Penafian Terjemahan Bahasa Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer . Kebarangkalian kandungan mungkin berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Universiti Kebangsaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kesalahan maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal di dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia.

Laman Web PKP UKM

Prasiswazah Sepenuh Masa (UKM International)

Keputusan Permohonan Kemasukan Semester 1 Sesi 2019-2020 (Pengambilan September 2019) boleh disemak di eSPEED di menu Semakan Permohonan & membuat pengesahan tawaran di menu Pengesahan Tawaran.

Sekiranya saudara/i MENERIMA TAWARAN, sila ambil tindakan seperti berikut:-

    1. Membuat bayaran yuran pendaftaran dan yuran pengajian semester 1 pengajian sebelum pendaftaran. Rujuk Peraturan Am Kewangan PKP.

    2. Sila rujuk Struktur Yuran Pengajian untuk membuat bayaran yuran pengajian.

    3. Membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Kerajaan atau Klinik Swasta dan muat naik Borang Laporan Pemeriksaan Kesihatan sebelum tarikh pendaftaran.

    4. Lengkapkan Borang Tempahan Kolej dan emel kepada hesapkp@ukm.edu.my selewat-lewatnya pada 7 Ogos 2019.

    5. Rujuk aturcara dan Minggu Mesra Mahasiswa UKM.

    6. Pakaian hendaklah kemas dan sopan semasa hari pendaftaran. **Peringatan : Seluar Jeans, Blaus dan Skirt Tidak Dibenarkan

    7. Membawa / menyediakan pakaian berikut untuk program Minggu Mesra Mahasiswa seperti berikut:
      • Pelajar Lelaki
        • 2 atau 3 helai baju kemeja lengan panjang berwarna putih.
        • Seluar panjang berwarna gelap
        • Baju sukan lengan pendek berkolar
        • Kasut sukan
      • Pelajar Perempuan
        • 2 atau 3 baju kurung berwarna merah (corak pilihan sendiri)
        • Baju sukan lengan panjang/pendek berkolar
        • Kasut sukan

 

Terima Kasih.

Popups Powered By : XYZScripts.com