Penafian Terjemahan Bahasa Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer . Kebarangkalian kandungan mungkin berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Universiti Kebangsaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kesalahan maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal di dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia.

Laman Web Pusat Kembangan Pendidikan

Makluman / Notis Tentang Perubatan Pelajar

Perubatan Pelajar

Semua pelajar yang berdaftar dan berstatus aktif / mendaftar adalah layak untuk mendapatkan kelebihan yang termaktub di dalam Skim Perubatan Pelajar (Skim). Skim ini adalah terpakai kepada pelajar ambilan Pusat Kembangan Pendidikan di bawah program Eksekutif dan Program Berterusan Jarak Jauh (PBJJ) sahaja.

Selain daripada pelajar seperti di atas, saudara/i dinasihatkan untuk menghubungi dan berurusan dengan Pusat Kesihatan UKM (PKU) di talian 03-8921 5087 atau emel pkesihatan@ukm.edu.my atau rujuk laman sesawang PKU di pautan ini http://www.ukm.my/pusatkesihatan/.

Semua pelajar yang berstatus aktif / mendaftar layak untuk mendapatkan rawatan di PKU sepanjang tempoh pengajian di UKM. Saudara/i dinasihatkan untuk membawa kad matrik pelajar sepanjang tempoh berurusan di PKU.

Waktu operasi Pusat Kesihatan UKM :

Hari Masa
Isnin - Khamis 08:00 Pagi – 01:00 Tgh Hari
02:00 Petang - 05:00 Petang
Jumaat 08:00 Pagi – 12:15 Tgh Hari
02:45 Petang - 05:00 Petang
Extended Hours (Bagi rawatan kes kecemasan sahaja)
Isnin - Khamis 05:00 Petang – 07:00 Malam
08:00 Malam – 10:00 Malam
Sabtu & Ahad 08:00 Pagi – 01:00 Tgh Hari

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nota: Sabtu, Ahad & Cuti Kelepasan Am: TUTUP

Surat Jaminan (Guarantee Letter)

Surat Jaminan adalah surat yang akan dikeluarkan oleh pihak institusi (PKP-UKM) sekiranya pelajar perlu mendapatkan rawatan khas di Hospital atau dimasukkan ke dalam wad atas tujuan perubatan / rawatan. Surat Jaminan adalah tertakluk kepada keputusan / kebenaran Pusat Kesihatan UKM.

Bagi tujuan di atas, saudara/i diminta untuk menghubungi Unit HESA melalui emel hesapkp@ukm.edu.my atau ke Kaunter unit HESA di Aras 1, Bangunan Wawasan, Pusat Kembangan Pendidikan.

Perkara di atas hanya terpakai kepada pelajar ambilan Pusat Kembangan Pendidikan di bawah program Eksekutif dan Program Berterusan Jarak Jauh sahaja.

Selain daripada pelajar seperti di atas, saudara/i dinasihatkan untuk menghubungi dan berurusan dengan Pusat Kesihatan UKM (PKU) di talian 03-8921 5087 atau emel pkesihatan@ukm.edu.my atau rujuk laman sesawang PKU di pautan ini http://www.ukm.my/pusatkesihatan/ .

Nota:

  1. Surat Jaminan tidak akan dikeluarkan terus selepas permohonan dibuat oleh pelajar kerana unit HESA perlu memohon pandangan dan pertimbangan daripada Pegawai Perubatan dari Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UKM. Jika Pegawai Perubatan mengesahkan permohonan pelajar, barulah Surat Jaminan akan dikeluarkan oleh unit HESA.

  2. Pelajar yang ingin memohon Surat Jaminan disarankan untuk menyerahkan salinan laporan kesihatan yang telah disahkan oleh Pegawai Perubatan dari Klinik atau Hospital yang berkaitan.

  3. Jika pelajar tidak mempunyai sebarang laporan kesihatan, pelajar dinasihatkan untuk berjumpa dengan Pegawai Perubatan PKU UKM untuk mendapatkan kelulusan dan pengesahan daripada pegawai berkenaan. Surat Iringan akan diberikan kepada pelajar yang memohon.

Rawatan Tidak Ditanggung

Berikut adalah rawatan yang tidak ditanggung oleh Skim Perubatan Pelajar :

— Rawatan kosmetik;
— Rawatan materniti (mengandung dan melahirkan anak);
— Rawatan untuk penyakit yang telah didiagnos sebelum mendaftar ke UKM (pre­existing medical conditions);
— Penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, darah tinggi, kanser dan sebagainya;
— Peralatan bantuan perubatan (seperti cermin mata, tongkat, kerusi roda) atau "prosthesis", anggota badan palsu, "implant" dan sebagainya;
— Ujian saringan;
— Rawatan selain di Hospital Kerajaan / Klinik Kerajaan (Hospital Putrajaya dikecualikan kerana hanya menyediakan perkhidmatan kelas 1, dan pelajar tidak layak kelas 1); dan
— Rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kecuali kes kecemasan berhampiran hospital tersebut.

Sebarang kelebihan di bawah Skim ini tidak akan terpakai kepada pelajar sekiranya sedang :

— Menangguh / menggantung pengajian; atau
— Bercuti semester (kecuali terdapat temujanji yang dibuat semasa dalam semester pengajian. Kes seperti ini surat jaminan akan dikeluarkan secara manual, atas budi bicara Pusat Kesihatan); atau
— Dalam tempoh menunggu konvokesyen (Skim berakhir selepas menerima keputusan peperiksaan akhir).

Maklumat lanjut atau sebarang persoalan?

Unit Hal Ehwal Siswa & Alumni (HESA), PKP boleh dihubungi melalui talian 03-8921 4197 / 5639 atau emal hesapkp@ukm.edu.my

Popups Powered By : XYZScripts.com