Language

Penafian Terjemahan Bahasa Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer . Kebarangkalian kandungan mungkin berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Universiti Kebangsaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kesalahan maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal di dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia.

Laman Web PKP UKM

Soalan Lazim

Kebajikan Pelajar                                                                                                                                                           

  1. Selaku waris kepada pelajar PKP yang telah meninggal dunia, adakah saya layak untuk memohon bantuan daripada Skim Tabung Kebajikan Pelajar (STKP)? Sekiranya layak, apa yang perlu saya lakukan?
    Selaku waris, anda layak untuk memohon sumbangan Khairat Kematian daripada STKP. Sila maklumkan kepada PKP dengan memberi maklumat lengkap dan kepilkan bersama bukti atau dokumen yang diperlukan. Segala urusan adalah melalui kaunter atau email unit HESA PKP.

  2. Rumah saya ditenggelami air kerana banjir. Bolehkah saya ingin mendapat bantuan atau sumbangan daripada skim ini?
    Boleh. Bagi kes seperti diatas, anda perlu mengisi borang permohonan skim dan kepilkan bersama bukti yang menyatakan bahawa rumah anda memang ditenggelami air disebabkan banjir. Sila serahkan borang yang lengkap serta lampiran bukti kepada unit HESA untuk tindakan selanjutnya. Makluman akan diberi melalui emel atau panggilan (jika berkaitan).

  3. Saya ada memohon bantuan daripada skim ini dan saya sudah serahkan borang permohonan beberapa hari yang lepas. Macam mana saya nak tahu adakah permohonan saya diluluskan dan bilakah sumbangan akan saya terima?
    Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui email. Segala makluman sama ada tentang tarikh penerimaan sumbangan, waktu atau jumlah sumbangan yang akan diterima akan dimaklumkan melalui emel atau telefon (jika berkaitan). Oleh kerana itu, adalah dinasihatkan kepada semua pemohon untuk memberikan alamat emel yang aktif untuk mengelakkan kelewatan dan sebagainya.

  4. Adakah saya perlu menulis surat permohonan jika saya ingin memohon bantuan dana daripada skim ini?
    Benar. Sila sertakan bersama surat permohonan untuk memudahkan unit HESA dalam menilai dan menguruskan permohonan daripada pihak anda.

 

Perubatan Pelajar                                                                                                                                                           

  1. Bolehkah saya terus pergi ke Klinik Panel iaitu di Poliklinik UKM Kesihatan, Seksyen 15 pada hari Rabu dalam waktu operasi Pusat Kesihatan UKM?
    Boleh. Tiada sebarang halangan jika anda ingin terus ke Klinik Panel pada waktu operasi PKU, walau bagaimanapun bayaran anda tidak ditanggung oleh Skim Perubatan Pelajar kerana skim ini hanya akan menanggung bayaran rawatan jika rawatan diterima selepas waktu operasi PKU.

  2. Saya terima rawatan di Klinik Panel dan saya perlu membayar RM20. Kenapa saya perlu bayar sedangkan skim ini sudah menanggung kos rawatan saya?
    Untuk makluman anda, skim ini hanya akan menanggung RM40.00 bagi satu-satu sesi rawatan. Jika melebihi RM40.00, pelajar perlu menambah amaun tersebut dan membayarnya sendiri di kaunter pembayaran Klinik Panel.Bayaran RM20.00 yang anda bayar itu adalah lebihan daripada RM40.00 atau dalam kata lain, kos rawatan yang anda terima adalah RM60.00.

  3. Saya memerlukan Surat Jaminan daripada PKP kerana kondisi kesihatan saya membuatkan pihak Klinik merujuk kes saya ke Hospital Kerajaan untuk rawatan selanjutnya. Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan Surat Jaminan tersebut?
    Pertama sekali, anda perlu mengisis borang permohonan Surat Jaminan dan sila lampirkan bersama laporan atau surat rujukan Pegawai Perubatan untuk rujukan kami. HESA akan menghantar laporan tersebut kepada Pegawai Perubatan PKU untuk pengesahan. Jika Pegawai Perubatan UKM membenarkan HESA untuk mengeluarkan Surat Jaminan barulah surat tersebut dikeluarkan. Jika surat dibenarkan untuk dikeluarkan, HESA akan maklumkan perkara tersebut kepada pelajar atau waris melalui emel yang diberikan di dalam borang permohonan tersebut.

  4. Bolehkah saya menerima rawatan di Hospital Putrajaya?
    Boleh. Tiada halangan kepada pelajar untuk menerima rawatan di mana-mana Hospital atau Klinik termasuklah Hospital Putrajaya. Akan tetapi, Hospital Putrajaya tidak termasuk di dalam senarai Hospital Panel dan pelajar perlu membayar sendiri kos rawatan yang diterima kerana PKP tidak menanggung segala kos tersebut.

