Language

Penafian Terjemahan Bahasa Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer . Kebarangkalian kandungan mungkin berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Universiti Kebangsaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kesalahan maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal di dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia.

Laman Web PKP UKM

Makluman Terkini PTPTN

  • [15/03/2018] Pengesahan Bayaran Sem 2 Sesi 2017/2018 Pinjaman Pelajar UKM (PKP) terkini
  • Sukacita dimaklumkan bahawa bayaran pinjaman PTPTN kepada pelajar yang dijadualkan pada bulan Mac, 2018 ditangguhkan kerana pengesahan hanya dapat dibuat selepas keputusan semua pelajar separuh masa dikeluarkan. Untuk makluman jua, pengesahan tidak dibuat mengikut kursus/fakulti kerana pembayaran pinjaman dibuat secara pukal oleh PTPTN (mengikut kod 03E).

  • Pengesahan status pelajar akan dibuat bermula 19 – 23 Mac 2018, dan jangkaan bayaran akan dikreditkan ke akaun pelajar pada pertengahan April, 2018.

  • Sebarang kesulitan amat dikesali. Sekian, terima kasih.

  • [15/02/2018] 
  • Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui perbincangan bersama Pusat Kembangan Pendidikan (PKP) telah bersetuju untuk memberi kemudahan pembiayaan pinjaman PTPTN kepada pelajar-pelajar PKP Sepenuh Masa (UKM International) dengan syarat-syarat berikut :

    • Kadar yang ditawarkan adalah berdasarkan kadar yang sama dengan pelajar arus perdana; dan

    • Pelajar perlu mendapatkan surat pengesahan daripada PKP untuk dilampirkan bersama borang permohonan.

*Sila hubungi pegawai UPPRP (Unit Pengurusan Program & Rekod Pelajar) untuk mendapatkan surat pengesahan.

 

  • Sekiranya berhasrat untuk membuat permohonan, pelajar perlu merujuk kepada senarai Kod IPT UKM iaitu 03 (UKM), 03F (UKM KL) & 03G (UKM HUKM) yang betul.  Sila rujuk senarai kod IPT UKM di sini di ruangan muat turun Jadual Permohonan Pinjaman Asal > Universiti Awam dan Politeknik.

  • Proses permohonan adalah sama seperti sedia ada. Pastikan permohonan dibuat mengikut tarikh yang ditetapkan, sama seperti pelajar arus perdana dalam jadual tersebut.

  • Sekian, terima kasih.
Popups Powered By : XYZScripts.com