Penafian Terjemahan Bahasa Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer . Kebarangkalian kandungan mungkin berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Universiti Kebangsaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kesalahan maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal di dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia.

Laman Web PKP UKM

Makluman / Notis Tentang Penginapan

Unit Hal Ehwal Siswa dan Alumni (HESA) akan menguruskan penginapan bagi pelajar baharu atau pelajar semester pertama sahaja (hanya untuk pelajar prasiswazah sepenuh masa UKM International). Untuk semester yang seterusnya, pelajar perlu berurusan dengan pihak pengurusan kolej untuk proses pengesahan atau tempahan.

[Nota] bagi pelajar separuh masa/selain yang disebut diatas, anda boleh memohon mana-mana kolej kediaman pelajar untuk proses tempahan bilik. Sila rujuk link ini ( http://www.ukm.my/portal/college/) untuk berhubung dengan pihak yang berkenaan.

Bagi pelajar baharu, para pelajar perlu menyerahkan borang tempahan penginapan kepada unit HESA sebelum tarikh yang ditetapkan oleh unit HESA. Jika borang diterima selepas tarikh yang ditetapkan, tempahan tidak akan diterima dan pelajar perlu berurusan terus dengan pihak pengurusan kolej. Mohon rujuk portal kolej diatas untuk urusan selanjutnya.

 

terkini Tempahan penginapan untuk Kampus Bangi (Kolej Ibu Zain) bagi semester 2 2018/2019 dibuka sehingga 15.02.2019 (Jumaat). Para pelajar baharu yang ingin menginap di Kolej Ibu Zain perlu menyerahkan borang tempahan penginapan kepada unit HESA sebelum atau pada tarikh tersebut. Kelewatan berbuat demikian, pelajar perlu membuat permohonan sendiri dan berhubung langsung dengan pihak pengurusan Kolej.

*borang tempahan penginapan boleh didapati di kaunter unit HESA atau emel hesapkp@ukm.edu.my.

terkini Penginapan untuk Pangsapuri Taman Tenaga, Laman Midah dan Plaza Rah masih dibuka. Bagi proses kemasukan ke unit tersebut, sila hubungi unit HESA melalui emel hesapkp@ukm.edu.my atau ke kaunter HESA di Aras 1, Bangunan Wawasan, Pusat Kembangan Pendidikan

 

Penginapan Pelajar PKP (UKM International):

Kampus Kolej / Pangsapuri
Kampus Bangi Kolej Ibu Zain (KIZ) / Pangsapuri Taman Tenaga
Kampus Cheras Pangsapuri Laman Midah / Midah Ria
Kampus Kuala Lumpur Pangsapuri Plaza Rah

 

Nota :
1. Penginapan pelajar tertakluk kepada kekosongan bilik.
2. Keutamaan diberi kepada pelajar baharu / semester pertama.

 

Kadar Bayaran :

-Pelajar akan dicaj dengan kadar per bulan.
-Bayaran bagi KIZ : terus kepada pihak kolej (Daya Urus).
-Bayaran bagi selain KIZ (Laman Midah/Midah Ria/Plaza Rah/Taman Tenaga): terus kepada Bahagian Kewangan PKP. Caj ini akan dinaikkan ke dalam akaun pelajar.
-Bayaran bagi Kolej Kediaman Pelajar (spt Kolej Ungku Omar/Kolej Keris Mas/Kolej Pendeta Za’ba dll) : bayaran terus kepada pihak Bendahari UKM.

 

terkini Adalah dimaklumkan bahawa satu sesi mesyuarat telah diadakan pada 27.08.2018 (Isnin) antara Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), UKM dan Pengetua-Pengetua Kolej membincangkan mengenai penyelarasan yuran kolej pelajar PKP dan mesyuarat telah bersetuju untuk menetapkan kadar yuran pelajar PKP pada kadar sepertimana berikut:

Asrama Kadar Per Hari
Pra-Siswazah RM7.00
Siswazah RM9.00
Pangsasiswa Kadar Per Hari
Pra-Siswazah RM8.50
Siswazah RM12.00
Pangsarama Kadar Per Hari
Pra-Siswazah RM7.50
Siswazah RM11.00

* kadar adalah tertakluk mengikut kadar pelajar antarabangsa.

* kadar ini digunapakai bermula semester 1 2018/2019 sehingga sekarang

*kadar ini terpakai pada semua kolej kediaman pelajar. Bagi penginapan di Kolej Ibu Zain, sila rujuk pihak Pentadbiran KIZ. 

 

Makluman Kadar Bayaran bagi Unit Penginapan di Laman Midah/Midah Ria/Plaza Rah

-Pelajar perlu membayar caj yuran penginapan bagi tempoh satu (1) semester pengajian iaitu bersamaan dengan empat (4) bulan bayaran.

-Sebagai contoh : RM310.00 (sebulan) X 4 (satu semester) : RM1,240.00

-Pembayaran boleh dibuat melalui kaunter Bahagian Kewangan PKP di Aras 2, Bangunan Wawasan, UKM Bangi atau melalui pemindahan wang atas talian (online transfer).

-Maklumat pembayaran adalah sepertimana berikut:
Nama: Pusat Kembangan Pendidikan
No. Akaun: 8002233829
Nama Bank: CIMB Bank Berhad
Alamat Bank: Wisma UNIKEB, Bandar Baru Bangi, 43600 Selangor

 

-Jika pelajar ingin terus menginap selepas genap empat (4) bulan, pelajar perlu mengisi “Borang Lanjutan Tempoh Penginapan” yang boleh didapatkan di Kaunter unit HESA atau melalui emel hesapkp@ukm.edu.my

-[PENTING] Dinasihatkan kepada pelajar untuk menyimpan resit pembayaran (jika menggunakan kaedah online transfer) dan emelkan bukti pembayaran kepada Bahagian Kewangan iaitu accpkp@ukm.edu.my

-Kadar sewaan sebulan:
Kolej Ibu Zain RM490.00 (seorang)
Pangsapuri Taman Tenaga RM217.00 (seorang)
Pangsapuri Laman Midah RM310.00 (seorang)
Pangsapuri Midah Ria RM310.00 (seorang)
Pangsapuri Plaza Rah RM434.00 (seorang)
-Semua maklumat akan dimaklumkan terus kepada pelajar melalui emel. Sila pastikan akaun emel pelajar adalah aktif.
-Jika ada sebarang pertanyaan atau anda memerlukan sebarang maklumat lanjut, unit HESA boleh dihubungi melalui emel hesapkp@ukm.edu.my
Popups Powered By : XYZScripts.com