  5. Bagaimana cara untuk saya mengenalpasti Klinik atau Hospital itu adalah panel dan bayaran ditanggung oleh pihak PKP?
    Anda dinasihatkan untuk membaca Makluman atau Notis tentang Perubatan di Laman Web PKP. Sila rujuk Laman Web PKP > Pelajar Semasa > Hal Ehwal Siswa & Alumni > Perubatan.

 

Penginapan Pelajar                                                                                                                                                           

  1. Saya pelajar baharu yang berdaftar dibawah Program UKM International, bolehkah saya dapatkan penginapan di Kampus Bangi dan berapa yuran untuk penginapan?
    Anda dinasihatkan untuk merujuk Makluman atau Notis tentang Penginapan di Laman Web PKP. Sila rujuk Laman Web PKP > Pelajar Semasa > Hal Ehwal Siswa & Alumni > Penginapan.

  2. Bolehkah saya ingin menginap di Kolej selain daripada senarai yang terdapat di dalam Laman Web PKP? Kalau boleh, apa yang perlu saya buat?
    Boleh. Anda boleh memohon untuk menginap di mana-mana Kolej Kediaman yang terdapat di Kampus UKM Bangi, Kuala Lumpur dan Cheras. Akan tetapi, jika selain daripada senarai yang terdapat di Laman Web PKP, anda harus membuat permohonan terus kepada pihak pengurusan Kolej tanpa melalui unit HESA, PKP. Untuk menghubungi atau berurusan dengan pihak pengurusan Kolej Kediaman, anda boleh rujuk www.ukm.my/portal/college/

  3. Bagaimana saya ingin membuat pembayaran Kolej? Adakah saya perlu membayar di PKP?
    Bermula semester 1 sesi 2018/2019, pembayaran perlu dibuat terus ke PKP, sehingga pengemaskinian sistem selesai di peringkat Kolej. Manakala bagi Kolej Ibu Zain, anda boleh terus membuat pembayaran kepada kolej. Maklumat tentang pembayaran boleh rujuk di Laman Web PKP.

  4. Saya mempunyai penginapan sendiri iaitu di rumah keluarga saya. Adakah saya tetap perlu menginap di penginapan yang disediakan oleh PKP atau saya boleh menginap bersama dengan keluarga saya?
    Anda boleh menginap bersama keluarga anda tanpa perlu menginap di mana-mana kolej yang telah ditetapkan oleh PKP.

  5. Saya sekarang berada di Tahun 2 pengajian dan saya memerlukan penginapan. Bagaimanakah proses untuk mendapatkan penginapan?
    Unit HESA hanya akan menguruskan tempahan penginapan bagi pelajar baharu sepenuh masa UKM International sahaja (untuk semester pertama). Bagi situasi anda, anda boleh terus berhubung dan memohon dengan mana-mana Kolej Kediaman yang berkenaan.

  6. Saya adalah pelajar yang berdaftar dibawah program Eksekutif dan saya akan ke Kampus Bangi pada hujung minggu atau hari tertentu. Bagaimanakah caranya untuk saya dapatkan penginapan sepanjang tempoh saya di UKM?Anda boleh memilih mana-mana tempat penginapan yang dirasakan bersesuaian. Cadangan yang diberikan oleh PKP telah disenarai pendek di Laman Web PKP untuk rujukan dan makluman. Jika anda ingin menginap di Rumah Tamu Kolej Kediaman, anda boleh terus berhubung dengan pihak pengurusan kolej. Maklumat pengurusan kolej boleh didapati di laman sesawang www.ukm.my/portal/college/

 

PTPTN, UKM (Pusat Kembangan Pendidikan)                                                                                                      

    1. Saya telah mendapat tawaran belajar di IPT UKM (Pusat Kembangan Pendidikan), bilakah permohonan atas talian PTPTN “Online” akan dibuka untuk permohonan?

      1. Bagi IPT UKM (PKP) permohonan boleh dibuat seperti dalam jadual berikut :
      Kelompok 1 Kelompok 2
      Semester 1 PTPTN buka Permohonan atas talian 01/09 PTPTN buka Permohonan atas talian 01/10
      PTPTN tutup Permohonan atas talian 30/09 PTPTN tutup Permohonan atas talian 31/10
      Semester 2 PTPTN buka Permohonan atas talian 01/03 PTPTN buka Permohonan atas talian 01/04
      PTPTN tutup Permohonan atas talian 31/03 PTPTN tutup Permohonan atas talian 30/04

     

    1. Saya telah mencetak dokumen tawaran. Di mana dan bilakah saya perlu menghantar dokumen tersebut?
      Serahan dokumen tawaran hendaklah dibuat di mana-mana pejabat cawangan PTPTN yang berdekatan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kelulusan.

