Himpunan Seribu Srikandi Melayu

Program ini telah berlangsung pada 9,10 & 11 Mac dengan menghimpunkan 1,000 peserta Srikandi Perguruan Silat seluruh negara dan dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ibrahim Saad, Ketua Pengarah Biro Tata Negara, Jabatan Perdana Menteri. Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim merupakan Rakan Kolaborasi program ini sempena Tahun Memperkasa Wanita 2018.