Makluman Penting

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)


(A) PINJAMAN PENDIDIKAN

Syarat-Syarat Permohonan

Pelajar hanya layak memohon pembiayaan pendidikan PTPTN sekiranya memenuhi syarat – syarat berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  3. Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
  4. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan pendaftaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;*
  5. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.
  6. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza daripada yang disyaratkan di perenggan (4) dan (5), pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan;
  7. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
  8. Tiada penaja lain; dan
  9. Mempunyai akaun simpanan SSPN-i sebelum membuat permohonan.

* Hanya kursus yang diluluskan tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Perrmohonan Online PTPTN. Pihak IPT Perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapat tajaan Pinjaman PTPTN.

** Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit.

 

Jadual Tarikh Tutup Permohonan Pinjaman Online

Kaedah permohonan pembiayaan PTPTN secara online:

  1. Buka akaun SSPN-i di mana-mana cawangan PTPTN bagi mendapatkan nombor akaun SSPN-i SERTA MERTA.
  2. Semak jadual permohonan pinjaman dan semak juga senarai nama kursus & kod kursus seperti dibawah:
Jadual Permohonan Atas Talian Senarai Nama Kursus & Kod Kursus
Universiti Kebangsaan Malaysia (Pusat Kembangan Pendidikan). Klik di sini. Kod Kursus dan Nama Kursus. Klik di sini.
  1. Beli nombor pin PTPTN di kaunter BSN, ATM BSN yang berdekatan atau melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Klik di sini.
  2. Buat permohonan secara online. Klik di sini.

*Panduan bagi pelajar Pusat Kembangan Pendidikan, UKM untuk permohonan atas talian (online) PTPTN. Klik di sini.

 

Jumlah Pinjaman

Peringkat Pinjaman Kelayakan
Maksimum Sekiranya pelajar atau penjaga pelajar disenaraikan sebagai penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)
75% daripada pinjaman maksimum Pendapatan keluarga tidak melebihi RM8,000 (tiada dalam data BR1M)
50% daripada Pinjaman maksimum Pendapatan keluarga melebihi RM8,000 (tiada dalam data BR1M)

Bagi mengetahui jumlah pinjaman pendidikan. Klik di sini.

 

Pengeluaran Pinjaman

Pengeluaran Pinjaman pertama dibuat setelah pelajar memulangkan dokumen perjanjian lengkap kepada PTPTN.

Pengeluaran Pinjaman kepada pelajar bagi semester berikutnya dibuat berdasarkan syarat-syarat berikut :

  1. Masih meneruskan pengajian pada peringkat, jurusan dan IPT yang diluluskan;
  2. Lulus peperiksaan pada semester sebelumnya dengan keputusan Purata Nilai Gred (PNG) 2.0 ke atas; dan
  3. Tidak menerima penaja lain.

Adalah dimaklumkan PTPTN tidak terlibat di dalam urusan pemotongan yuran pengajian IPT. Amaun Pinjaman akan dikreditkan terus ke akaun pelajar mengikut semester tertakluk kepada pengesahan yang diberikan oleh IPT. Semakan Bayaran Pinjaman boleh dilakukan di penyata pinjaman dan penyata akaun bank peminjam. Sebarang pertanyaan melibatkan pemotongan yuran pengajian perlu dirujuk kepada IPT masing-masing.

 

Perlindungan Takaful

Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN dilindungi oleh takaful berkelompok sekiranya berlaku kematian atau ilat kekal menyeluruh kepada peminjam.

Di bawah konsep perlindungan takaful berkelompok, amaun Pinjaman yang dikeluarkan oleh PTPTN kepada peminjam akan mendapat perlindungan sepenuhnya daripada syarikat pengendali takaful.

Setiap peminjam dikehendaki menanggung segala kos perlindungan takaful sebagaimana termaktub dalam perjanjian pinjaman. Bagi penerima biaya yang masih belajar, kaedah potongan sumbangan takaful dibuat pada setiap kali pengeluaran Pinjaman. Manakala bagi penerima biaya yang telah menamatkan pengajian dan potongan sumbangan takaful didapati tidak mencukupi atau berbaki negative, amaun tersebut akan didebitkan sebagai pinjaman tambahan.

