UKM International

Selamat Datang ke UKM!

Adakah anda sudah bersedia untuk merasai gabungan pendidikan berkualiti dengan kepelbagaian budaya? Jika jawapan anda “YA”, maka anda telah datang ke tempat yang betul. Di UKM, pendidikan berkualiti adalah keutamaan ahli profesional kami. Ahli akademik dan staf kami bukan hanya di sini untuk berkongsi pengetahuan mereka, tetapi juga untuk membantu anda merasai keistimewaan pelbagai budaya di kampus kami.

Dengan program UKM International kami, anda berpeluang untuk meneruskan pengajian anda sambil ke luar negara untuk mengikuti program musim panas. UKM telah menjalinkan hubungan yang kukuh dengan institusi pengajian tinggi di negara-negara seperti Korea, Jepun, Indonesia, Vietnam, China, Mexico, Jerman dan Amerika Syarikat. Anda akan berpeluang untuk menjelajah ke salah satu negara tersebut bagi mengikuti program musim panas selama sebulan. Program ini akan membolehkan anda untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti seperti belajar bahasa dan budaya tempatan dan bergaul dengan penduduk tempatan. Jadi apa yang anda tunggukan lagi? Marilah mendaftar dengan kami sekarang!