Penafian Terjemahan Bahasa Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer . Kebarangkalian kandungan mungkin berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Universiti Kebangsaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kesalahan maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal di dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia.

Laman Web Pusat Kembangan Pendidikan

Selamat Datang ke UKM!

Adakah anda sudah bersedia untuk merasai gabungan pendidikan berkualiti dengan kepelbagaian budaya? Jika jawapan anda “YA”, maka anda telah datang ke tempat yang betul. Di UKM, pendidikan berkualiti adalah keutamaan ahli profesional kami. Ahli akademik dan staf kami bukan hanya di sini untuk berkongsi pengetahuan mereka, tetapi juga untuk membantu anda merasai keistimewaan pelbagai budaya di kampus kami.

Dengan program UKM International kami, anda berpeluang untuk meneruskan pengajian sambil ke luar negara untuk mengikuti program musim panas. UKM telah menjalinkan hubungan yang kukuh dengan institusi pengajian tinggi di negara-negara seperti Korea, Jepun, Indonesia, Vietnam, China, Mexico, Jerman dan Amerika Syarikat. Anda akan berpeluang untuk menjelajah ke satu daripada negara tersebut bagi mengikuti program musim panas selama sebulan. Program ini akan membolehkan anda untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti seperti belajar bahasa dan budaya tempatan serta bergaul dengan penduduk tempatan. Jadi apa yang anda tunggukan lagi? Marilah mendaftar dengan kami sekarang!

Fakulti dan Program

Bil. Fakulti Program Status Pendaftaran Kampus
1 Fakulti Perubatan (www.ukm.my/fper/)

Ijazah Sarjana Muda

  1. Perubatan
  2. UNPAD
Sepenuh Masa Cheras
2 Fakulti Pergigian (www.ukm.my/fperg)

Ijazah Sarjana Muda

  1. Pergigian
Sepenuh Masa Kuala Lumpur
3 Fakulti Farmasi (www.ukm.my/pharmacy)

Ijazah Sarjana Muda

  1. Farmasi*
Sepenuh Masa Kuala Lumpur
4 Fakulti Sains Kesihatan (http://www.ukm.my/fsk) Ijazah Sarjana Muda Sains
  1.  Audiologi
  2. Sains Bioperubatan
  3. Pengimejan Diagnostik & Radioterapi
  4. Dietetik
  5. Kesihatan Persekitaran
  6. Pemakanan
  7. Sains Forensik
  8. Terapi Carakerja
  9. Optometri
  10. Fisioterapi
  11. Sains Pertuturan
Sepenuh Masa Kuala Lumpur
5 Fakulti Undang-Undang (www.ukm.my/fuu) Ijazah Sarjana Muda
  1. Undang-undang
Sepenuh Masa Bangi
6 Fakulti Pengajian Islam (www.ukm.my/fpi)

Ijazah Sarjana Muda

  1. Syariah
  2. Usuluddin dan Falsafah*
  3. Pengajian Arab dan Tamadun Islam*
  4. Pengajian Dakwah dan Kepimpinan*
  5. Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah*
Sepenuh Masa Bangi
7 Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (www.ukm.my/jurutera) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan
  1. Kejuruteraan Awam
  2. Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  3. Kejuruteraan Mekanikal
  4. Kejuruteraan Kimia

Ijazah Sarjana Muda Sains

  1. Seni Bina
  2. UDE
Sepenuh Masa Bangi
8 Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (www.ukm.my/ftsm) Ijazah Sarjana Muda
  1. Sains Komputer
  2. Teknologi Maklumat

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian

  1. Pembangunan Sistem Maklumat
  2. Pembangunan Sistem Multimedia
Sepenuh Masa Bangi
9 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (www.ukm.my/fep) Ijazah Sarjana Muda
  1. Perakaunan*
  2. Pentadbiran Perniagaan
  3. Ekonomi*
  4. Keusahawanan dan Inovasi*
Sepenuh Masa Bangi
10 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (www.ukm.my/fssk) Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial
  1. Komunikasi Media
  2. Psikologi*
  3. Geografi
  4. Sains Pembangunan
  5. Kerja Sosial
  6. Pengajian Bahasa Inggeris
Sepenuh Masa Bangi
11 Fakulti Pendidikan (www.ukm.my/fpendidikan) Ijazah Sarjana Muda
  1. Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)
  2. Pendidikan Sukan & Rekreasi
  3. Pendidikan Khas
Sepenuh Masa Bangi
12 Fakulti Sains dan Teknologi (www.ukm.my/fst)

Ijazah Sarjana Muda

  1. Sains Laut
  2. Biokimia
  3. Bioinformatik
  4. Biologi
  5. Teknologi Kimia
  6. Kimia
  7. Sains Sekitaran
  8. Sains Makanan & Pemakanan
  9. Sains Makanan Dengan Pengurusan Pemakanan
  10. Genetik
  11. Geologi
  12. Sains Aktuari
  13. Sains Bahan
  14. Matematik*
  15. Mikrobiologi
  16. Sains Nuklear
  17. Fizik*
  18. Bioteknologi Tumbuhan
  19. Statistik*
Sepenuh Masa Bangi

 

* Penawaran program tertakluk kepada jumlah minimum calon yang layak

Popups Powered By : XYZScripts.com