    2. Apakah syarat-syarat permohonan pinjaman kali kedua?
      Syarat pinjaman kali kedua adalah seperti berikut:-
      a. Melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi daripada pinjaman terdahulu sahaja; dan
      b. Bagi pelajar yang menyambung pengajian di peringkat yang sama atau lebih rendah daripada pinjaman   terdahulu hanya dipertimbangkan selepas pelajar menyelesaikan jumlah keseluruhan hutang terdahulu (termasuk apa-apa kos yang ditentukan oleh PTPTN).

    3. Saya sedang belajar di semester kedua dan ingin memohon pinjaman pendidikan PTPTN. Bolehkah saya mendapat pinjaman bermula semester pertama?
      Tidak. Tempoh pinjaman pendidikan adalah berdasarkan kepada tempoh program pengajian diluluskan oleh JPT, KPT. Tempoh pinjaman pendidikan diluluskan merujuk kepada semester semasa permohonan dibuat. Sekiranya anda memohon pada semester kedua, pinjaman pendidikan akan diluluskan mulai semester kedua hingga tamat tempoh pengajian anda.

    4. Saya masih belum menerima amaun pinjaman dalam akaun Bank Islam saya. Saya telah menghubungi PTPTN dan pihak PTPTN memaklumkan bahawa pihak IPT UKM (PKP) masih belum mengesahkan keputusan saya. Bilakah PKP akan menghantar status pengajian saya kepada PTPTN?
      Sila rujuk tarikh permohonan saudara/saudari untuk mengetahui jadual kelompok. Seterusnya, sila rujuk laman web PTPTN > Semakan Jadual Permohonan/ Bayaran Pinjaman > masukkan nama IPT Pusat Kembangan Pendidikan > lakukan carian program pengajian dan klik pada program > Sila rujuk pada jadual “Maklumat Bayaran Pinjaman (Peminjam Sediaada)”

    5. Saya adalah seorang pelajar separuh masa (eksekutif / PBJJ). Saya telah memohon PTPTN dengan meletakkan program pengajian di bawah kod IPT 03 Universiti Kebangsaan Malaysia (arus perdana) kerana program pengajian saya tidak terdapat di bawah kod IPTA 03E Universiti Kebangsaan Malaysia (Pusat Kembangan Pendidikan). Namun demikian, saya telah menerima pinjaman pada semester pertama. Untuk semester berikutnya, adakah saya akan terus menerima pinjaman PTPTN tersebut?
      Tidak, kerana pengesahan tidak dapat dilakukan untuk semester berikutnya. Untuk makluman, pihak PTPTN akan mengemukakan data peminjam kepada IPT pada tarikh tertentu dan akan memohon pihak IPT untuk mengesahkan status pengajian. Sekiranya data saudara/saudari tidak termasuk dalam data yang dikemukakan oleh PTPTN di atas, maka PKP tidak dapat membuat pengesahan. Ini akan menyebabkan pinjaman saudara/saudari terjejas dan PTPTN berhak untuk membatalkan perjanjian sekiranya terdapat kesalahan dalam permohonan.
      Dalam hal ini, saudara/saudari adalah dinasihatkan untuk membatalkan perjanjian dan memohon semula bagi memastikan pinjaman semester berikutnya mendapat pembiayaan PTPTN.

    6. Saya adalah seorang pelajar sepenuh masa UKM International. Saya sedia maklum bahawa jumlah pinjaman PTPTN hanya akan berdasarkan yuran pengajian pelajar UKM arus perdana. Dalam hal ini, berapakah jumlah yang boleh saya terima? Bagaimanakah cara untuk saya menampung yuran pengajian yang tidak dapat dibantu oleh PTPTN?
      Sila rujuk laman web PTPTN > Semakan Jadual Permohonan/ Bayaran Pinjaman > masukkan nama IPT Universiti Kebangsaan Malaysia > lakukan carian program pengajian dan klik pada program > Rujuk pada kadar maksimum/ Kadar Separuh 75% / Kadar Yuran 50%. Sekiranya tidak mencukupi untuk menampung yuran pengajian, pelajar boleh mempertimbangkan pembiayaan pendidikan Bank Rakyat di laman web http://www.ukm.my/pkp/makluman-terkini-permohonan-bank-rakyat/

Kemasukan                                                                                                                                                           

  1. Bagaimana untuk membuat permohonan kemasukan program pengajian?
    Calon perlu merujuk tatacara permohonan di http://www.ukm.my/pkp/tatacara-permohonan/. Kemudian calon perlu melengkapkan borang permohonan pada capaian Sistem Permohonan Kemasukan e-SPEED.

