Warisan & Pemuliharaan

Falsafah

Merealisasikan aspirasi dalam memartabatkan sumber warisan negara untuk dinikmati oleh warga dunia masa depan

 

Visi

  • Menjadi sebuah pasukan penyelidikan universiti bersifat multi dan inter displin merentasi sempadan fakulti dan institut yang terkehadapan dan mendahului zamannya
  • Menjadi pemimpin penyelidikan dan inovasi dalam bidang warisan dan pemuliharaan di peringkat kebangsaan dan serantau
  • Menjadi pusat rujukan unggul untuk khidmat nasihat dan pemindahan pengetahuan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa

 

Misi

  • Membina keupayaan dan kebijaksanaan untuk bekerja sebagai sebuah pasukan multi dan inter displin yang berkongsi hasrat bersama
  • Menggembleng penyelidik berwibawa yang mempunyai nilai, kualiti, etika dan semangat berpasukan yang kental dan mendukung falsafah kelompok
  • Meningkatkan keupayaan dan ketrampilan pasukan berasaskan pemikiran strategik dan nilai berpusatkan prinsip melalui jaringan dan jangkauan yang meluas

 

Objektif

  • Meneroka dan membangun sumber warisan budaya dan tabii yang baru
  • Mengenalpasti, menciri, mengelas dan menilai sumber warisan tabii dan budaya
  • Memulihara dan mengguna sumber warisan secara lestari
  • Memperkasa sistem governans, membina keupayaan dan memperkukuhkan kesedaran awam mengenai pemuliharaan dan penggunaan lestari