti/salah ejaan) RM15 Kes cetakan kedua
Cetakan Kad Matrik (hilang/rosak/tukar fakulti/salahejaan) RM50 Kes cetakan ketiga dan seterusnya
3. Yuran-yuran lain
Yuran Memproses Borang Permohonan -RM50 (Tempatan)
-RM100 (Antarabangsa)
Rayuan Meneruskan Pengajian Setelah diberhentikan sebab Tidak Mendaftar -RM100 + RM50/sem (Prasiswazah)
-RM200 + RM50/sem (Siswazah)
Lewat menghantar notis penyerahan tesis RM30
Kadar Ulangan Peperiksaan Lisan (Ulangan Viva) -RM1,000 (Sarjana)
-RM1,500 (Kedoktoran)
Yuran Tambah Semester (Tesis/Penyelidikan/Disertasi) -RM1,500 (Tempatan)
-RM2,000 (Antarabangsa)
Yuran Tambah Semester (Kerja Kursus) Prasiswazah -RM100 per unit (Tempatan)
-RM150 per unit (Antarabangsa)
Yuran Tambah Semester (Kerjakursus) Siswazah -RM900 (Tempatan)
-RM1,200 (Antarabangsa)

*The above charge rates are subject to change over the time.

Semakan Pelajar
Pelajar boleh membuat semakan status terkini yuran dan bayaran melalui portal e- kewangan UKM di https://ekew.ukm.my/efast/.
Urusan surat menyurat dan pertanyaan boleh dikemukakan kepada:
Bahagian Kewangan
Pusat Kembangan Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor
No. Telefon       : 03 8921 3366 /8921 4196 / 8921 3997 / 8921 3886 / 8921 5377
No. Fax               : 03 8925 1391
Emel                   : accpkp@ukm.edu.my
Facebook          : https://www.facebook.com/pkpukm/
**Sila nyatakan nama & no. matrik pelajar apabila berurusan dengan Bahagian Kewangan PKP.

UKM International (UKMi) & Postgraduate International (Full Time)

Tuition Fees
  1. UKMi

The tuition fees are set by package which include academic fees, examination, and other charges for the use of library, computer labs and for student activities. The total fees for each student are shown in the attached tuition fee table along with the offer letter.
Information about the total fees can also be found on the PKP website www.ukm.my/pkp . PKP reserves the right to amend the fees at any time.

  1. Postgraduate International (Full Time)

The tuition fees are not set by package. Each semester, student will be charged the tuition fee as well as service fee depending on the semester. The total fees for each student are shown in the attached tuition fee table along with the offer letter. Information about the total fees can also be found on the PKP website www.ukm.my/pkp . PKP reserves the right to amend the fees at any time.

When should the fees be paid?
  1. UKMi Program

For the first semester, the fees must be paid in full prior to registration, subject to the payment procedure which is attached with the offer letter. However, students are given the option to pay at least 50% of the semester’s fees before registration, and the balance to be paid before the second week of study.

For the following semesters, the tuition fees have to be paid, no later than 2 weeks before course registration. Students are allowed to pay the fees in two instalments: -

(i) First instalment: At least 50% of the total fees have to be paid prior to registration day. Students who fail to pay the fees on time will NOT be allowed to register for the semester.
(ii) Second instalment: The balance of the fees for the semester must be paid no later than the second week of the semester of study. Students who fail to pay the fees on time will NOT be allowed to sit for the final examination.

  1. Postgraduate International (Full Time)

‒ For the first and following semesters, the fee must be paid in full prior to registration, subject to the payment procedure which is attached with the offer letter. However, students are given the option to pay at least 50% of the semester’s fees before registration, and the balance to be paid before the second week of study.

‒Students who withdraw / extend semester

For the students who withdraw or extend their study, the payment that has been made can be refunded according to the stipulated period as follows:

Period Refundable rate (%)
Before the semester start 100%
Week 1-2 of semester 70%
Week 3-6 of semester 50%
Over the sixth week of semester 0%

Note: Only tuition fees are refundable.

