Semakan Permohonan

Keputusan Permohonan Kemasukan Semester 1 Sesi 2017-2018 (Pengambilan September 2017) bagi program Siswazah Sepenuh Masa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) boleh disemak mulai 16 Jun 2017 (Jumaat) di https://smp.ukm.my/smpe/kemasukan/semak.cfm.
Calon  yang BERJAYA mengikuti program perlu  membuat pengesahan penerimaan tawaran, sehingga  30 Jun 2017 (Jumaat), mencetak surat tawaran, muat turun semua dokumen yang berkaitan serta muat naik gambar dan laporan pemeriksaan kesihatan.
Keputusan Permohonan Kemasukan bagi Program Eksekutif /PBJJ Prasiswazah dan Siswazah Fakulti selain FTSM  dan Prasiswazah Separuh Masa FTSM akan dimaklumkan kemudian.
Sekian, terima kasih.

Kemaskini Terakhir: 13 Jun 2017