  2. Bilakah keputusan permohonan boleh disemak?
    Calon perlu membuat semakan keputusan permohonan di http://smp.ukm.my/espeed/ di menu Semak Permohonan dalam tempoh sebulan selepas tarikh tutup permohonan (tertakluk kepada perubahan). Sekiranya berjaya, calon boleh membuat pengesahan terima tawaran di capaian http://smp.ukm.my/espeed di menu Pengesahan Terima Tawaran.

  3. Bagaimana cara untuk mencetak surat tawaran?
    Pelajar perlu mencetak surat tawaran di http://smp.ukm.my/espeed/ di menu Pengesahan Terima Tawaran. Tempoh cetakan adalah selama satu bulan dari tarikh pendaftaran diri pelajar baharu. Selepas tempoh tersebut, pelajar perlu membuat permohonan kepada upprppkp@ukm.edu.my dan akan dikenakan caj sebanyak RM5.

  4. Bagaimana cara untuk memohon kad matrik baharu jika kad matrik lama hilang/rosak?
    Pelajar boleh membuat permohonan kad matrik baharu di www.ukm.my/ukmcard dan akan dikenakan caj sebanyak RM15 bagi permohonan pertama dan permohonan seterusnya akan dikenakan caj sebanyak RM50.

  5. Adakah pemeriksaan kesihatan boleh dibuat di mana-mana hospital kerajaan atau swasta? Dimana saya boleh mendapatkan Borang Laporan Pemeriksaan untuk pelajar baharu?
    Pelajar boleh lakukan pemeriksaan kesihatan di hospital kerajaan atau swasta. Borang Laporan Pemeriksaan Kesihatan perlu di muat turun di http://www.ukm.my/pkp/semakan-permohonan/

  6. Bagaimanakah cara untuk pelajar menukar kata laluan bagi capaian SMPE?
    Pelajar hendaklah menukar kata laluan di www.ukm.my/smpe selepas status diri pelajar diaktifkan (setelah membayar yuran pengajian). Pelajar perlu memilih menu log masuk kali pertama dengan menggunakan nombor matrik pelajar dan kata laluan adalah nombor kad pengenalan pelajar.

  7. Sekiranya calon menolak tawaran, adakah nama akan disenarai hitamkan oleh pihak PKP?
    Tidak dan calon perlu membuat permohonan semula bagi pengambilan akan datang.

  8. Sekiranya program ditangguhkan, adakah calon perlu membuat permohonan semula?
    Tidak perlu.

Pengurusan Program & Rekod Pelajar                                                                                                 

  1. Bagaimana cara untuk mendaftar kursus?
    Pelajar perlu mendaftar kursus di SMPE web dengan merujuk senarai penawaran kursus semester mengikut program masing-masing. Senarai penawaran kursus semester dan jadual kuliah boleh dirujuk di laman web PKP.

  2. Sekiranya tidak membuat pendaftaran kursus awal, bilakah boleh membuat pendaftaran kursus?
    Pendaftaran kursus boleh dibuat pada minggu pertama dan kedua perkuliahan bagi program prasiswazah manakala minggu pertama hingga keempat bagi program siswazah. Sila rujuk tarikh-tarikh penting di laman web PKP.

  3. Bagaimana cara memohon surat pengesahan pelajar/ surat pengesahan kajian ilmiah?
    Pelajar perlu membuat permohonan melalui SMPE web dan status permohonan boleh disemak di SMPE web.

  4. Bagaimana cara membuat permohonan pengecualian kursus/pengecualian kredit?
    Pelajar perlu melengkapkan borang permohonan pengecualian kursus/pengecualian kredit (laman web PKP) dan serahkan kepada PKP selewat-lewatnya pada minggu kedua semester pertama pengajian dengan melampirkan salinan transkrip dan silibus/ proforma. Permohonan hanya sekali dalam tempoh pengajian dan kelulusan tertakluk kepada pihak fakulti.

  5. Bagaimana untuk membuat permohonan gantung pendaftaran?
    Pelajar perlu melengkapkan borang permohonan gantung pendaftaran (laman web PKP) dan serahkan kepada PKP selewat-lewatnya pada minggu ke sepuluh semester semasa bagi program prasiswazah, manakala minggu ke empat bagi program siswazah dan kelulusan tertakluk kepada fakulti (rujuk buku panduan fakulti).

  6. Apakah kelayakan untuk menerima Anugerah Dekan?
    Bagi program prasiswazah nilai agregat PNGS ialah 3.67 ke atas dengan minima 12 unit. Manakala bagi program siswazah, tertakluk kepada fakulti.