 

Penalty and charges

Penalty and charges are as follows:

No Type of penalty Amount (in RM)
Undergraduate Postgraduate
1 Registration process
  • Local student
  • International student
 
  • 30.00
  • 100.00
 
  • 30.00
  • 100.00
2 Late registration 50.00 50.00
3 Add course after deadline (starting from fifth week) 50.00 50.00
4 Extend semester before registration 50.00 -
5 Application of Transfer Credit 100.00 100.00
6 Appeal to recheck examination result 50.00/course 50.00/course
7 Appeal to resume study after termination without registration 100.00 + 50.00/

semester for late registration

200.00 + 50.00/

semester for late registration

8 Appeal to resume study after fail and termination / fail and termination because of academic achievement  

100.00

 

100.00

9 Late return of convocation cloak 6.00/day 6.00/day
10 Request an original copy of the transcript for personal use
  • Self-collect at Academic UKM
  • Sent by post/currier (in the country)
 

 

  • 20.00/transcript
  • 20.00/transcript + 10.00 post charges
 

 

  • 20.00/transcript
  • 20.00/transcript + 10.00 post charges
11 Request an original copy of the transcript and to be sent directly to institution inside or outside the country

·         Sent by post/currier to institution inside or outside the country

 

 

 

150.00/post

 

 

 

150.00/post

12 Request replacement of the missing scroll 100.00/scroll (BM & English) 100.00/scroll (BM & English)
13 Late deliver notice submission thesis - 30.00
14 Fee for Thesis review
  • Master
  • PHD
 

-

 
  • 750.00
  • 800.00
15 Oral Exam Result Review - 100.00
16 Convocation fee 180.00 200.00

*The above charge rates are subject to change over the time.

Review of Student Account
Students can review their fees and payment status trough portal e-finance UKM at website https://ekew.ukm.my/efast/.
Any correspondence and enquiries can be forwarded to:
Finance Department
Pusat Kembangan Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor
Telephone No   : 03 8921 3366 /8921 4196 / 8921 3997 / 8921 3886 / 8921 5377
Fax No                : 03 8925 1391
Email                  : accpkp@ukm.edu.my
Facebook          : https://www.facebook.com/pkpukm/
**Please state name & student matric number while consulting with PKP finance department.

Kaedah Bayaran

Kaedah Pembayaran Yuran
  1. Bagi pelajar yang membiayai yuran pengajian secara persendirian
BIL. KAEDAH BUTIRAN
1 Melalui Bank Islam
  1. Kaunter Bank Islam

Bayaran yuran boleh dibuat di mana-mana kaunter pembayaran Bank Islam dengan mengisi Slip Pembayaran Bil yang disediakan di kaunter. Maklumat yang perlu dilengkapkan adalah:

i) Nama : seperti di kad pengenalan
ii) Nombor kad
pengenalan
: seperti di kad pengenalan
iii) Bayar kepada : Pusat Kembangan Pendidikan
iv) Jenis pembayaran : Yuran pengajian

Sila simpan salinan slip sebagai bukti pembayaran.


  1. ATM Bank Islam (Hanya pemegang akaun Bank Islam sahaja)

Bayaran yuran boleh dibuat dengan:

  1. Pilih menu>LAIN-LAIN>PEMBAYARANBIL/YURAN IPT
  2. Masukkan>NO KAD PENGENALAN PELAJAR
  3. Bil Anda>MASUKKAN AMAUN YANGHENDAK DIBAYAR
  4. Simpan resit sebagai rujukan.

  1. Perbankan Internet (Hanya pemegang akaunBank Islam sahaja)

Bayaran boleh dibuat di www.bankislam.biz dengan cara:

  1. Klik pada BILL PRESENTMENT
  2. Payee Corporation – pilih UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  3. Pastikan no matrik yang tertera di skrin adalah sama dengan yang dinyatakan dalam surat tawaran.
  4. Masukkan AMAUN yang hendak dibayar
  5. Tekan butang BAYAR
  6. - Sila cetak transaksi sebagai bukti pembayaran.

  1. CDM Bank Islam

Bayaran boleh dibuat dengan cara:

