Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2018 #PressForProgress

Pada 8 Mac 2018, Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2018 telah diadakan di Limkokwing University of Creative Technology. Sambutan ini dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Sri Rohani Abdul Karim. Tema bagi Sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada tahun ini adalah Press for Progress. Tema ini dipilih adalah sebagai respon kepada World Economic Forum Global Gender Gap Report yang telah mengukur ketidaksaksamaan gender. Laporan berkenaan telah menemukan bahawa kita telah 200 tahun ketinggalan daripada kesetaraan gender dalam 4 tema utama iaitu peluang dan keterlibatan ekonomi, pencapaian pendidikan, kesihatan dan kehidupan dan pemerkasaan politik. Oleh itu, tema yang dipilih ini diharapkan dapat menggesa pihak untuk bertindak segera bagi mencapai kesetaraan gender.