Sidang Meja Bulat PKWTFH: Isu Wanita di Peringkat Antarabangsa

Sidang Meja Bulat PKWTFH: Isu Wanita di Peringkat Antarabangsa telah berlangsung pada 17 April 2018. Majlis Sidang Meja Bulat ini membincangkan secara holistik isu-isu berkaitan wanita Malaysia yang dibincangkan di peringkat antarabangsa melalui CEDAW yang berlangsung di Geneva pada Feb 2018 dan CSW di New York pada Mac 2018.