  1. Pilih menu>LAIN-LAIN>YURAN IPT/BILLPRESENTMENT
  2. Masukkan>NO KAD PENGENALAN PELAJAR
  3. Pilih>NO. MATRIK TERKINI
  4. Sahkan butiran
  5. Masukkan>AMAUN YANG HENDAK DIBAYAR
  6. Sahkan pembayaran
  7. Simpan resit sebagai rujukan
2 Tunai Pembayaran secara tunai hanya boleh dibuat di kaunter PKP pada waktu-waktu berikut (kecuali cuti umum):
Isnin - Khamis 8.15am - 12.45pm
2.00pm - 4.45pm
Jumaat 8.15am - 12.00pm
2.45pm - 4.45 pm
3 Credit Card/ Debit Card Pembayaran secara kad kredit hanya boleh dibuat di kaunter PKP pada waktu-waktu berikut (kecuali cuti umum):
Isnin - Khamis 8.15am - 12.45pm
2.00pm - 4.45pm
Jumaat 8.15am - 12.00pm
2.45pm - 4.45 pm
Sabtu & Ahad 10.00am -3.00pm
4 Cek, deraf bank dan kiriman wang
  1. Pembayaran melalui cek, deraf bank dan kiriman wang hendaklah dibuat atas nama

PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN

 dan diposkan ke alamat:

Pengarah
Pusat Kembangan Pendidikan
Bangunan Wawasan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi
Selangor

  1. Sila tuliskan nama, nombor kad matrik dan nombor telefon pelajar dengan jelas di belakang cek/deraf/kiriman wang tersebut.
  2. Bayaran melalui cek post-dated TIDAK DIBENARKAN. Sekiranya cek ditendang di atas sebab masalah teknikal, baki bank tidak mencukupi atau sebab lain pelajar terbabit akan disenaraihitamkan.
  3. TIDAK DIBENARKAN membuat sebarangpembayaran melalui cek persendirian.
5 Talian Perbankan Internet Bayaran boleh dilakukan secara talian perbankan internet secara pindahan bayaran. Maklumat pembayaran adalah seperti berikut:
i) Nama Akaun : PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN
ii) Nama Bank : CIMB BANK BERHAD
ii) Alamat Bank : WISMA UNIKEB,

BANDAR BARU BANGI,

43600, SELANGOR, MALAYSIA

ii) No. Akaun : 8002233817
iv) Kod Swift : CIBBMYKL

Bukti pembayaran hendaklah diemelkan pada accpkp@ukm.edu.my berserta maklumat pelajar.Kegagalan menghantar bukti bayaran akan menyebabkan status kewangan pelajar tidak akan dikemaskini.

**Nota:
  1. Bagi pelajar yang mempunyai dua (2) atau lebih nombor matrik (disebabkan menyambung pengajian di PKP atau sebelum ini belajar sepenuh masa di UKM), sila nyatakan no matrik terkini dalam slip pembayaran bil semasa membuat bayaran di Bank Islam/perbankan internet Bank Islam.
  2. Segala pembayaran melalui Bank Islam mengambil tempoh selama 3 hari waktu bekerja untuk proses kemaskini akaun pelajar.
  1. Pelajar yang membiayai yuran pengajian secara tajaan dan pinjaman pelajaran.
NO. METHOD DETAILS
1 Kemukakan Surat Perjanjian/Tajaan Pelajar yang mendapat kemudahan biasiswa atau pinjaman perlu mengemukakan kepada PKP (surat perjanjian biasiswa/pinjaman) bagi memudahkan urusan tuntutan yuran pengajian oleh PKP kepada pihak penaja atau pemberi pinjaman.
  **Nota:
  1. Kelewatan dalam mengemukakan surat tajaan/perjanjian pada pihak PKP akan menyebabkan kelewatan dalam membuat tuntutan pada pihak penaja.
  2. Pihak PKP akan menyekat sebarang aktiviti pelajar sekiranya pihak penaja
    gagal membuat pembayaran yuran pengajian pelajar.
  1. Pelajar yang membiayai yuran pengajian melalui KWSP
NO. METHOD DETAILS

1

Pemohonan atas talian Pelajar boleh membuat permohonan pengeluaran KWSP secara atas talian di
https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
Semakan Akaun Pelajar
Pelajar boleh membuat semakan status terkini yuran dan bayaran melalui portal ekewangan UKM di https://ekew.ukm.my/efast/.
Urusan surat menyurat dan pertanyaan boleh dikemukakan kepada:
Bahagian Kewangan
Pusat Kembangan Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor
No. Telefon       : 03 8921 3366 /8921 4196 / 8921 3997 / 8921 3886 / 8921 5377
No. Fax               : 03 8925 1391
Emel                    : accpkp@ukm.edu.my
Facebook           : https://www.facebook.com/pkpukm/
**Sila nyatakan nama & no. matrik pelajar apabila berurusan dengan Bahagian Kewangan PKP
Popups Powered By : XYZScripts.com