1
2 4
3 5
 
 
 
 

Majlis Meraikan Pelajar Sun Moon University

   

Seramai 44 orang pelajar Sun Moon University Korea berserta dua orang pegawai pengiring telah diraikan dalam Majlis Makan Malam oleh Pusat Kembangan Pendidikan sebagai kemuncak penyertaan mereka dalam aktiviti yang dinamakan Holiday Programme @ UKM. Majlis Makan Malam tersebut diadakan di Restoran Seri Melayu, Kuala Lumpur pada 29 Januari 2010.  Holiday Programme @ UKM telah berlangsung bermula 7 Januari hingga 3 Februari 2010.

Holiday Programme @ UKM pada kali ini adalah memberi tumpuan kepada membina keupayaan peserta dalam menguasai bahasa Inggeris di samping mempelajari serta memahami bahasa Melayu dan budaya masyarakat Malaysia. Proses pembelajaran dilaksanakan dalam pelbagai pendekatan iaitu dalam kelas, interaksi secara langsung dengan pelajar UKM dan masyarakat umum. 

Sepanjang tempoh kira-kira sebulan pelajar-pelajar tersebut berada dalam program berkenaan, didapati keyakinan mereka untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam berinteraksi telah meningkat berbanding pada hari pertama mereka menjejak kaki di UKM.  Bagi mereka, kenangan paling manis adalah sewaktu mereka menyertai program keluarga angkat atau Homestay di Bukit Gantang, Perak.  Selama tiga hari di sana mereka telah dapat mengalami kehidupan sebenar di kampung, beramah mesra dengan keluarga angkat dan orang kampung serta menikmati buah-buahan di dusun, makanan kampung serta adat resam dalam masyarakat tersebut.

Pada Majlis Makan Malam itu, peserta telah dibahagikan kepada tiga kumpulan dan semua kumpulan telah mempersembahkan satu tarian Melayu yang berbeza.  Meskipun mereka hanya berlatih selama lima hari, pada malam tersebut mereka telah berupaya memaparkan persembahan dengan begitu baik.  Pujian telah turut diberikan oleh pelanggan-pelanggan Restoran Seri Melayu yang rata-ratanya adalah pelancong luar negara yang bersama-sama menyaksikan persembahan pelajar dari Sun Moon University. 

 
     
 
     
 
     
 

 

Foto dari Penerbit, UKM

 

 
 
 

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi Selangor, MALAYSIA. Tel: +603 8921 5555, e-mel: webmaster@ukm.my
Laman web ini diselenggarakan oleh Unit Kandungan Web Universiti (UNIKWeb)
Penafian. Hakcipta © Universiti Kebangsaan Malaysia 2008