  7. Apakah syarat untuk baiki gred?
    Bagi program prasiswazah, gred kursus yang diperolehi adalah C- dan ke bawah. Manakala bagi program siswazah, gred kursus yang diperolehi adalah B- ke bawah. Baiki gred hanya boleh dilakukan dalam tempoh pengajian sahaja.

 

Peperiksaan & Pengijazahan                                                                                                   

  1. Bagaimana sekiranya pelajar tidak dapat hadir peperiksaan akhir pada tarikh yang ditetapkan?
    Pelajar yang sakit atau menghadapi gangguan-gangguan lain sewaktu peperiksaan boleh memohon untuk menangguhkan pengambilan peperiksaan berkenaan. Permohonan perlu dibuat di SMPE dalam tempoh 48 jam selepas tarikh peperiksaan, mengemukakan dokumen berkaitan serta membuat bayaran RM100 per kursus. Kelulusan permohonan tertakluk kepada pihak fakulti.

  2. Bolehkah keputusan peperiksaan diperolehi sekiranya terdapat tunggakan bayaran yuran pengajian?
    Tidak.

  3. Apakah peperiksaan ulangan khas dan bagaimana pelajar boleh memohon?
    Peperiksaan ulangan khas boleh dipohon bagi pelajar semester terakhir yang memerlukan hanya satu kursus untuk tujuan mendapatkan ijazah. Peperiksaan tersebut boleh diambil sekali sahaja dan permohonannya dibuat dalam masa empat minggu selepas keputusan peperiksaan diumumkan. Permohonan dibuat secara bertulis dihantar kepada Unit Peperiksaan dan Pengijazahan PKP beserta bayaran yang ditetapkan (rujuk Peraturan Am Kewangan).

  4. Bagaimana cara untuk mendapatkan transkrip awal sebelum konvokesyen?
    Transkrip rasmi hanya dikeluarkan selepas majlis konvokesyen, namun pelajar boleh memohon untuk mendapatkan slip keseluruhan kursus berserta surat tamat pengajian. Permohonan perlu dibuat di SMPE.

  5. Bagaimana saya ingin mendapatkan maklumat mengenai konvokesyen UKM?
    Pelajar boleh mendapatkan maklumat konvokesyen melalui capaian www.ukm.my/konvo

 

SPPKE                                                                                                                                                                    

  1. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya dalam SPPKE, bukan nama pensyarah yang mengajar untuk penilaian pensyarah?
    Letakkan nama pensyarah yang betul di bahagian ulasan/komen.

iFolio                                                                                                                                                                       

  1. Pensyarah tidak nampak pelajar dalam set kursus
    Pelajar belum pernah masuk ifolio. Pelajar perlu masuk ifolio terlebih dahulu untuk pengesahan fakulti, alamat emel dan sebagainya.

  2. Set kursus dalam SMPE telah diubah/ ditukar, tetapi dalam ifolio masih kekal set yang sama semasa awal pendaftaran
    Set kursus yang didaftarkan awal akan kekal, cuma boleh ditambah set yang lain bagi kod kursus yang sama dalam ifolio dan akan ada dua kursus yang sama tetapi set yang berlainan.

  3. Terdapat kursus dalam ifolio pelajar hilang
    Pelajar boleh mohon pada capaian http://ifolio.ukm.my/course dan pilih set yang berkaitan. Pelajar perlu emel kepada norhapizah@ukm.edu.my selepas mohon set berkaitan.

  4. Kursus tiada dalam carian ifolio
    Nama pensyarah tidak didaftarkan untuk kursus/set tersebut dalam SMPLK.

Bahan Bacaan                                                                                                                                                   

  1. Adakah bahan bacaan termasuk dalam pakej yuran pengajian pelajar?
    Ya , hanya bagi pelajar Pra - Siswazah Mod Eksekutif dan PBJJ sahaja. Walaubagaimanapun, bahan bacaan/modul yang dibekalkan adalah tertakluk kepada stok sedia ada. Bekalan bahan bacaan bagi semester semasa akan disimpan untuk semester berkenaan sahaja. PKP berhak untuk tidak memberikan/menggantikan bahan bacaan yang dibekalkan kepada pelajar dengan bahan bacaan yang terdapat dalam stok PKP yang sedia ada.

  2. Apakah kelayakan untuk mendapatkan bahan bacaan?
    Pelajar perlu menyelesaikan separuh daripada yuran semester pengajian.
    (Sila rujuk Peraturan Am Kewangan dan Prosedur Pengambilan Buku).

  3. Adakah pelajar boleh menuntut buku pada semester yang lepas jika bayaran dijelaskan pada semester semasa?
    Bahan bacaan/modul hanya boleh dituntut dalam tempoh satu semester semasa sahaja. Hak tuntutan akan luput sekiranya bayaran yuran dibayar selepas sesi pengajian semasa.