 

Status Pengeluaran Pinjaman Pendidikan

Pengeluaran pinjaman pendidikan tidak akan dibuat pada mana-mana semester atas sebab-sebab berikut :

  1. Memperolehi keputusan peperiksaan PNG/GPA kurang daripada 2.0;
  2. Menangguhkan pengajian; atau
  3. Digantung pengajian oleh IPT.

Jadual pinjaman adalah seperti berikut:

Pelajar IPTA dan Politeknik
Contoh Semester Pengajian PNG/GPA Status Bayaran
Semester 1 < 2.0 Dibayar
Semester 2 2.0 dan ke atas Dibayar
Semester 3 < 2.0 Tidak dibayar berasaskan peperiksaan Semester 1
Semester 4 2.0 dan ke atas Dibayar
Semester 5 2.0 dan ke atas Tidak dibayar berasaskan peperiksaan Semester 3
Semester 6 2.0 dan ke atas Dibayar

Bagi pelajar yang digantung pengajian, pengeluaran pinjaman hanya akan dibuat setelah pelajar disahkan mendaftar semula pengajian oleh IPT.

 

Pemberhentian Pinjaman

Pinjaman pendidikan akan diberhentikan atas sebab-sebab berikut :

  1. Gagal/berhenti pengajian/jurusan/IPT yang diluluskan semasa memohon pinjaman pendidikan;
  2. Pelajar membuat pembatalan pinjaman pendidikan PTPTN;
  3. Menerima tajaan lain;
  4. Pemalsuan maklumat semasa permohonan; atau
  5. Penerima biaya diisytihar muflis.

(B) TAWARAN PINJAMAN PENDIDIKAN

  1. Tawaran pinjaman pendidikan tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh PTPTN. Klik di sini.
  2. Tempoh pinjaman ditentukan mengikut semester semasa permohonan lengkap diterima.
  3. Keputusan permohonan pinjaman. Klik di sini.
  4. Panduan mencetak dan mengisi dokumen tawaran pinjaman. Klik di sini.
  5. Tempoh sah laku tawaran pinjaman adalah 14 hari dari tarikh kelulusan.
  6. Dokumen perjanjian lengkap perlu dilekatkan setem hasil dan dihantar bersama dokumen sokongan lain.
  7. Peminjam yang ingin menolak tawaran pinjaman perlu menghantar Borang Pembatalan dan Penolakan Tawaran Pinjaman Pendidikan PTPTN di mana-mana Pejabat PTPTN Negeri.

* Bagi No. 1,3 dan 4 (Sila rujuk laman web rasmi PTPTN iaitu http://www.ptptn.gov.my).

 

Tawaran Pinjaman kali kedua

Tawaran pinjaman kali kedua hanya akan dipertimbangkan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut;

  1. Tamat pengajian bagi pinjaman terdahulu.
  2. Telah menyelesaikan baki pinjaman bagi mereka yang membatalkan pinjaman, gagal atau berhenti pengajian untuk pinjaman terdahulu.
  3. Kelulusan hanya diberikan kepada penerima biaya yang melanjutkan pengajian di peringkat yang sama atau lebih tinggi daripada pinjaman terdahulu.

(C) JADUAL TENTATIF PENGELUARAN PINJAMAN

Untuk mengetahui Jadual Tentatif Pengeluaran Pinjaman, Klik di sini.


D) PANDUAN MENGISI DOKUMEN PERJANJIAN

Untuk mengetahui Panduan Mengisi Dokumen Perjanjian, Klik di sini.


(E) PANEL BANK

Membuka akaun simpanan (persendirian) mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing. Bagi UKM (Pusat Kembangan Pendidikan) menggunakan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Klik di sini.


(F) MAKLUMAT LANJUT ATAU SEBARANG PERTANYAAN

Maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh diperoleh daripada laman web http://www.ptptn.gov.my

Talian Careline Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) : 03-21933000 untuk sebarang kemusykilan.

Alamat Surat Menyurat :

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
Tingkat Bawah, Menara PTPTN
Blok D, Megan Evenue II
No. 12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur.

Kemaskini : 1 November 2017, 12 Safar 1439.