Penafian Terjemahan Bahasa Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer . Kebarangkalian kandungan mungkin berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Universiti Kebangsaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kesalahan maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal di dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia.

Laman Web PKP UKM

Prasiswazah & Pascasiswazah (Eksekutif & PBJJ) - Selain FTSM

Keputusan Permohonan Kemasukan Semester 1 Sesi 2019-2020 (Pengambilan September 2019) boleh disemak di eSPEED di menu Semakan Permohonan & membuat pengesahan tawaran di menu Pengesahan Tawaran.

Sekiranya saudara/i MENERIMA TAWARAN, sila ambil tindakan seperti berikut:-

    1. Membuat bayaran yuran pengajian sekurang-kurangnya 50% daripada yuran pengajian semester Pertama selewat-lewatnya pada 13 September 2019 (Jumaat). Sila rujuk Struktur Yuran Pengajian (Siswazah), Struktur Yuran Pengajian (Prasiswazah) dan Peraturan Am Kewangan Pelajar.

    2. Membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Kerajaan atau Klinik Swasta dan muat naik Borang Laporan Pemeriksaan Kesihatan sebelum tarikh pendaftaran.

    3. Rujuk lampiran aturcara hari pendaftaran.

    4.  Rujuk lampiran Kalendar Akademik.

    5. Pakaian hendaklah kemas dan sopan semasa hari pendaftaran.

Lelaki : Kemeja putih, seluar berwarna gelap dan bertali leher (warna merah)

Perempuan : Baju kurung berwarna merah

**Peringatan : Seluar Jeans, Blaus dan Skirt Tidak Dibenarkan

 

Terima Kasih.

Popups Powered By : XYZScripts.com