  4. Adakah saya akan mendapat bahan bacaan untuk setiap kursus yang saya daftar untuk setiap semester?
    Pemberian bahan bacaan adalah tertakluk kepada tajuk buku yang diberikan pensyarah dan kesediaan cetakan/stok buku di pasaran semasa.

  5. Adakah saya boleh membeli bahan bacaan?
    Bahan bacaan boleh dibeli di PKP tertakluk kepada stok sedia ada.

 

Fasiliti & Ruang                                                                                                                                                      

  1. Apakah prosedur tempahan ruang?
    Pelanggan perlu mengisi Borang Tempahan Ruang. Permohonan perlu di emelkan kepada Encik Ahmad Hasbullah Hj Mokhtar (hasbul@ukm.edu.my).

  2. Adakah tempahan ruang PKP KTSN termasuk dengan kelengkapan komputer dan projektor?
    Ya, tertakluk kepada jenis ruang.

  3. Adakah tempahan ruang PKP KTSN dikenakan bayaran?
    Terdapat kadar bayaran yang akan dikenakan.

  4. Apakah kemudahan yang ada di bangunan PKP KTSN ?
    Kemudahan asas yang disediakan termasuk surau, kafe, tandas, ruang parkir kenderaan, wifi, dan mesin penapis air.

Kadar Bayaran                                                                                                                                                            

  1. Kenapa terdapat perbezaan di antara caj invois kolej dengan caj di Portal eKewangan?
    Semakan boleh dibuat dengan UKP Jabatan Bendahari UKM (email: ukpbendahari@ukm.edu.my) dan pihak kolej terlibat bagi tujuan pelarasan caj.

  2. Bagaimana cara untuk menyemak kadar yuran pengajian pelajar?
    Semakan boleh dibuat di Portal eKewangan https://ekew.ukm.my/efast/login.

  3. Kenapa pelajar tidak dapat log in ke Portal eKewangan?
    Pelajar boleh membuat semakan dengan Unit IT, PKP (email: jtmsppkp@ukm.edu.my).

Kaedah Bayaran Yuran                                                                                                                                              

  1. Apakah kaedah bayaran yuran pengajian?
    -Pelajar amat digalakkan membayar yuran melalui Bank Islam* :
    i. Tunai di Kaunter Bank Islam dengan mengisi Slip Pembayaran Bil (bayar kepada Pusat Kembangan Pendidikan).
    ii. Mesin ATM Bank Islam melalui menu Lain-lain (Pembayaran Bil / Yuran IPT).
    iii. Mesin CDM Bank Islam melalui menu Lain-lain (Pembayaran Bil IPT).
    iv. Perbankan internet di www.bankislam.biz melalui menu Bill Presentment (Universiti Kebangsaan Malaysia)
    -*bayaran melalui Bank Islam akan automatik dikemaskini dalam tempoh 3 hari bekerja.
    -Pembayaran yuran juga boleh dilakukan menggunakan kaedah-kaedah berikut:
    i. Tunai di Kaunter Kewangan, PKP (Hari Bekerja sahaja).
    ii. Kad Debit / Kredit (VISA / MASTER sahaja) di Kaunter Kewangan, PKP.
    iii. Bank Draf / Kiriman Wang atas nama Pusat Kembangan Pendidikan.
    iv. Pindahan Wang Atas Talian ke CIMB No. Akaun 8002233817**
    -**Salinan slip bayaran perlu diemail segera ke accpkp@ukm.edu.my. Bayaran akan dikemaskini secara manual.

  2. Bolehkah pelajar membuat bayaran secara tunai pada hari Sabtu dan Ahad?
    Tidak. Bayaran di kaunter kewangan pada hari Sabtu dan Ahad hanya menerima bayaran melalui kad Debit / Kredit sahaja.

  3. Kenapa bayaran yang dibuat di Bank Islam lambat dikemaskini?
    Bayaran yang dibuat melalui Bank Islam akan dikemaskini dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

  4. Kenapa bayaran melalui Pindahan Wang Atas Talian ke Bank CIMB tidak dikemaskini?
    Bayaran melalui Pindahan Wang Atas Talian ke Bank CIMB dikemaskini secara manual. Pelajar diwajibkan untuk email segera salinan slip bayaran ke accpkp@ukm.edu.my.

  5. Bagaimanakah cara membuat bayaran melalui KWSP?
    Pengeluaran KWSP hanya boleh dibuat secara atas talian di https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

Status Pelajar                                                                                                                                                            

  1. Jika pelajar menangguhkan pengajian, bolehkah dia menuntut kembali yuran pengajian yang telah dibayar?
    Tidak. Bayaran yang telah dibuat akan ditolak untuk yuran semester akan datang.

