Kampus Lestari

Falsafah

Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai sebuah universiti penyelidikan, secara menyeluruh atau sebahagian, mengenalpasti dan mempromosikan serta terlibat dalam meminimakan impak negatif penggunaan sumber keatas alam sekitar, ekonomi dan sosial bagi memenuhi fungsi pembelajaran, penyelidikan, jangkauan, kesepakatan dan penerajuan (stewardship) dalam membimbing perubahan gaya hidup lestari masyarakat di peringkat Malaysia dan Dunia.

 

Visi

Menjadikan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai sebuah model universiti lestari yang terunggul di Malaysia dan Dunia sebagai peneraju (stewardship) ilmu dan amalan kelestarian yang bersepadu dan menyeluruh menjelang 2020

 

Misi

  • Menghasilkan universiti impian yang mempunyai kesejahteraan komuniti, kesihatan ekosistem dan keseimbangan antara alam bina dan alam semulajadi yang ideal untuk persekitaran pembelajaran, bekerja dan kediaman yang dihargai oleh warga UKM.
  • Menyumbang keilmuan, menambahbaik kefahaman dan menyokong pembangunan lestari negara dan sejagat melalui sumbangan kepada penyelesaian isu-isu kelestarian global, wilayah dan tempatan.
  • Mengukuhkan pengantarabangsaan UKM melalui kesepakatan pintar, hubungan dan jaringan strategik di peringkat universiti, Malaysia dan Dunia.

 

 Objektif

  • Mempertingkatkan amalan governans kelestarian dalam sistem pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan di UKM.
  • Mengukuhkan pengurusan ekosistem lestari di UKM melalui keseimbangan pengurusan sumber alam semulajadi dan pembangunan alam bina.
  • Membentuk komuniti lestari di UKM ke arah pembangunan lestari sejagat.
  • Menyumbang kepada pembangunan ekonomi lestari negara dan tindakan ke atas isu-isu kelestarian global melalui penjanaan ilmu dan hasil penyelidikan kepada kerajaan, industri, perniagaan dan masyarakat.