1
2 4
3 5
 
 
 
 

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PROGRAM LATIHAN (IKHTISAS) PENGURUSAN ASAS (PLPA) PKP – BANK RAKYAT

   
   

Majlis Penyampaian Sijil Program Program Latihan (Ikhtisas) Pengurusan Asas (PLPA) anjuran bersama Pusat Kembangan Pendidikan dan Bank Rakyat telah diadakan pada 13 Januari 2010, di Dewan Utama Puri Pujangga, UKM Bangi. Majlis penyampaian sijil berkenaan diadakan bagi meraikan kumpulan kedua program tersebut seramai 20 orang yang telah menjayakan tempoh program selama tiga bulan.

Prof. Dato’ Dr. Laily bin Din, Pengarah Pusat Kembangan Pendidikan UKM, dalam ucapannya mengatakan program ini adalah satu manifestasi tanggungjawab UKM dalam mendokong konsep pendemokrasian pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat menerusi pengurusan program akademik Fakulti Ekonomi dan Perniagaan untuk golongan yang sedang bekerja. Objektif utama penawaran PLPA adalah memberi latihan dan pengisian akademik dengan beberapa topik atau modul yang sebenarnya telah sebati dari segi praktikalnya di kalangan para peserta kerana kebanyakan mereka telah berkhidmat dengan Bank Rakyat untuk jangka masa yang agak lama. Bagi kumpulan kedua program berkenaan, rata-rata pelajar adalah terdiri daripada eksekutif Bank Rakyat yang telah berkhidmat melebihi 20 tahun. 

Prof. Laily turut merakamkan penghargaan kepada pengurusan Bank Rakyat yang telah bersama-sama membangunkan program berkenaan dan menjalin kerjasama erat dengan UKM sejak 2006. Majlis penyampaian sijil tersebut turut dihadiri Datuk Kamaruzaman Che Mat, Pengarah Urusan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Prof. Madya Dr Nik Ismail Nik Daud, Pengarah Urusan UKM Holdings serta pegawai pengurusan UKM dan Bank Rakyat. Sijil program berkenaan telah disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Laily bin Din yang mewakili YBhg. Naib Canselor UKM.

 
     
 
     
 

Foto dari Pejabat Perhubungan Awam dan Korporat, UKM

 

 
 
 

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi Selangor, MALAYSIA. Tel: +603 8921 5555, e-mel: webmaster@ukm.my
Laman web ini diselenggarakan oleh Unit Kandungan Web Universiti (UNIKWeb)
Penafian. Hakcipta © Universiti Kebangsaan Malaysia 2008