[26/03/2020] Pemakluman Terkini: Pelaksanaan Aktiviti P&P Secara Atas Talian

Untuk perhatian kepada semua pensyarah dan pelajar,

Pekeliling Naib Canselor UKM Bil 1/2020 (Rujukan: UKM.PNC.100-1/3/1) berkaitan Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran (P&P) secara atas talian adalah dirujuk. Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa pelaksanaan  aktiviti P&P secara atas talian adalah sepenuhnya mulai 30 Mac 2020 sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian bagi semua mod pengajian yang ditawarkan pada Semester II Sesi Akademik 2019-2020.

Sila rujuk kalendar akademik terkini bagi Semester II Sesi Akademik 2019-2020 untuk perhatian dan tindakan selanjutnya.

Sehubungan itu, semua pelajar dimohon untuk mendapatkan maklumat terkini di laman web PKP (www.ukm.my/pkp), facebook (pkpukm) dan twitter (pkpukm) dari semasa ke semasa.

Kerjasama dan perhatian anda dalam perkara ini sangat dihargai.

Terima kasih