Tun Fatimah Hashim Women Lead Conference 2018 (TFHWLC 2018)

Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim telah menganjurkan Tun Fatimah Hashim Women Lead Conference 2018 (TFHWLC 2018) pada 12 November 2018 bertempat di Palm Garden Hotel, Putrajaya bersempena UKM Integrated International Conference yang diadakan pada 13 November 2018 di Marriot Hotel. TFHWLC telah menampilkan 5 penyampai ucaptama iaitu YB Puan Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ms Ramjeet Kaur Virik, Pengarah Pemasaran Consumer Dairy Dutch Lady Milk Industries Sdn. Bhd., Puan Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Dr. Marcella Lucas, Ketua Pengarah Eksekutif LeadWomen Sdn. Bhd. dan Umi Waheeda Abdul Rahman, Pengasas Yayasan Al-Ashriyyah Nurul Iman, Indonesia. Satu sesi perkongsian telah dijalankan sebagai platform untuk kementerian berkongsi infomasi daripada kementerian masing-masing.

Sebanyak 28 kertas kerja telah dibentangkan dalam sesi parallel. Pembentangan ini telah diterbitkan dalam bentuk e-prosiding.