  2. Adakah pelajar boleh menuntut kembali yuran pengajian yang telah dibayar sekiranya menarik diri daripada pengajian??
    -Tidak. Yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan kecuali:
    i. pelajar menarik diri pada minggu pertama (1) hingga ketiga (3) pengkuliahan, 75% daripada yuran pengajian akan dikembalikan.
    ii. pelajar menarik diri pada minggu keempat (4) hingga keenam (6) pengkuliahan, 50% daripada yuran pengajian akan dikembalikan.
    iii. pelajar menarik diri pada minggu ketujuh (7) hingga kesepuluh (10) pengkuliahan, 25% daripada yuran pengajian akan dikembalikan.
    -Namun begitu, pemulangan yuran tidak akan dibuat sekiranya pelajar masih mempunyai baki hutang dengan PKP.

  3. Adakah pelajar layak untuk mendapat pengurangan bayaran yuran pengajian sekiranya pelajar adalah kakitangan UKM??
    Ya layak, sekiranya status jawatan pelajar adalah tetap di UKM. Surat Pengesahan Majikan perlu dihantar kepada Bhgn Kewangan, PKP.

Biasiswa / Tajaan                                                                                                                                                            

  1. Kenapa invois tidak dihantar kepada pihak penaja?
    Pelajar perlu menghantar salinan surat tawaran biasiswa/ tajaan kepada Bhgn. Kewangan, PKP sebelum invois boleh dihantar kepada pihak penaja.

  2. Bagaimana cara untuk menyemak bayaran oleh tajaan telah dibuat?
    Semakan boleh dibuat di Portal eKewangan https://ekew.ukm.my/efast/login

  3. Kenapakah Portal eKewangan tidak mengemaskini bayaran yang telah dibuat oleh pihak penaja?
    Portal tidak dikemaskini disebabkan Bhgn. Kewangan, PKP tidak menerima bukti bayaran yang telah dibuat oleh pihak penaja. Pelajar diminta menghubungi pihak penaja untuk mendapatkan butiran bayaran dan kemukakan kepada Bhgn. Kewangan, PKP.

  4. Bolehkah pelajar membuat pengeluaran KWSP jika mempunyai biasiswa / tajaan?
    Tidak. Pelajar yang mendapat biasiswa / tajaan tidak dibenarkan membuat pengeluaran KWSP untuk pembayaran yuran pengajian.

Bahagian Kewangan (Kakitangan)

Tuntutan Bayaran                                                                                                                                                        

  1. Berapa lamakah tempoh bagi proses pembayaran tuntutan?
    Selepas semua dokumen lengkap diterima di Bahagian Kewangan PKP, proses pembayaran tuntutan akan dibayar dalam tempoh 14 hari.

  2. Apakah perkara yang perlu saya pastikan sebelum borang tuntutan perjalanan dikemukakan ke Bahagian Kewangan, PKP?
    Pemohon perlu memastikan semua dokumen dilengkapkan dan disahkan oleh pegawai PKP sebelum permohonan dihantar.

  3. Bagaimana cara untuk menuntut bayaran balik tol?
    Jika perjalanan melalui tol, maka laluan tol perlu dinyatakan pada kenyataan tuntutan dan disertakan dengan resit asal / penyata Touch & Go.

  4. Bagaimana cara untuk menuntut bayaran balik perbelanjaan perjalanan?
    Kemukakan resit asal dan kepilkan bersama borang tuntutan perjalanan yang telah disahkan kepada Bhgn. Kewangan, PKP.

  5. Bagaimana untuk menyemak permohonan tuntutan telah dibayar?
    Setiap pemohon akan menerima notifikasi melalui email setelah pembayaran dilaksanakan. Pemohon juga boleh membuat semakan di Portal eKewangan https://ekew.ukm.my/efast/login.

  6. Bolehkah menuntut elaun perjalanan sekiranya menggunakan kenderaan UKM / PKP?
    Tidak. Kakitangan yang menggunakan kenderaan yang disediakan oleh UKM / PKP atau Penganjur tidak layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan.

  7. Adakah kakitangan layak menuntut Tambang Gantian sekiranya bertugas jarak 100km dari UKM dan menaiki teksi?
    Tidak. Hanya kakitangan bertugas jarak melebihi 240km dari UKM dan menggunakan kenderaan sendiri sahaja layak menuntut Tambang Gantian.

Pendahuluan                                                                                                                                                          

  1. Bagaimana cara memohon wang pendahuluan dan dokumen apa yang perlu dikepilkan bersama borang permohonan?
    -Sila isi borang permohonan pendahuluan seperti berikut:- 1. Borang Pendahuluan Diri. 2. Borang Pendahuluan Pelbagai.
    -Borang permohonan boleh dimuat turun di http://www.ukm.my/pkp/borang-kakitangan-2/
    -Kepilkan bersama surat kelulusan/ petikan minit mesyuarat/ email jemputan yang telah disahkan oleh Ketua Bahagian.

  2. Apakah perbezaan di antara Pendahuluan Diri dan Pendahuluan Pelbagai?
    Pendahuluan Diri hanya untuk tuntutan Elaun Makan serta Elaun Hotel/ Lojing (90%) sahaja. Manakala, Pendahuluan Pelbagai adalah untuk selain daripada Elaun Makan & Elaun Hotel/ Lojing.

  3. Bolehkah permohonan pendahuluan diisi atau dipohon bagi pihak orang lain sebagai wakil kepada pemohon?
    Tidak. Hanya pemohon sahaja dibenarkan mengemukan permohonan pendahuluan dan tidak dibenarkan wakil.

  4. Bolehkah permohonan pendahuluan dibuat sekiranya terdapat pendahuluan yang belum selesai oleh pemohon yang sama?
    Tidak. Pendahuluan perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan pendahuluan baru.

Aset                                                                                                                                                             

  1. Apakah perbezaan antara Aset dan Inventori?
    -Aset adalah barang yang bernilai RM3,000.00 dan ke atas. Jangkahayat barang melebihi 12 bulan dan memerlukan penyelengaraan.
    -Inventori ialah barang yang bernilai RM 2,999.99 dan ke bawah. Jangkahayat barang melebihi 12 bulan. Ini termasuk perabot, permaidani, hiasan, langsir dan pinggan mangkuk tanpa mengira nilai.
    .

  2. Adakah semua aset perlu dilabelkan?
    Ya. Semua aset hendaklah diberi tanda pengenalan dengan cara melabelkan pelekat barkod yang dicetak daripada sistem pelekat barkod.

Panjar Wang Runcit                                                                                                                                                     

  1. Apakah perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan panjar wang runcit?
    Perbelanjaan yang dibenarkan adalah perbelanjaan runcit kecuali tuntutan perjalanan.

  2. Berapakah had amaun yang dibenarkan bagi tuntutan panjar wang runcit?
    Had amaun yang dibenarkan tidak melebihi RM 500.00 sekali tuntutan.

  3. Apakah dokumen yang perlu dikepilkan bersama Borang Permohonan Panjar Wang Runcit?
    Kepilkan resit asal yang telah disahkan oleh Ketua Bahagian bersama borang permohonan.

Perolehan                                                                                                                                                          

  1. Kenapa ada invois pembekal tidak diproses oleh Bhgn Kewangan?
    Setiap pembelian barang / perkhidmatan perlu disediakan Pesanan Rasmi (PR) sebelum pembekalan / perkhidmatan diterima. Memo justifikasi perlu dihantar ke Bhgn Kewangan sekiranya tiada PR untuk proses bayaran.

  2. Apakah dokumen diperlukan sekiranya pembelian barang / perkhidmatan tidak dimasukkan dalam kelulusan Mesyuarat bajet yang lepas?
    Kesemua pembelian / bayaran perlu dilampirkan petikan Minit Mesyuarat / kelulusan Pengurusan PKP melainkan pembelian yang telah diluluskan didalam Mesyuarat Bajet PKP.

  3. Berapakah sebut harga yang diperlukan untuk perbandingan?
    Pembelian barang / perkhidmatan melebihi RM3,000 hingga RM19,999 perlu disertakan perbandingan harga sekurang-kurangnya 3 sebut harga dari pembekal. Memo justifikasi perlu dihantar ke Bhgn Kewangan sekiranya tidak disertakan 3 sebut harga bagi penyediaan PR.

  4. Mengapa ada pembelian yang memerlukan Borang Penilaian Harga?
    Pembelian barang / perkhidmatan melebihi RM20,000 hingga RM49,999 perlu melengkapkan Borang Penilaian Harga dengan melampirkan sekurang-kurangnya 3 sebut harga dari pembekal.

  5. Berapakah nilai pembelian barang / perkhidmatan yang memerlukan untuk diiklan kepada umum dan perlu dibuka peti sebut harga / tender?
    -Pembelian barang / perkhidmatan melebihi RM50,000 hingga RM499,999 perlu melengkapkan Dokumen Sebut Harga 100 hari sebelum pembekalan diperlukan.
    -Manakala pembelian barang / perkhidmatan melebihi RM500,000 perlu melengkapkan Dokumen Tender 190 hari sebelum pembekalan diperlukan.
    -Nilai RM50,000 keatas perlu diiklankan kepada umum bagi proses sebut harga / tender.

Popups Powered By : XYZScripts.com